Wednesday, February 4, 2009

NOVEL USANG

entry-content'>

Dari Kulit Buku Usang

Demi melunas impian datuknya, Satoshi Dahlia, seorang gadis Jepun nekat datang ke Malaysia. Dia terus mencari dan mencari walaupun dalam pencariannya yang singkat itu, dia seakan-akan menemui jalan buntu. Tidak ada petunjuk yang dapat membantunya. Malahan diari kusam dengan bait-bait indah itu juga tidak dapat merungkai kisah usang itu.

Namun dia tetap berusaha meskipun ada kalanya dia hampir rebah ditimpa perasaan sendiri. Liku dan ranjau yang menghalangi perjalanannya benar-benar menguji ketabahan diri. Ternyata bukan mudah menyakinkan hati-hati yang pernah tercalar akibat keganasan silam. Masa juga bukan penawar bagi semua kesakitan yang dialami. Walaupun luka telah sembuh, kesannya tetap ada. Dia kesal dan malu atas apa yang berlaku, namun dia tidak ada pilihan lain lagi. Amanah datuknya yang telah pergi, harus dinokhtahkan sebelum kembali ke tanah air. Dia tidak mahu ada yang terus menuduh datuknya mungkir janji dan lupa diri. Cukup-cukuplah dengan sejarah hitam yang dipalit bangsanya 50 tahun lalu. Dia tidak mahu mengulanginya sekali lagi.

3 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Novel usang, idea tetap segar... :D Tahniah lagi!

Serunai Faqir aka SF said...

ni dah naik usang dah entri ni kak ila ... hehhee

kak ila said...

alamak. usang kan? ha.....
nantilah update cerita baru.

tq mya marja. kekal rajin ke sini walaupun jarang ada N3 baru.

sf..... kesibukan wanita tak sama dgn lelaki. sedihnya.......


Free shoutbox @ ShoutMix