Friday, May 1, 2009

Pesta Buku & Karya Baharu

entry-content'>

Assalamualaikum.
Pesta buku 2009 sudah bermula dan berakhir sudah. Banyak juga komen dan ulasan dari rakan2 penulis, penggemar buku & bloggers. Saya sahaja yang tertinggal, belum lagi menurunkan komen untuk nostalgia sendiri. N3 ini untuk kenangan abadi, untuk diri sendiri.

17.4.09 di booth DBP
Saya dijemput menghadiri sesi bertemu penulis di booth DBP, mulanya panggilan dari Puan Norizan (jika tersalah sebut nama, maaf juga dipinta.almaklum, tuanya saya sakit pelupa sudah dikirim). Puan Norizan itu memberitahu undangan pihak DBP. esoknya pula Puan Norimah pula telefon, minta saya memilih salah satu hari sepanjang pesta buku demi keselesaan sendiri. Saya memilih hari Jumaat. Surat rasmi undangan saya terima akhirnya. Kenapa saya memilih hari pertama? sebab hari itu saya bercuti dan menumpang keberkatan hari mulia itu sendiri. Haha...

Bersantai di booth DBP berlainan benar dengan duty saya di booth publisher lain.Kenapa? Sebab, di DBP saya rasa kecil... sangat berbanding penulis lain dan karya2 lain. Siapalah saya...

3 jam di situ, saya dilayan dgn baik, mesra dan rasa dihargai benar. Petugas yang diamanahkan menjaga saya, terlalu menjaga sopan dan santun. Ketertiban mereka saya sanjung tinggi, tapi saya rasa malu sangat dilayan sebegitu. Kepada kakak saya yang setia menemani, saya bisikan itu. dia sekadar senyum dan sesekali tertawa juga.

Pelbagai soalan diajukan berkisar keterlibatan saya dalam dunia penulisan dan saya menjawab seadanya. Sesantun yg boleh sebab saya bukan jenis formal begitu. Saya orang biasa, dan sentiasa berasa kecil berbanding mereka. akhirnya 3 jam berakhir. Saya dijamu di cafe oleh Puan Norizan & 2 orang petugas Dawama. Terima kasih juga pada 2 petugas itu (tidak berani saya tuliskan namanya di sini, bimbang tersalah ejaan). setengah jam dihabiskan di situ, berbual lagi berkenaan karya dan penghasilan saya.

Saya singgah di booth Bprima, di tingkat atas dan bawah. Di bawah, saya bertemu Cik Sarah, masih mesra menyambut kunjungan saya. Hanya 5 minit di situ, saya pulang.

Sabtu saya berkunjung lagi ke Bprima bersama Antasya Balqis, demi janjitemu dgn rakan penulis yg diundang sebagai penulis tamu (sesi bertemu peminat). Lepak sejam di situ, berbual dgn Indah Hairani, Siti Rosmizah yang sangatlah popularnya (tahniah), shahriah Abdullah & Zai. banyak yg dibualkan. Saya disapa beberapa orang penulis Alaf, hairan mereka kenapa saya tidak bertugas di Bprima, jawapan ringkas saya - saya tidak ada karya baru. Saya nampak kening mereka berkerut. 'Tak ada yg baru?'

Tersenyum saya. Bukan tak ada, tapi tidak terpilih untuk diterbitkan... Penulis sudah ramai, mskrip perlu menunggu giliran, tidak kira sama ada penulis lama atau baru, semua perlu berbaris panjang. Itu alasan saya melihat mereka terus bungkam. Soalan novel baru juga diajukan beberapa orang penggemar karya saya. Kata mereka : sedihnya, Ramlah tak ada novel baru..., bukankah novel terakhir kakak, Aku cinta Kyra?
Jawab saya : Novel baru sudah dinilai editor, kini menunggu tarikh terbit. Sabar ya? Wanita itu mengeluh, kesal nampaknya. Novel baru tajuk apa? Dia bertanya lagi. Saya berbisik padanya - SEHARUM CINTA LESTARY.
Katanya, Wau tak sabar nak baca, sedih tak dapat beli hari ni. Saya menyuruhnya bersabar lagi.

Saya lagi sedih, tapi tidak kan lari gunung dikejar, pujuk saya di dalam hati sendiri.

Di hari akhir pesta buku,saya membuat temujanji dengan Zulailah - penulis DBP & Bprima. Hanya di pesta begitu penulis berpeluang bertemu rakan2 penulis kerana di hari lain masing2 sibuk. Kami meronda lagi. Banyak potongan harga, saya & Zulailah tidak melepas peluang shopping di DBP dan bertemu Nasarudin Dasuki di kerusi penulis tamu di situ. Sempat berbual pendek dan merisik manuskrip yang kami hantar utk projek bengkel tempoh hari. Menurut encik Muhammad, sudah ada 6 karya singgah di mejannya. alhamdulilah kata saya dan Zulailah. Moga kesemuanya menepati kehendak DBP, seterusnya diterbitkan. Amin....




4 comments:

chekdenoor said...

ada lagi tak program penulisan novel tu...hmm...cam nak follow jer........ kalau ada tolong email kan ke chekde ya.....

Rasha_rz said...

chekdenoor...
sory, program penulisan novel apa ye? kak ila ni lembab sikit, kadang2 susah nak faham.

Abang Long said...

Kenapa tidak terlintas difikiran untuk mengambil gambar waktu pesta tempohari ?

kak ila said...

abang long bertanya kak ila ke, kenapa tak ambil gambar bersama? kak ila tak bawa kamera. beg berat dgn buku... lagipun adakah yg sudi bergambar kenangan dgn saya.....?


Free shoutbox @ ShoutMix