Sunday, October 12, 2008

Al-Fatihah / Salam Takziah

entry-content'>

Assalamualaikum.
Mungkin saya terlewat, tetapi saya baru mengetahuinya lewat blog saudara Haron Abdul Majid - Serantau Dot Com melalui komen Sri Diah. Saudara Haron sudah kembali ke rahmatullah di 1 Syawal yang lalu. Saya mengetahui akan keadaannya melalui televisyen, sedih. Dan baru semalam terbaca tentang pemergiannya melalui blog beliau sendiri. Takziah jg utk kaum keluarga arwah yg tinggal.
Apa yang membuat saya terkilan - tidak sempat berjumpa & kenal rapat dgn orangnya walau bernaung di bawah penerbitan yang sama (BukuPrima). Saya pernah beberapa kali berbual dengannya melalui email, waktu itu beliau sedang menunggu novel pertamanya terbit di BukuPrima. Saya tidak mengetahui dialah Haron Abdul Majid, nama besar dalam industri seni - pencipta lirik, puisi dan sebagainya. Ini kerana dia memperkenalkan diri sebagai Ronn sahaja & katanya beliau tertarik dengan karya saya dan Syarikat Penerbitan Bukuprima, sebuah syarikat baharu.
Beliau sempat jg menitipkan peransang utk saya terus berjaya. Katanya lagi, dia teringin sangat hendak berjumpa semua penulis BukuPrima serta menyarankan penulis BukuPrima berkumpul dan membentuk persatuan seperti sebuah keluarga. Sewaktu pertama kali menerima royalti dari BukuPrima, beliau turut memberitahu saya serta berucap syukur. Katanya, royalti dari penerbit adalah pemangkin untuk pengkarya terus berkarya, meski tidak seberapa tetapi cukup untuk berasa dihargai. Dia terlalu merendah diri, langsung tidak membayangkan siapa dia di sebalik namanya. Mungkin kerana dia bukan artis, maka ramai yang tidak mengenalinya termasuk saya sendiri.
Ya Allah… siapalah kita, semalam sihat, esok belum pasti. Al-fatihah buat rohnya dan takziah untuk keluarganya. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh2 orang mukmin lagi dikasihi.

9 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

al fatuhah.........amin.
salam cik kak

Anonymous said...

Al-fatehah ...

MYA MARJA said...

Al Fatihah kepada arwah.

Rasha_rz said...

Adik butaseni, sf & mya marja... terima kasih sudi berkunjung & salam syawal utk semua

Purpleheart said...

Sama-samalah kita sedekahkan alfatihah pada arwah semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Puteri said...

innalillahi wa inna ilai raji'n..

1 syawal yg lalu, nenek kawan saya meninggal, 3pagi.
13 syawal yg lalu, adik kwn saya..

Puteri said...

salam kak ila..

saya tidak pernah melupakan akak.. bagaimana utk cba mgingat kmbali sdgkn tidak prnh dilupai? cumanya skrg agak jarang berada di 'sini'.. kdg2 skjp je.// hehe..

neway thanks kak..

miss u

Rasha_rz said...

Purpleheart, puteri...
Kita datang dari Allah, kepada Nya kita kembali. Sesekali mengenang kematian, insaf benar rasanyakan? Alfatihah buat arwah.

Anonymous said...

Terima Kasih kepada semua. Semoga karyanya sentiasa di ingati oleh semua peringkat umur.

Doakan selalu agar rohnya sentiasa di rahmati Allah.....InsyaAllah.

Dari:


Farah Yuzzy
Ahli Keluarga
Allahyarham Haron Abdul Majid


Free shoutbox @ ShoutMix