Saturday, August 29, 2009

TAHNIAH

entry-content'>

Baru sebentar tadi saya menerima email dari seseorang yg tidak saya kenali & beliau tidak mengenalkan diri. Isi di dalam email itu memberitahu saya bahawa rakan sepenulisan saya - SITI ROSMIZAH telah memenangi Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009 Kategori Fiksyen Bahasa Melayu. Katanya lagi, 'Cik Ct memang hebat! Dalam sekelip mata beliau mampu menewaskan penulis lain.'

Ya, saya mengangguk sendiri. Memang hebat. bisik saya di dalam hati. Teruja benar saya. Entah kenapa saya terlepas pandang berita itu. Mungkin disebabkan kesibukan saya sejak bertukar ke jabatan baru.

Tapi apa2 pun tahniah saya ucapkan. Saya belum lagi menghubungi Cik Ct untuk berucap tahniah kerana tika ini sudah larut malam, saya tidak mahu mengganggu beliau hanya dengan sepatah perkataan tahniah dan titipan kegembiraan yg saya tumpangi. Jadi, baik saya memperturunkan di sini, di pondok usang ini. Jika beliau tersinggah, sudah pasti beliau membacanya dan jika peminatnya juga melalui lorong di dalam pondok ini, mudah2an mereka turut berasa gembira. Saya mengkagumi beliau. Bukan sahaja kerana bernaung di satu bumbung tetapi juga kerana keupayaannya menewaskan penulis besar yg lain.

Satu pesan saya... TANGGUGJAWAB ADIK SEMAKIN BERAT, BUKAN SENANG MENGEKALKAN APA YG ADIK ADA, OLEH ITU BERUSAHALAH. DAN SEBOLEH MUNGKIN, KEKALKAN KECEMERLANGAN INI. Tahniah sekali lagi.

8 comments:

Abang Long said...

Salam sayang wahai kekanda. Sengaja hendak tinggalkan jejak diruangan ini dengan memohon keizinan.

TAHNIAH buat Siti Rosmizah.

Tapi, karya Kak Ila juga mendapat pujian ramai. Teruskan usaha.

kak ila said...

abang long.
terima kasih sudi ke sini. Dia memang hebat. tahniah padanya.

p/s : siapa2 yg sudi memuji karya kekanda? kalau ada pun hanya adindaku long. sebab siapalah Ramlah Rashid untuk dipuji.......

Anonymous said...

Tak perlu puji2 pun, masyuk projek kan kak ila? hehehee

Rasha_rz said...

siapa masyuk tak salam dgn nama ni...? hehehehe...
apa2 pun terima kasih sudi ke sini. salam ramadhan

Anonymous said...

assalamualaikum. am apa khabar, minta maaflah ateh tak kesempatan nak beli buku am, baru2 ni ateh ada blk selayang dsana ateh ada baca buku jeriji kasih beslah ceritanya. raya ni blk mana, ateh blk selayang lepastu johor byk perbelanjaan ni.

Rasha_rz said...

waalaikumsalam ateh. am tak balik kampung sebab dei beraya di KL. kat rumah ayu.insyaalah, nak juga beraya di rumah saudara2 sekitara KL ni. maklumlah separuh dari penduduk KL ni kan sedara kita...?

Anonymous said...

sy ingin mengucap kan tahniah buat ct moga dia terus berjaya dlm karya nya walau ada yg tak suka akhir nya terbukti kehabatan nya.

Rasha_rz said...

ucaplah saudr. kak ila bagi ruang. hehehe... kenapa tak sertakan nama? puan siti rosmizah pun nak tahu juga siapa penyokongnya.

p/s, bakat adalah anugerah Allah yg tak ternilai. dan kadang2 kritikan membantu menaikan. itu juga anugerah Allah.


Free shoutbox @ ShoutMix