Thursday, June 4, 2009

SUKA & DUKA KEHIDUPAN

entry-content'>

Lama benar saya tidak menjengah ke sini, bolah dikata melupakannya seketika. Pelbagai perkara suka dan duka melanda diri dan keluarga. Begitu adanya dugaan Allah. Rasanya maha besar dan dahsyat. Pun pastinya ada yg lebih berat lagi. Kepayahan yg saya terima hanya sekelumit berbanding limpahan rahmatnya dlm satu masa. Bersyukur saya di dalam linangan air mata. Mengangguk, menerima kata2 peransang kawan2 yg sudi menghulur semangat. Terima kasih semua.

Suka dan gembira apabila anak ke dua diterima ke metrik. Syukur... itu adalah ganjaran padanya setelah puas berusaha dlm SPM. Hadiah pada saya dan suami yg tidak henti berdoa. Tersenyum saya menandatanganinya bersama suami. Tetapi dalam masa yg sama, anak ke tiga diserang demam yg teruk. Bergegas suami ke asrama di Shah Alam. Benar, dia demam teruk. Dari sana terus sahaja dibawa ke unit kecemasan PPUKM. Dia diperiksa sesegera mungkin: sah dia diserang demam virus. Virus / kuman apa? Mungkin denggi tetapi perlu dipantau pletletnya terlebih dahulu melalui darah yg diambil.

Hanya beberapa minit keputusan darah sampai ke meja doktor yg bertugas, menunjukkan penurunan mendadak, tetapi menurutnya tidak bahaya. Anak dan saya dibenar pulang. Pun begitu demam masih tidak dapat dikawal, esok paginya suami membawanya semula ke klinik yg diarahkan hospital, utk pemeriksaan darah.Terus turun, ubat utk melawan denggi memang tidak ada, anak dinasihat minum air lbh banyak, dia dibenar pulang. Saya terpaksa menjaganya seorang diri sementara suami ke Utara tanah air, menghantar si abang mendaftar di kolej metrikulasi. Saya bawa lagi anak ke hospital, saya sudah tidak sabar, minta dia ditahan utk pemantauan. Sebaik di masukkan ke wad, tekanan darahnya semakin menjunam, air yg dimasukkan melalui intravina tidak menampakkan hasil. pletlet terus turun disamping demam yg tidak langsung berkurangan. Sahlah dia diserang denggi berdarah.

Dimana pendarahannya? itu perlu dicari para petugas.Doktor memberitahu saya, keadaan anak dalam kritikal.Ya Allah... saya menanggungnya sendiri. Menghadapinya seorang diri dibilik HDW.Semua petugas menyuruh saya bersabar. KENAPA?Itu juga bermain di fikiran saya.Apakah tidak ada harapan maka doktor menyarankan saya bersedia dgn segala kemungkinan?Berkali2 beristighfar, memohon Allah memberi sebanyak mungkin kekuatan.Dugaan darinya, cabaran jg darinya. kita manusia hanya pinjaman,semua haknya.Tetapi saya masih berharap Allah memberi kami sedikit lagi peluang. memperluas kursinya,mencurah rahmat demi remaja 17 tahun yg masih panjang perjalanannya.Dalam dingin malam yg semakin menjangkau dinihari, seruang sederhana bilik HDW bagaikan bermandi darah.sepaket demi sepeket darah dialir ke tubuhnya melalui intravina, pendarahan tetap tidak berjaya dikawal.Ditemuinya gagal.yg pasti, dia terus kehilangan darah.

4 hari getir, akhirnya anak lelaki saya menampakkan peningkatan. pendarahan sudah berhenti, pletlet sedikit demi sedikit meningkat, sudah blh disudukan air kosong. 1 rahsia saya perolehi dari pelawat dan petugas di HDW : SUP KETAM, BAIK UTK PENGHIDAP DENGGI.Para saudara berusaha menyediakannya,saya masukkan ke dalam cawan, anak saya menghisapnya dgn strow.100 plus ditukar dgn air sup ketam. Alhamdulillah, para doktor bernafas lega, pesakit sudah beransur sembuh & dipindahkan ke wad biasa. tetapi katanya, dia perlukan pemantauan lagi.saya mengangguk, terserah doktor kata saya.

Tahniah puan, puan begitu sabar, tabah dan tenang sepanjang detik getir anak. Pujian doktor yg merawatnya, saya hanya mampu tersenyum dan mengangguk. begitulah sepatutnya, para ibu perlu tabah demi semangat anak.jangan menampakkan kegelisahan, kerana itu boleh menakutkan pesakit yg getir melawat penyakit. itu nasihat doktor selanjutnya. saya mengangguk juga,berusaha menahan sebak.

Selepas semuanya selesai, seorang kwn yg membaca nvl saya Qaseh, Qaisy berbisik : "Apa yg awak tulis berkenaan denggi di dlm nvl QQ, sudah dialami anak awak. Apa perasaan awak?"
Baru saya teringat, penerangan tentang denggi yg saya tulis.Benarlah, cerita tanpa pengalaman tidak setanding melaluinya sendiri.apa yg saya lalui bersama anak yg sakit,terlalu pahit. tidak tergarap di dalam novel...

9 comments:

Noreimi said...

Salam.. emi dapat rasakan keadaan & pahit getir yg kak am alami sekeluarga.. Itulah pengorbanan ibu.. mujur kak am cepat bertindak..
syukur semuanya selamat..

kak ila said...

salam emy...
terima kasih terus menjadi pengunjung setia.dah habis baca ACK? novel itu juga memapar perasaan ibu macam kita. hehehe... sempat promot.

Anonymous said...

syukur semua selamat. pengalaman tu ilmu berharga kan?


~ainin naufal~

Anonymous said...

assalamualaikum...am apa khabar?ateh doakan am sekeluarga sihat. ketabahanmu amat dibanggakan. itulah pegorbanan seorang ibu.

kak ila said...

hai ainin...
tak sangka adik sampai ke sini. terima kasih. memang pengalaman itu ilmu termahal. tak akan dapat di cari di dalam buku.

kak ila said...

waalaikumsalam ateh... rindunya kat awak. terima kasih sudi ke sini dan terima kasih juga di atas doa keluarga. bila dah berdepan dgn pengalaman begini, baru tahu macam mana emak2 kita dulu kan? macam mana perasaan mereka bila kita sakit

Noreimi said...

no problem.. kalau free emi jelajah laa.. blum habis lagi.. tapi dah sampai half laa.. makin dalam makin syok plak citer tu.. hehehe

Anonymous said...

assalamualaikum... am sehat ke? ateh alhamdulillah. pegi tak majlis kat rmh wan ma? ateh tak dpt pegi my abg keje, lasminit bagi tau mcmna nak pegi. mcmlah kita duduk jauh lg, masa duduk kat johor awal2 dah bg tau. org mcm dah tak ingat kat kita lg. sedih betul hati ini. oklah, kirim salam kat azli awak tu.

kak ila said...

hai noreimi, ateh. akan muncul pula novel terbaru am. baca di atas sana.

ateh, tak sah emosional sangat. am yg dah tau awal2 pun pergi kenduri tu. halangan2 itu adalah ketentuan Allah. redha je....


Free shoutbox @ ShoutMix