Thursday, June 11, 2009

Sekadar sedikit info sihat...

entry-content'>

Masalah injap jantung - masalah utama yang menyumbang kepada kematian awal kelahiran bayi dan kanak-kanak.

Di antaranya : Penyakit Jantung Kongenital (PJK) atau penyakit Kardiovaskular Kongenital, masalah Mitral Stenosis dan penyakit reumatik yang berpunca dari jangkitan bakteria Streptokokus. Keadaan tidak normal ketika kelahiran atau di dalam kandungan. Ini mungkin kerana kecacatan fisiologi pada bayi setiap 1% dari keseluruhan kelahiran hidup. tanpa mengira kedudukan sosio-ekonomi tetapi lebih berisiko kepada mereka yang terdedah pada ketidakaturan kromosom, jangkitan virus seperti Rubella semasa ibu mengandung, pengambilan alkohol dan merokok yang berlebihan sewaktu hamil, terdedah dengan toksin tertentu dan pengambilan dadah seperti Thalidomide dan juga fenitoin. Selain itu ianya turut dikaitkan dengan genetic. Terutamanya yang berkaitan dengan kecacatan pada kromosom

Kerosakan injap jantung ini boleh dirawat dan mereka yang menderitainya akan sembuh seluruhnya dengan cara menggantikan injap yang rosak dengan injap tiruan atau injap derma.

IJN (Institut Jantung Negara) sudah lama menjalankan pembedahan pemindahan ini dan hasilnya sangat membanggakan. Walaubagaimana pun, pesakit masih sukar mendapat organ derma kerana kesedaran berkenaan pendermaan selepas kematian masih belum berjaya meransang minat masyarakat setempat.

Proses perolehan organ dan tisu dari tubuh seseorang penderma akan dilakukan apabila penderma disahkan sudah mati otak oleh dua orang doktor bertauliah yang bebas serta tiada kaitan dengan pemindahan dan pendermaan. Sebelum pembedahan pemindahan dilakukan, para petugas perlu mendapat keizinan waris penderma terlebih dahulu. Petugas tidak dibenar merayu atau mempengaruhi waris.

Sesiapa sahaja layak menjadi penderma, kecuali mereka yang berusia bawah 18 tahun, perlu mendapat kebenaran bertulis dari waris terdekat. Organ yang diderma, diurus Pusat Sumber Transplan Nasional untuk diserah kepada individu yang layak dan bersesuaian, biasanya identiti penderma dan penerima dirahsiakan kecuali diderma kepada keluarga.

Namun, tisu injap dari penderma selalunya akan bertahan antara 10 ke 15 tahun sahaja kerana ianya akan cepat rosak. Selepas jarak masa itu, pesakit perlukan rawatan semula.

tunggu penerangan selanjutnya....

2 comments:

sf said...

Teringat masa atok masuk IJN dulu. Memang cabaranlah kak berada di IJN, satu macam perasaan dalam tu.

kak ila said...

sihat sebelum sakit, sf...
masa sakitlah baru kita hargai sihat kita. kan?


Free shoutbox @ ShoutMix