Friday, February 20, 2009

DAPAT ANAK?

entry-content'>

Assalamualaikum
Perkhabaran yg saya terima pagi tadi, kegembiraan seorang teman penulis bakal menimang cahaya mata dari Allah.
Sf menghubungi saya menyatakan isteri beliau dimasukkan ke Dewan Bedah HUKM untuk melahirkan. Tahniah, akhirnya Sf diberi pengalaman suka duka lelaki normal. Syukur, 12.10 tengah hari beliau menghubungi saya sekali lagi, isteri beliau selamat menempuh saat getir itu. Seorang bayi lelaki seberat 2.94kg dianugerah padanya. Tahniah dari saya dan suami.
Teringat saya detik lama dahulu. Sewaktu saya melewatinya. Terakhir, hampir 14 thn lalu. Hah! Takut dan gerun sewaktu melewatinya namun terselit kegembiraan. Itulah rahmat Allah. Anugerah yg tidak ternilai harganya. Meski 10 kali berungut sakit, takut dan gerun namun selagi namanya wanita, detik cemas itu pasti diimpikan.
Semoga Sf dan isteri semakin bahagia, lebih gembira. Kehadiran si kecil mengeratkan kasih sayang, hendaknya. Dan... semoga terbentuk seorang lagi sf 15 thn akan datang. Insyaallah.

3 comments:

Abang Long said...

Syukur Alhamdulillah.

Bertambah lagi seorang PEJUANG !

kak ila said...

Ya. abang long. pejuang seni. apa nama anak dia ya?

Serunai Faqir aka SF said...

Salam, baru hari ni dapat ronda2, nama anak Shufi Muhammad Iqbal. :) "Hi auntie..."


Free shoutbox @ ShoutMix