Saturday, June 13, 2009

SEHARUM CINTA LESTARY.

entry-content'>

Semalam
Cinta bersemi
Ria di sini
Di bumi ini mengutip kasih, menyulam bahagia
Menghimpun seranjang cerita gembira
Tanpa sekelumit duka, hanya tersenyum dan tertawa
Bersaksi mentari, bulan purnama - bersumpah setia
Bisiknya :
Nasi lemak buah bidara
Sehidup dan semati kita berdua
Realisasikan cinta dua benua,
Seteguh Uda dan Dara.
Risensi Lestary bukti agungnya cinta

Kini
Lestary hanya sendiri
Kembali ke sini menginjak permatang yang pernah dilalui
Mencari cinta sejati, makna kasih yang pernah bersemi
Demi masa yang berganti
Segalanya tidak bererti kini.
Kosong, sepi.
Yang ada hanya kesan cinta yang sudah dinodai.
Namun titis-titis bahagia terus dicari
Meski telah jauh dihanyuti
Dibawa arus terusan masa yang tidak reti berhenti.
Yang di sini hanya dendam yang menyakiti, melukai!
Mahligai cinta yang dicari
Korban cinta ditemui, pusara sepi, nisan yang membedi
Sebagai bukti cinta sejati terus abadi…
Senaskah sirah yang gagal dilupai kembali menemani
Memaksa hati kekal membenci.

Esok
Nanti di nanti
Cari mencari
Sebuah ceritera yang penuh erti
Mahligai cinta yang harum lagi berseri
Sewangi mawar berduri
Sebiru lavenda yang lebah kerumuni.
Ingin sekali Lestary merealisasi
Sebuah istana cinta di benua hati
Diharap kekal bersemi
Dalam dua jiwa bercantum hati
Injap dan hati milik si mati,
Cinta nan murni untuk lestary…

6 comments:

Abang Long said...

Menunggu pemberian dari Kak Ila ... heheheh ... (kali ini memang buat muka tak malu).

kak ila said...

abang long. buat muka tak malu tu tak apa... tak kisah. kalau kena dengan mintaknya. adinda nak mintak apa?

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Kisah novel baru ya? Lestary... Selamat terus menulis Kak Ila.

kak ila said...

waalaikumsalam mya marja...
muncul juga orang muda ni ke sini setelah lama menyepi.
Lestary... rasanya begitulah.
Tapi lain kali nak mintak cikgu buatkan seuntai puisi mantap untuk novel akak. boleh tak?

Ainin Naufal said...

kak ila, maaf tak dapat balas sms. masalah tu mmg biasa bila langsung tak keluar rumah.

tadi ke 'sana'. saya saja tanya cik ros ada atau tak pembelian lagi dlm thn ni. katanya semua tu bergantung pd comittee. mungkin ada lagi pembelian dari list yg dorg hantar, mungkin tak ada. mungkin nama2 yg dh naik sekarang blh naik sekali lagi. semuanya masih bergantung pd comitee. doa-doalah...

kak ila said...

hehehe. tq ainin. tak apa2. kalau ada rezeki adalah tu. bidang penulisan pun bergantung pada rezeki, macam artis juga. kan...? apa2 pun tahniah adik.


Free shoutbox @ ShoutMix