Friday, January 23, 2009

NOVEL USANG TERBITAN DBP

entry-content'>

Assalamualaikum.


Usang, di dalam Kamus Dewan edisi 3 : SUDAH LAMA BENAR. Pun begitu Alhamdulillah, akhirnya terbit NOVEL USANG. Mungkin ramai sudah tidak mengingatinya, hatta saya sendiri sudah terlupa jalan ceritanya. Tetapi harap2nya masih ada aura dan saya tetap menunggunya. Merinduinya. Rindu itu tandanya sayang, dan saya sayangkan USANG. USANG begitu besar ertinya pada saya, untuk mengetahui kenapa ianya sangat bernilai, hayatinya nanti apabila USANG menemui pembaca. Bila? Saya tidak dimaklumkan, hanya diberitahu, ianya sudah terbit. Saya sendiri belum melihatnya.


NOVEL USANG merupakan Sayembara Mengarang Novel Sempena 50 tahun Merdeka, 2007. Pengagihan hadiah pada 29 Jan 2008. Masa yang diberi penganjur kepada peserta untuk menyiapkan novel itu adalah 6 bulan. Tarikh tutup penyertaan, 31 Dis 2006. Waduh, bila dikira jarak waktu, amatlah lamanya. Bosan? Itu tanya sesetengah orang tapi bagi saya, tugas mengarang di pundak saya, menilai, di tangan juri dan menerbit di meja penerbit. Sebaik ia dihantar ke meja penganjur, saya sudah tidak mahu mengingatinya lagi. Itu cara saya untuk tidak mengganggu emosi sendiri. Wanita bukankah kaum yang kurang akalnya? Jadi jika saya menyemakkan fikiran memikirkan soal karya yg entah bila akan siap proses penerbitan,nya bagaimana saya mahu mempersiapkan minda untuk berkarya yang lain? Itu prinsib saya.


Selepas 31 Dis 2006, saya sudah menyiapkan novel lain - AKU CINTA KYRA 2008, SEHARUM CINTA LESTARY bakal terbit. Dan, sewaktu penggarapan USANG, saya turut menangani QASEH, QAISY yang terbit pada Dis. 2007. Kini hampir juga menyudahkan novel TRILOGI MAGIS khas buat DBP juga. Bukan pertandingan / sayembara, ianya berupa projek anjuran bahagian pengembarangan sastera DBP untuk pembelajaran penulis2 kecil seperti saya. Yang cetek ilmunya tetapi punya semangat besar, ingin berjaya mengangkat sastera negara sebaris penulis sastera yang sudah gah namanya. Syukur, saya sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah.... (Bersyukur bukan kerana diterima penerbit, tetapi berjaya menyudahkannya. Diterima / tidak, itu bukan lagi urusan saya untuk memikirkannya. Tunggu bila ditolak, barulah saya bersedia merombaknya).


Kembali saya kepada USANG.
Sayembara anjuran DBP ini bertujuan menggalakkan golongan sasterawan tanah air memfokuskan pemikiran, mengarang tentang evolusi masyarakat Malaysia yg terdiri dari pelbagai kaum dari dahulu hingga sekarang : Bagaimana Malaysia dapat menjadi negara membangun yg maju, liberal, progresif, aman damai & dipandang tinggi negara lain.


Itulah yg tercatat di dalam terma dan syarat serta dalam buku cenderahati sayembara. Saya hanya menirunya sahaja.


Apakah USANG memenuhi syarat itu? Hanya penilai sahaja dapat menilainya. Bagi saya, saya hanya menulis apa yg saya tahu dan saya mahu. Gaya penulisan dan bahasa tetap sama, tidak ada bedanya dengan novel2 saya yg lain. Jika penilai beranggapan, tepat / hampir tepat, terima kasih dan syukur juga saya panjatkan. Tetapi jika nanti pembaca yang menilainya mencebir mengatakan langsung tak kena mengena / tidak langsung layak utk sebaris novel2 lain yang terpilih dan USANG hanya mengarut, anggap sahaja itu rezeki saya dan anak2. Saya hanya mencetus idea, berusaha mengarang mengikut cita rasa saya yang tidak pernah ada ilmu mengarang novel yang betul. Yang lain-lain, terserah umum. Saya pasrah.

4 comments:

Abang Long said...

Hebat ujian kepada penulis.

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Tahniah, saya masih terkial2 hendak menyiapkan nvl yg hanya 80 ms :)

Anonymous said...

memang hebat ujiannya abang long. tapi apabila sudah memilih bidang ini, kak ila mesti mempersiapkan diri dgn kekuatan mental yang kuat di samping kekuatan fizikal yg kental.

kak ila said...

terima kasih zalisa. Tapi utk menyiapkan manuskrip novel yg singkat (tipis) lebih sukar dari novel yg tebal... Novel yg tipis lebih padat & perlukan keperkasaan dari segi olahan dan bahasa. Kak ila kurang gemar terikat dgn arahan berapa m/s perlu disiapkan.


Free shoutbox @ ShoutMix