Monday, March 9, 2009

Mini Karnivel Karang Kraf 2009

entry-content'>

Assalamualaikum.
Sudah seminggu berlalu berlalu baru kini saya berkesempatan menulis di sini seputar mini karnivel Karang Kraf. Tidak banyak yang mahu saya perkatakan kerana sudah banyak ulasan dari blog2 rakan2. Cuma saya hanya mahu merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur, pengunjung2 dan rakan2 penulis yang bersedia memeriahkan hujung minggu 27 Feb hingga 1 Mac. Terima kasih semua.

Kepada rakan2 penulis dan peminat keluaran Karang Kraf yang tidak berkesempatan hadir, di sini saya copykan gambar2 kenangan yang sempat dirakan di kamera saya oleh kakak saya yang tidak jemu2 mengiring.











Ha, gambar paling atas tu, SF. Tak sangka saya dapat bergambar kenangan bersama penulis besar itu. Rasa bangga sangat. Terima kasih dik. Yang lain2 tu adalah rakan penulis sebumbung. Siti Rosmizah & Nurul Syahida. Turut dirakan adalah Cik Syarah, Tuan Haji dan isteri serta beberapa orang peminat setia saya kata mereka. Terima kasih semua...

3 comments:

Abang Long said...

Memang seronok ya ?

TERUTAMA sekali dapat bertemu dengan teman seperjuangan.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Seronok dan gembira pastinya. Teruskan perjuangan.

Serunai Faqir aka SF said...

Alemak... perut saya tak cover aaa ... emmm, ni nak kena diet nih ..akekekee


Free shoutbox @ ShoutMix