Kami benar2 sepermainan. Apa aktivitinya di zaman kanak2 itu jg aktiviti saya. Berendam di sungai merupakan aktiviti kegemaran saya. Dia juga. Menangkap ikan laga di sawah juga kesukaannya. Saya juga gemar menangkap ikan itu, dimasuk ke dalam botol. Malangnya saya langsung tak ingat dia. Dia juga agak samar2. Hakh! Sudah puas saya teroka kenangan silam, namun masih kurang jelas. Orang tuanya saya ingat, tapi dia tu... kosong. Saya ceritakan pada anak2 dan suami tentang kemusykilan itu, mereka mentertawakan saya, kata mereka: ibu sudah terlalu tua. Saya turut tertawa. Mungkin benar, saya sudah tua benar. Maafkan saya. Itu yang saya ungkapkan pada sahabat nostalgia saya itu.
Monday, December 29, 2008
KENANGAN LALU.....
entry-content'>
Assalamualaikum
Salam hijrah & salam tahun 2009. Saya mahu menjadi orang terawal mengucapkannya meski ada beberapa hari lagi. Pasti ada yang menuduh saya tidak sabar2 mahu cepat melangkah usia, kan? Hehehe. Sebanarnya itu bukan perkara pokok, yang mahu saya kongsikan. Tidak juga berkenaan tips penulisan / kegiatan penulisan kreatif saya. Tetapi ada kaitan dengan BLOG/BLOGGERS.
saya menerima email pertama dari pengunjung lelaki (tidak dikenali). Katanya dia mengambil email saya dari blog : SALAM KENAL SALAM SAYANG - RAMLAHRASHID. Ayat pertamanya : 'ANAK SIAPA NI?' Lau dia memperkenalkan diri sebagai orang kampung saya. ?????????
Setelah tahun SPM disebut masing2, tahulah saya, dia muda 2 tahun. Bermakna saya kakak dan dia adik. Dia satu sekolah (menengah) sampai saya keluar dgn sijil SPM. Aduh... gembiranya. Saban hari beremail, maka banyaknya kenangan silam zaman kanak2 yg kami singkap. Dia hanya ingat saya sewaktu saya masih terlalu kanak2. Anehnya rakan2 saya yang lain dia ingat hampir kesemua dan pernah juga dia berjumpanya. Katanya di rumah yang dia selalu bermain, ada kanak2 perempuan yang comel. Tersenyum saya. ITULAH SAYA..... Kalau bersuara mahu saya tertawa besar. Saya yakin dia jg tertawa sebegitu.
Jadi, moral pada kisah ini. Ini mungkin satu dari cerita pertemuan yg tidak diduga dgn aktiviti blogger. Pasti ada bermacam lagi. Oleh itu, berbloglah dengan setelusnya. Jujur dgn tidak menyinggung sesiapa, agama sesiapa dan bangsa sesiapa.
Dicatat oleh Rasha_rz di 11:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Selamat menyambut Maal Hijrah, moga lestari dalam berkarya.
salam hijrah juga...
lestari juga hendaknya SF
Assalamualaikum,
Selamat terus menulis untuk Kak Ila, dengan azam yang terus menyala-nyala. Bernostalgia kadang-kadang juga boleh membangkitkan semangat. Memang indah kenangan zaman kanak-kanak apabila sesekali disingkap kembali.
waalaikumsalam
hai mya marja. terima kasih tak jemu2 bg semangat. memang kak ila semakin bersemangat sekarang ni. selamat berkarya juga.......
Salam sayang wahai kekandaku. Salam Maal Hijrah.
Inilah keistimewaan kita sebagai BLOGAWAN.
Alahai ... sudah bertmu dengan Nekcun ya ?
salam juga abang long.
blogawan. wah, perkataan baru tu. ha. kat bawah tu ada nekcun. berbaju hitam berseluar merah. mengancam beb. novelnya akan terbit di bukuprima tahun ni. insyaallah...
atas permintaan seseorang, satu dari comments di atas terpaksa dihapuskan. Kerna terpaksa, maka hari ini kak ila melakukan perbuatan kejam, mencantas. sedihnya..........
Post a Comment