Wednesday, May 6, 2009

CARA MUDAH MENULIS NOVEL

entry-content'>

Assalamualaikum.

Ini ada berita baik untuk rakan-rakan bakal novelis, yang berminat menjadi novelis atau yang ingin mengetahui bagaimana untuk menulis novel.

Baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang penulis mengenai sebuah e-book yang
bakal dilancarkan. Tajuknya: CARA MUDAH MENULIS NOVEL (Pakej Lengkap berserta contoh)
Lalu saya menghubungi pengarangnya lalu membeli dan membacanya. Saya dapati e-book itu memang SANGAT bagus. Saya yang sudah menghasilkan 11 novel setakat ini pun masih memerlukan ilmu bantu yang terdapat di dalam e-book itu. Setelah membacanya, saya sekarang sedang mempraktikkan. Terasa lebih mudah dan ilham tidak pernah kering. InsyaAllah.

Ebook ini dihasilkan oleh Muhd Nasruddin Dasuki, penulis novel yang tidak asing
lagi. Sudah memenangi banyak pertandingan mengarang anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ebok ini menjelaskan kepada pembaca langkah demi langkah bagaimana menghasilkan novel, bagaimana mendapatkan bahan cerita, mengolah, menyusun plot, seterusnya menyiapkan sebuah novel sama ada untuk novel kreatif, pop mahupun sastera.

Pendek kata, sesiapa yang berminat untuk menulis novel memang disarankan memilikinya. Tetapi oleh kerana buku ini belum dilancarkan lagi, tetapi ia sudah boleh dimiliki. Sekiranya selepas mendapatkan buku tersebut anda masih kurang faham, boleh saja menghubungi penulis (pengarang), beliau tidak lokek ilmu.

Sila hantar email kepada penulisnya untuk mendapatkan ebook ini.
mnasd_326@yahoo.com

4 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Tak sabar memiliki ebook ini. Bunyinya macam mudah je. :D Yang tak mudahnya, nak lawan rasa malas... :P

kak ila said...

mya marja. dalam ebook itu ada motivasi cara memperuntuk waktu untuk kekal menulis.

mohamad kholid said...

wah, lepas ni mesti bergugus-gugus novel baru... mahal ke ebook tu?

kak ila said...

hai kholid...
tak mahal mananya. tak habis RM50. dapat lagi free novel karya penulis ebook. kalau awak nak tau lebih lanjug, blh saja email saudara nasarudin.


Free shoutbox @ ShoutMix