Wednesday, August 26, 2009

Kembali dgn SCL

entry-content'>

Assalamualaikum.
Saya kembali dgn novel terbaru saya - SEHARUM CINTA LESTARY (SCL).Mahu mengulas berikutan 2 persoalan yg ditanyakan 2 pengunjung email saya semalam & 3 hari lepas. Soalan mereka : DARI MANA SAYA MENDAPAT IDEA (ILHAM) sehingga lahirnya SCL.

Meski sudah saya jawab serba ringkas berkenaannya kpd 2 pengunjung itu, ingin juga saya berkongsi dgn pengunjung lain di sini. Mungkin masih ada pembaca lain yg turut berfikir2 apa sebenar ceritanya & dari mana saya mengutipnya. Asal cerita begini :

SCL sebenarnya berasal dari 1 cerita lama, diceritakan kpd saya sewaktu saya belasan tahun, oleh seseoang. Beliau mengongsikan cerita yg berlaku di kgnya (bukan kg saya, waktu itu beliau di zmn kanak2.Kisah isteri ditembak suaminya yg gila talak selepas menjatuhkan talak 3.Bezanya, dia ditembak dirusuk kanan & baru saja melahirkan anak ke 7 (perempuan),6 yg lain - lelaki.Beliau mati serta merta & beliau adalah Melayu, Malaysia..

Lewat kematian wanita itu, suami dipenjarakan.7 beradik dipelihara neneknya (ibu wanita malang, sudah tidak bersuami dan menyara hidup dgn pendapatan kampung). Selepas nenek meninggal, mereka tinggal sendiri,abang sulung mereka yg baru belasan tahun memikul tanggungjawab sepenuhnya.& waktu cerita itu dicerita pd saya, si bongsu itu sudah dewasa (jururawat).Kisah diselongkar apabila si gadis mahu bernikah,ayahnya perlu dicari sebelum wali ke2 (abang)digunakan. Sebelumnya si bongsu langsung tidak diberitahu kisah sebenar. Kekecewaan membelenggu si bongsu apabila menerima cerita itu.

Saya turut sedih & menitiskan air mata apabila mendengar penderitaan 7 beradik itu sewaktu kanak2.Abang sulung langsung tidak bersekolah, tidak berkahwin meski seorang demi seorang adik2nya menemui jodoh.Sewaktu membesar, mereka tidak pernah berpakaian baru setiap menjelang hari raya kecuali pakaian sekolah yg ditukar 2 ke 3 tahun sekali. Air mata saya bercucuran membayangkan di pagi Syawal, 7 beradik mengenakan pakaian lebihan penduduk prihatin di kampung daif itu.Bagi yg tidak bersesuaian dgn saiz, akan mengenakan pakaian sekolah ke masjid dan pusara ibu mereka. Mereka hanya makan biasa2, tidak ada lemang, ketupat dan rendang melainkan berkongsi sepiring pemberian penduduk terdekat.Penduduk lain juga tidak semewah penduduk sekarang, lebih kpd kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Namun berkat kesabaran, 5 beradik berjaya menjawat jawatan tinggi meski 2 abang mereka kandas terus hanya boleh menulis & membaca.

Sementara pendermaan organ di dalam SCL pula diadaptasi dari kisah pendermaan organ penghidap penyakit jantung kronik dan pembedahan pertama negara yg berjaya. Saya satukan cerita itu utk membina konflik cerita agar ianya tidak mendatar selain cuba menitip sedikit ilmu bantu dlm ilmu perubatan. Selebihnya adalah emaginasi saya sendiri selaku pengarang cerita itu termasuk mangsa warga negara Dubai, jg untuk membentuk plot yg pelbagai. Untuk menimbulkan sebab & akibat. Sengaja saya tinggal kan 6 beradik yg lain utk mengelakkan kekeliruan pembaca dgn terlalu banyak watak yg berkaitan. memandangkan SCL merupakan novel cinta popular, dgn watak Lestary seorang untuk membawa cerita orang tuanya sudah mencukupi.

SEMOGA PEMINAT NOVEL TERHIBUR & MENDAPAT SEDIKIT ILMU SAMBIL BERHIBUR. SELAMAT MEMBACA.

2 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Kisah yang sangat menarik. Untungnya ada bank cerita sebegini ya. :D

Rasha_rz said...

waalaikumsalam adik.
memang menarik. waktu mendengarnya kak ila bagaikan dibawa melihat keadaan sekeluarga itu w/p tidak langsung mengenali mereka. lama kisah itu bersarang, akhirnya kak ila bagaikan dikerah untuk mengadaptasikannya. melalui kreativiti yg ada, kak ila garap ia menjadi SCL.


Free shoutbox @ ShoutMix