Rasa tak patut dan tak adil kalau saya tidak berterima kasih pada kakitangan HDW PPUKM Cheras.
Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih pada para staf nurse dan doktor yang bertanggung jawab merawat dan menjaga anak saya dengan penuh dedikasi selama menempat di wad itu. Selalunya saya hanya mendengar komen buruk tentang layanan kakitangan hospital, tapi apa yang saya lihat selama 6 hari di situ, jauh berbeza. Semua ramah, bertanggungjawab dan mesra pesakit. Bukan sahaja pada pesakitnya tetapi juga pada keluarga pesakit. Terima kasih sekali lagi. Jasa anda semua tidak akan saya lupakan, hanya Allah sahaja membalasnya.
Monday, June 8, 2009
LANJUTAN SUKA DUKA KEHIDUPAN
entry-content'>
Dicatat oleh Rasha_rz di 4:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam. Syukur semuanya sudah selamat. Demam denggi buat saya jadi fobia. Pengalaman menghuni wad selama seminggu cukup perit.
Tubuh lembik seperti batang keladi direbus. Syukur Tuhan masih sayang. Jika saya yang dewasa terasa siksanya, bagaimanakah jika kanak-kanak yang terkena demam ini. Hanya Tuhan yang tahi isi hati ibubapanya.
Kemanakah gerangan kekanda, sudah lama menghilang ?
hei, salam juga saudara nasar. Terima kasih muncul ke sini. syukur anak saya dah selamat. seminggu duduk di wad kritikal, rasa nyawa saya dibawa pergi. baru rasa betapa berharganya nyawa & kesihatan. lepas ni rasa seriau nak hantar anak ke asrama lagi.
abang long. kanda ada. itulah, pelmacam hal berlaku. suka duka kehidupan. Allah nak menguji kesabaran & ketaakwaan rasanya. bersyukurlah juga semuanya dah selesai.
Post a Comment