Sunday, February 22, 2009

Usang lagi.

entry-content'>

Assalamualaikum.

Atas permintaan, saya berbicara sedikit lagi berkenaan Novel Usang kerana ramai masih belum mendapatkannya. Novel ini telah dianugerahkan hadiah sagu hati dalam pertandingan mengarang novel sempenan 50 thn kemerdekaan anjuran Dewan Bahasa & Pustaka. Meski sudah lama pertandingan berakhir dan pengumuman novel yg terpilih sudah bertahun2 namun baru ini ia terbit. Bersyukur saya sekali lagi.

Usang mengisahkan evolusi pemikiran rakyat Malaysia dari sebelum merdeka kepada selepas merdeka. Keperitan hidup di zaman penjajahan, getirnya orang2 terdahulu berjuang menuntut kemerdekaan dan kemakmuran rakyat berbilang bangsa dan agama selepas merdeka. Pengarang memberi bukti kemakmuran dengan kejayaan demi kejayaan anak bangsa dalam bidang pelajaran dan perniagaan.

Berpusat di sebuah kampung sederhana luas di Perak, seruan kerajaan mahu membawa negara ke mata dunia direalisasikan seluruh penduduknya meski masih ada segelintir yang tidak mempercayai kemampuan diri dan negaranya. Ada juga yang masih didera dengan kenangan silam - di zaman peperangan dan pejajahan. Melalui Satoshi Dahlia - gadis Jepun yg dibawa ke kampung itu melalui program pertukaran pelajar, sejarah pahit maung zaman pejajahan Jepun, Inggeris serta penentangan Komunis diceritakan kepada pembaca. Terdapat juga bukti kekejaman bangsa pendatang itu yg berjaya ditunjuk kepada umum melalui Satoshi Dahlia. Juga pemodenan kampung serta kemajuan penduduknya dipanoramakan untuk motivasi kepada khalayak yg bercita2 mahu memajukan diri.

Melalui seorang siswazah yang memilih penternakan sebagai sumber rezeki - Zulkarnain, dibuktikan betapa pepatah lama - 'HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALEH' itu benar belaka. Zulkarnain berjaya dalam perusahaan penternakan lembu daging terluas dan termoden di daerahnya. Dalam masa 10 thn, beliau diiktiraf sebagai penternak jaya dan masih bercinta2 mahu memperluas perusahaannya.

Meski novel Usang sarat dgn sejarah dan mesej perjuangan namun masih terdapat unsur hiburan santai. Sama seperti novel2 saya sebelumnya. Selain program pertukaran pelajar, Satoshi Dahlia ke Malaysia untuk menjejak sahabat lama datuknya (tentera Jepun yg diburu untuk dihapus saki bakinya). Dengan puisi2 dan cetusan rasa yg sudah usang di diari lama datuknya, Satoshi Dahlia kekal menjejak meski hampa. Gagal. Namun kepulangannya meninggalkan kesan yg mendalam di hati Zulkarnain yg pernah gagal dalam percintaan 10 thn dahulu disebabkan tunangnya memilih utk berhijrah ke luar negara akibat sukarnya menjadi siswazah menganggur di negara sendiri.

Novel Usang berakhir di muka surat 314. Dengan kualiti kertas yg tidak berat, rasanya mudah ianya disudahkan dalam sekali pembacaan atau dibawa sebagai bekalan juga. Semua tarikh & fakta yang diperturunkan telah dirujuk terlebih dahulu di dalam buku2 sejarah dan pengkaji sejarah. Apa yg diharapkan agar Usang memberi sedikit ilmu bantu dalam Sejarah pembentukan negara yg merdeka lagi berdaulat.

Waallahualam.

10 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Tahniah! Terus prolifik!

kak ila said...

Tq cikgu. nanti dapatkannya & komen ye? kita jumpa di pesta buku KL

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Saya berminat menulis nvl seperti ini tetapi saya ni kedekut masa hendak membuat sedikit kajian :)

Abang Long said...

Wahai Kekanda. Hari Sabtu ini kita jumpa.

Nama kekanda telah tertera dalam blog adinda.

Harap dijawab dengan sejujurnya.

TERIMA KASIH

kak ila said...

Zalisa. kedekut? jgnlah kedekut dik. byk maklumat ada dihujung jari... percuma je. search saja di internet selain dlm buku2 sejarah anak2. tanya anak2 pun blh. selain kumpul maklumat, dpt jg membantu mereka ingat pd sejarah negara. betul tak?

kak ila said...

abang long. kanda sudah ke blog adinda, sejujurnya jawapan kanda itu.

izman said...

trima kasih menjenguk blog saya.

nanti saya akan cuba dapatkan buku tu.

kak ila said...

hai izman. salam kunjung dn terima kasih sudi ke sini. kak ila dtg dari blog abang long. baca tag warkah cinta

zakiah said...

Puan Ramlah,

Tahniah di atas segala karya hebat yang telah berjaya dihasilkan.

Teruskan perjuangan dalam menghasilkan karya yang bermutu.

Selamat maju jaya

kak ila said...

hai zakiah...
terima kasih saudari. Rasanya pertama kali ke sini ya? salam kunjungan & berkunjunglah selalu. saya sudah ke blog saudari, tahniah juga.


Free shoutbox @ ShoutMix