Kali ini saya mahu menghurai sedikit kemusykilan beberapa orang peminat novel Melayu khas nya dan novel pelbagai bahasa amnya. Soalannya begini : bagaimana seseorang penulis menggarap watak dalam sesebuah novel itu supaya ianya nampak hidup dan semulajadi (tidak dibuat2 lagi tidak menjelekkan pembaca)
Soalan ini bukan sahaja diajukan golongan di atas tetapi jg bakal2 penulis dan penulis baharu. Menurut mereka, mereka pernah terjumpa novel yg tersilap pada nama dan karektor seseorang watak. Maksudnya ; Berlaku kesilapan sama ada nama watak yg tidak ujud dalam novel itu sejak awal, tiba2 timbul menggantikan watak yg sepatutnya berada di situ dan ujudnya hanya sedikit (sama ada di hujung atau di tengah cerita) - serta pembaca nampak dgn jelas penulis melakukan kesilapan.
Baik, untuk sedikit ilmu bantu, saya perturunkan apa yang saya dan ramai penulis lain amalkan :
1- Catat nama2 mengikut kepentingan di dalam novel. Karektor, anggaran usia, paras rupa dan apa sahaja yg memungkinkan mereka dikenali bukan sahaja oleh penulis sendiri tetapi pembaca juga.
2- Setiap kali sesi mengarang, fail watak dan perwatakan harus diletak di depan mata. Sesekali jengah ke sana untuk memberi anda gambaran yang jelas, terutama di awal cerita.
3- Bermesralah dgn watak, memang memerlukan masa yg lama untuk mengenali mereka luar dan dalam. Lebih dari keluarga sendiri hatta suami/isteri atau anak2 sendiri. Ini bermaksud watak2 ciptaan anda mesti ada di dalam diri anda setiap masa. Anda mesti serba tahu tentang mereka2 ini, tidak ada yang anda terlepas pandang.
4- Adillah pada setiap watak.
5- Biarkan mereka bergerak sendiri tanpa memaksa mereka menurut emosi penulis. Tugas penulis hanya memakaikan perwatakan mereka, selebihnya biar watak itu sendiri berlakon. Sesekali sedarkan watak2 itu akan watak mereka.
6- Berhentilah mengarang jika penulis sudah mula mempengaruhi watak itu dgn runtunan emosi penulis. Berehatlah dan lupakan apa yang sedang berlaku di dalam pengkaryaan. Jika dibiarkan penulis tenggelam di dalam diri watak2 itu, maka novel itu akan jadi novel 'syok sendiri' dalam ertikata meleret2 dan membosankan. Cuba mengelak dari menonjolkan emosi sendiri sewaktu mengarang, yang perlu hanya emosi watak itu ketika itu.
Jarak waktu seseorang penulis untuk benar2 mesra dan mengenali watak yang diciptanya tidak sama. Ada penulis yang mengambil masa yg lama : seminggu, sebulan atau lebih lama lagi. Terpulang pada diri penulis itu sendiri. Dan jangka masa untuk menyiapkan sesebuah novel jg tidak sama di antara seorang penulis dgn penulis yg lain. Malah ada novelis yang mengambil masa setahun utk menyiapkan novelnya. Ini kerana penulis akan membaca semula karyanya dari mula sebelum menyambung cerita selepas berehat dari melerai emosi yang tenggelam.
Ada juga yang bertanya : Tidakkah bosan asyik baca, baca dan baca?
Jawapannya ; Itulah caranya untuk pengarang benar2 mengenali watak2 ciptaannya dan latar tempat yang direkanya. Jika pengarang sendiri bosan membaca cerita yang digarapnya, pembaca juga akan lebih bosan lagi. Itulah rahsia untuk menjiwai setiap 1 watak.
Wallah hualam.
23 comments:
Assalamualaikum,
Terima kasih Kak Ila, sudi berkongsi pengalaman lagi. Mahu didik diri sendiri terus berdisiplin, kadang-kadang sukarnya subhanallah! :P
terima kasih kembali adik... hanya sekadar sekelumit pengalaman utk ilmu bantu buat yang memerlukan.
Ya, utk mendisiplinkan diri sendiri payah benar kan? lebih mudah mendisiplinkan 40 org murid cikgu.
Hebat juga penulis muda ini, syabas dan tahniah semoga terus bekarya.
Pak Han
penulis muda ke? muda dari segi pengalaman & kebolehan. umur tak muda mana...
t masih sudi ke sini profesor hebat ni. selalu2lah jengah ke sini
nanti saya link blog ini ke entry terbaru saya ya.
zalisa, ada yg baru lagi ke? boleh je...tq sudi ke sini
Terima kasih, kak.
dingin... terima kasih untuk apa dik?
Kerana tip ini.
:-)
oooo....Am... dah jumpa dah ...kat sini rupanya...tersorok pulak salam sayang salam kenal nie...
adik dingin. kalau kerana tip ni, adik berterima kasih, terima kasih kembali dan sering2lah ke sini. jarang ada hal peribadi yg kak ila ceritakan, hanya berkisar pasal penulisan & melibatkan masyarakat.
ajym. akhirnya sampai juga ya? letih tak mencari? terima kasih sudi ke sini.
Saya ada la kak ... thehehe intenet kena blok hari tu, baru bayar bil ni ... thehehe ...
So ...bila novel yg ada nama ajym tu nak di pasarkan...wakakakaka....tak sabar nak beli ni.... pasti malatop.....
Terima kasih kerana berkongsi ilmu penulisan, manalah tau tiba-tiba ati ungu ni gatal hendak menulis pula..
hai sf. baca dalam blog awak, macam merajuk. tapi awak tak merajuk, kan? alhamdulillah
ajym, tunggu........
Purpleheart.menurut N3 tentang warna di blog Prof Burhanudin di atas tu, ungu adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda. ha, jd tak mustahil ht ungu awak akan jd kreatif utk menulis. teruskan niat tu, mari kita bersaing secara sihat.
Teruskan perjuangan Kak ila.
Saya akan terus menyokong. Bila baca entri ini yang sarat dengan maklumat, saya rasa kak teruskan penulisan yang mencabar.
Saya teringin untuk mendapatkan novel - memori Rindu.
Salam Kenal, Salam Sayang.
abang long? terima kasih sudi lagi ke sini. & selain salam kenal, salam sayang, salam rindu juga...
salam kenalan juga kak ila, ermm thanx ye kak atas pujian tu:) neddy ske baca novel sbnrnya..
salam kenal & salam sayang juga:)
Neddy dh add link blog kak ila kt blog neddy...terima kasih sbb sudi singgah blog neddy...:)
NedDy, salam sayang juga utk adik. terima kasih ke sini lagi.
Dapatkan novel terbaru kak ila - AKU CINTA KYRA dan akan datang - SEHARUM CINTA LESTARY
p/s; hehe, sempat promot kat dik.
yelah kak am.. tahniah.. teruskan menulis..
Post a Comment