Monday, February 9, 2009

1 jam bersama FAZURAWATI & ARBAINA

entry-content'>

Assalamualaikum.

Hari Jumaat yg lalu, saya melunaskan temujanji bersama dua gadis di atas - penuntut Universiti Malaya jurusan KESUSASTERAAN MELAYU di kompleks membeli belah Jaya Jasco.  Di tingkat 1 itu kami membuat keputusan duduk bersembang, berbincang berkenaan karya saya dahulu dan sekarang.  Pemfokuskan pada NOVEL AKU CINTA KYRA & SARA KIRANA. Kenapa 2 novel itu? Hanya dua sahabat itu yg tahu. Saya juga tidak bertanyakan itu.

Lama juga janji diikat untuk bertemu tetapi disebabkan tuntutan kesibukan saya, sering juga ditangguh sehingga pada Khamis itu 5 Feb 09, saya tidak boleh lagi mengelak memandangkan masa dua gadis itu semakin suntuk. Kata Fazurawati, dia mesti melengkapkan kerja penyelidikannya & mesti dibentang pada pensyarahnya Selasa 10 Feb 09. Apa lagi, memandangkan tengah hari Jumaat ada lebihan waktu, saya korbankan urusan yang lain demi dua orang pelajar itu.

Apa yang dibincangkan?
Fazurawati lebih kpd AKU CINTA KYRA meski ada soalan2 lain yg melibatkan aktiviti penulisan saya. Sementara Arbaina khusus pada SARA KIRANA. Kenapa diberi jodol SK dan beberapa ungkapan di dalam SK turut dikajinya beserta apa yg mahu saya sampaikan melalui cerita suami isteri itu.

Saya katakan, SK / MAISARAH mewakili segelintir kaum hawa yg bercita2 mahu menjadi penulis tetapi tidak nampak jalannya. Maka saya memperturunkan sedikit ilmu bantu dan pengalaman melalui watak Sara Kirana / Maisarah. Selain itu, ada juga petua kecantikan dan petua mengikat hati suami (tersenyum juga saya sendiri). Saya katakan, Maisarah seorang gadis pemalu, tidak ada keyakinan diri tetapi tidak mudah menitiskan air mata. Dia kekal cekal di dalam kepayahan menjadi isteri kepada Zulfakar yg menginginkan wanita moden serba sempurna sebagai isteri. Dalam usahanya, rumah tangga runtuh juga. Maisarah kekal cekal, bangkit dari kekalahannya, Maisarah mejadi novelis ternama.  Sara Kirana.

Banyak lagi soalan diajukan kenapa watak itu begitu tidak begini. Kenapa bahasa dalam novel itu begitu tidak begini. Semuanya saya cuba jawab mengikut apa yg saya rasa dan ingin saya sampaikan di dalam novel itu. Harap2nya adik Arbaian berpuas hati dan kertas kerjanya diterima pensyarah beliau. Amin.........

Adik Fazurawati pula melakukan penyelidikan pada ACK. Sama seperti rakannya, dia juga bertanya apa yg cuba saya sampaikan kepada khalayak pembaca melalui novel itu.

Jawap saya banyak. Di antaranya : Telesimia, kedudukan anak angkat dalam keluarga Islam, persahabatan dan kekeluarga yg mengatasi rasa cinta.  Dia turut bertanya bagaimana penerimaan pembaca. Saya katakan, ramai yg tidak berpuas hati pada andingnya. Rupa2nya pembaca Malaysia hanya inginkan anding yg membahagiakan. Dan jelaslah, tidak semua memandang pangkat & harta. Itu jelas dalam 2 watak utama ACK - Idham dan Haire. Haire berkedudukan tinggi, berkarisma sebagai usahawan sementara Idham hanya kontraktor kecil yg bergerak sendiri bersama 3 rakannya. Tetapi apabila Kyra tidak berjaya bersama Idham, ramai pembaca kesal. Mahu juga Kyra memilih Idham. Jelaslah, tidak semua wanita memandang harta & kedudukan dalam memilih suami. Tersenyum saya lagi.

Akhir sekali, kenapa saya tidak mengguna nama samaran yg lebih menyerlah, bernilai komesial yg tinggi seperti penulis2 tersohor yg lain.  Kenapa masih mahu mengekalkan nama sendiri.

Jawapan penuh dari saya : Kita sudah merdeka. 50 thn merdeka. Penulis sudah tidak perlu bersembunyi untuk menegak kebenaran. Malaysia juga membenarkan rakyatnya bersuara, berterus terang sama ada menjadi pembangkang mahupun penyokong. Jadi, tidak perlu lagi penulis berselindung di sebalik nama yg direkanya sendiri. Selain itu kata saya, menulis bukan perkara saja2. Ianya akan diperhitung di SANA nanti (Akhirat). Jika baik mesej yg disampaikan kpd pembaca sehingga memberi sedikit ilmu / pengajaran, maka baiklah ganjarannya. Tetapi jika karya yg dihasilkan pengarang turut menjerumuskan pembaca ke lembah yg mungkar, penulis turut menerima sahamnya. Turut dihukum di atas kesalahannya. Berapa ramai pembaca yg rosal akibat karya pengarang, sebegitu banyaklah azab Allah di hari kemudian. Alasan lain, saya juga berbangga menggunakan nama titipan orang tua saya. Mahu juga nama yg diamanahkan abah ikut popular (jika saya popular.......).  Itu di antara jawapan ringkas saya.

Terima kasih yg tidak terhingga dari kakak pada dua sahabat (Fazurawati & Arbaina) kerana memilih karya kakak utk dikaji. Siapalah Ramlah Rashid, hanya penulis kecil di dalam dunia penulisan yang tidak kurang besarnya. Terima kasih juga pada cendera hati adik berdua. 

5 comments:

Abang Long said...

Setiap orang akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Penulis juga ada tugas AMAR MA'RUF NAFI MUNGKAR.

kak ila said...

hai abang long. terima kasih ke sini lagi. ya, amar ma'ruf nafi mungkar...
menggerunkan bunyinya tapi itulah kenyataan yg patut kita terima

Mersik said...

Kim salam kat Fazurawati dan Arbaina tu ya.. Ada masa leh ngeteh-ngeteh hik hik..

wan salmah said...

salam ila..
wah syukur bila baca kisah2 ila.. moga makin sukses hendaknya..

kak ila said...

mersik... tak padan dengan gigi 2 batang. asyik nak berkirim salam kat orang muda2.

kak sal, selamat berkunjung. terima kasih. lamanya tak jumpa kak sal. rindu rasa


Free shoutbox @ ShoutMix