Friday, February 13, 2009

DERITA PENULIS

entry-content'>

Assalamualikum.

Membaca tajuk di atas rasanya seperti perit benar kan? Memang perit pun. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari blog Saudara Kholid. N3 terkininya Writer Block. Beliau sudah saya anggap seperti adik. Sering juga saya mendapat seberapa mungkin kekuatan darinya dalam melunas kerja mengarang. Sebenarnya sama ada sedar atau tidak, rakan2 penulis adalah di antara sumber kekuatan penulis lain.

Dan aduhai, saya beberapa kali pernah mengalami kesakitan begitu. Kekadang mahu sahaja menggantung tanggungjawab melunaskan manuskrip yg ditangani. Tetapi saya kembali sedar, lalu saya baja perasaan untuk menyudahkan karya itu. Betapa kerja mengarang bukan perkara main-main. Sekali kaki melangkah, tidak mungkin saya berundur! Itu prinsib yang sering saya hentam sendiri. Kekadang sakit juga dik cemati itu, tetapi saya jadikannya pemangkin untuk berjaya.

Waktu bila saya sering dikekang Writer Block ini? Pertama sewaktu mengarang novel untuk pertandingan mengarang sempena Jubli Emas DBP (Jeriji Kasih). 2 bulan sebelum tarikh akhir, saya tiba2 tidak bersemangat. Ada2 sahaja masalah yang mengekang. Kesibukan sebagai wanita sudah menjadi perkara biasa, masalah pc yg tiba2 sakit juga membuat semangat saya luntur. Siapa menyuntik semangat saya? Saudara Nassarudin Dasuki. Mungkin dia sendiri tidak sedar keterlibatannya dalam kerja pengkaryaan saya, tetapi sepatah katanya membuat saya kembali bangkit. Katanya : "Kena sudahkan juga. Ini proses belajar untuk penulis baru. Tak payah fikir utk nvl dewasa. Cukup dgn nvl remaja. Kalah atau menang tak penting, sipakan saja." Dengarnya hanya ungkapan biasa, tetapi apabila ianya datang dari penulis besar seperti dia, saya rasa tercabar. Saya tidak mahu digelar 'hangat2 tahi ayam'. Berangan2 utk menjadi penulis, bukan bercita2. Saya sambut dan genggam erat. Akhirnya di tarikh akhir penyerahan manuskrip saya sampai di kaunter penyerahan. Ha! lega. Setahun berlalu, tidak lagi saya memikirkannya.

Itu cerita pertama. Ke 2 kalinya juga untuk DBP - Sayembara mengarang 50 thn merdeka. Kembali saya diserang sakit yang sama. Novel kembarnya berjaya lolos - Qaseh, Qaisy. Dengan senang hati dihatar ke BPrima. Tapi Usang? benar2 tinggal usang. Saya jadi berdebar2, mahu jg menyudahkannya. Demi sebuah sejarah yg saya dengar ceritanya sejak kecil & rasa malu jika tidak berjaya menyudahkannya. Malu pada siapa? Pada anak2, suami, kawan2 dan abang saya sendiri. Saya tidak mahu dipandang anak2 sebagai lemah. tidak tabah. Nantinya semangat dingin saya dijadikan ikon oleh mereka. Saya tidak mahu anak2 jadi lemah, oleh itu saya buktikan. Saya harung sampai berkali2 saya diserang demam dan migrin teruk. Menurut doktor, saya terlalu tertekan. Dia mahu merujuk saya ke pakar psikiatri, tapi saya katakan : saya tidak ada masalah berat, hanya letih. Akhirnya siap juga Usang. Alhamdulillah....

Yang terkini, saya diserang Writer Block lagi. Untuk menyudahkan TRILOGI MAGIS jg untuk DBP - Projek bersama Puan Norimah. Sewaktu Saudara Kholid hanya tinggal 2 bab akhir, saya masih berada di bab ke dua. Otak benar2 kosong. Saudara Nassarudin Dasuki jg sudah sampai ke anding cerita. Aduh... terpukulnya saya. Sekali lagi Saudara Nassarudin menyimbah semangat, katanya 'MALU KALAU TAK SIAP. ORANG DAH BAGI PELUANG'! Maka saya desak hati. Saya katakan, sampai bila nak menulis novel ringan? tengah ada peluang, tunjukkan kehebatan! Maka siang malam saya melekat depan pc. Sepulang kerja, terus buka komputer. Menekun sampai melewati tengah malam. Kekadang langsung berjaga sehingga bersiap utk ke tpt kerja keesokan harinya. Sabtu Ahad? Jangan harap untuk ke mana2. Anak2 & suami dah faham. Saya sedang tenat. Masing2 tidak terlalu banyak meminta. Menerima seadanya. Asal boleh kenyang perut, bersedialah mereka menjamah. Syukur, mereka masih senyum.

Dgn pengalaman2 itu jelaslah, penulis bukan robot. Dan, semakin dipaksa, semakin kita terseksa. Menulis mengikut kehendak penganjur, dengan ideologi2 berat yg diperuntukkan juga membuat penulis semakin terdera. Mahukan yg terbaik, kuat dan punya kelainan. Akhirnya, otak mengalami kebekuan. Apa yang penting di saat mengalami Writer Block, dekatkan diri dgn Pencipta, berdoa dan bertasbih, suntikan semangat dari rakan2 penulis, keluarga dan diri sendiri. Katakan kita tidak mahu tewas dan tidak akan tewas. PANTANG MELAYU BERUNDUR SEBELUM MENANG! Wah, kedengarannya seperti hebat benar, tapi itu yg saya tanam di hati saya. Kata abang saya : KAMU SUDAH MEMILIH BIDANG INI, JADI... KEKAL BERUSAHA. PERBAIKI GAYA PENULISAN, BELAJAR & TERUSKAN BELAJAR.

Jadi, untuk Kholid, bangun dik. Jika hanya setakat itu yg termampu tika ini, tamatkan setakat itu. Hantar saja. Lupakan untuk sementara waktu. Jika selepas ini ilham menghujan semula, boleh saja disambung. Hantar pula yg baru. Dipaksa2 otak untuk mencukupkan karyapun, hanya akan memudaratkan diri. Otak nak guna lama. Kalau pecah nanti, jangankan menyiap sebuah karya, menulis sebiji huruf pun tak mampu. Sebenarnya awak belum kalah, hanya terganggu di pertengahan jalan.Usah diperduli gangguan itu. Kakak sentiasa berdoa supaya kita semua berjaya.

7 comments:

Hani Fazuha said...

Terpegun kejap baca asam garam hidup sbg penulis ni. Kita sama rupanya, cuma beza saya masih b'tatih...

mohamad kholid said...

terima kasih... suntik selalu pun tak boleh juga - jadi addict nanti!

Anonymous said...

Hai Hani,tak ada bezanya. kak ila pun masih bertatih. entah bila baru tegap & boleh berlari.

Untuk Kholid... usah putus asa. teruslah berusaha.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Selalu juga semangat menulis merudum. Lama juga beku. Pernah juga tak reti kembangkan ayat, geramnya! Namun, akhirnya hati berkata-kata: Kalau hendak, teruskan. Kalau tak hendak, berhenti. :)

Anonymous said...

ya mya marja. selain kata2 'hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh...' ada lagi 1 : lagu P.Ramlee... 'tanya sama hati apa tanda sayang?' Jadi,kalau sayang pada kerjaya penulisan, tunjuklah kesungguhan......... betul tak? tp kalau dah betul2 buntu, berehat pun tanda sayang juga, demi ketenangan mental agar menggarap plot yg baik.

Unknown said...

Salam tuan rumah,
selama ni sy hanya jd silent reader jer,tp bila bc en3 kali ni rasa nak ucap terima kasih buat tuan rumah. Tiap kali sy kebuntuan sy akan bc en3 ni sebagai pemecah otak beku ni..hehe
nampaknya sy mesti kuatkan semangat untuk habiskan karangan sy tu.terlalu banyak berehat pun tak leh,kan...nanti lupa segala plot yg hdk ditulis....

Rasha_rz said...

Salam juga alya. terima kasih sudi ke sini. syukur, sedikit kata2 semangat kak ila dapat membantu rakan penulis. tidak ada yg lebih mengembirakan selain dpt memangkin semangat penulis lain.


Free shoutbox @ ShoutMix