Tuesday, September 15, 2009

PEMBELAAN KE ATAS PENULIS (NOVELIS)

entry-content'>

Assalamualaikum.

Saya nak komen sikit je. Berkenaan tajuk di atas. Kenapa saya membangkitkannya? Sebab tertarik pada isu gaji pembantu rumah warga Indonesia baru2 ni. Gaji terendah harus dibayar kepada pembantu warga negara itu ditetapkan RM800.00 sebulan! Kerajaan Indonesia minta dan... kerajaan Malaysia bersetuju? Bagus betul kerajaan kita, saya berbangga berlindung di bawah panji2nya.

Hem... tapi apakah nasib rakyat kita terbela? khususnya warga Penulis amnya Novelis sebab saya di bidang itu. Berapa ramai penulis yg gagal menerima hak mereka? Dan, apakah tindakan yang dikenakan ke atas penerbit yang sengaja memperkudakan penulis? Menangguk kesenangan di atas lelah penulis? Buku terjual, tetapi penulis langsung tidak diberi honorarium yang sepatutnya. Malah penulis sendiri terpaksa menjadi pengemis, meminta dan terus meminta. Bukan sahaja mengemis wang, penyata jualan juga terpaksa penulis mengarang surat untuk meminta. walaupun berpucuk surat dilayangkan -meminta, namun maklum balas penerbit tidak juga kunjung datang.

Bila disergah ke pejabat, pelbagai pula alasan dan janji diberi, tapi kosong. Di antara alasan mereka : 'Syarikat rugi... tak mampu bayar royalti.' Atau alasan lain, 'akauntan bawa lari duit, syarikat rugi' Atau 'syarikat baru tukar akauntan, jadi makan masa lama sikit untuk penyemakan. Harap penulis bersabar' Atau 'Syarikat tidak dapat membayar royalti puan sebab data penulis dah hilang. Saya syorkan, puan menarik balik hak cipta. Itu sahaja yang saya boleh tolong'.

Itu diantara alasan diberi. Logikkah? Logik atau tidak, penulis terimalah juga, nak buat macam mana..., itu alasan sesetangah penulis. Penulis pun jemu meminta... lalu menghalalkan sahaja dalam keterpaksaan. Jiwa penulis kan sensitif? halus, gaduh bergaduh bukan cara hidup penulis. Mengeluh sahajalah mereka sesama sendiri. Jika artis ada melodi untuk mengadu hal, pembantu warga Indonesia ada kedutaan mereka, penulis tempatan di mana ya? Apakah harus terus menjadi Pak Kadok? Menang sorak, kampung tergadai? Fikir2kan wahai penerbit yang tergigit cili padi. Hemmmm...

6 comments:

sf said...

Pertama - Paling utama adalah sikap penulis sendiri yang tidak prihatin terhadap hak-hak yang ada padanya.

Kedua - Sebab penulis di sini terus dengan penerbit sbb alasannya dia terus berurusan dengan penerbit, tak perlu orang tengah atau agen untuk menguruskan manuskripnya; kerana merasakan agen akan menyusahkan dirinya. Jadi, tak boleh juga nak marah penerbit yang mengambil kesempatan atas sikap penulis itu sendiri, kan? (kena batang hidung sendiri juga ni, tapi sebelum saya tubuhkan AVA, tak mengapalah. Hik, hik, hik...)

Banyaklah kak sebenarnya kalau nak dibariskan satu per satu, nak salahkan orang lain juga pun, kita penulis sendiri perlu kukuh dalam membina alasan dan sebabnya. Penerbit tak kira, asal untung dia sapu, kan?

Rasha_rz said...

ya sf...
berbanding kerjaya lain di Malaysia, rasanya penulislah yg selalu dikotak-katikkan. setakat ni kak ila dah jumpa 2 penerbit yg dgn jelas & terang2 sedang berusaha memperbodohkan penulis. Bila penulis datang berunding, bos hilang. Konon tak ada di pejabat, keluar bandar atas urusan kerja. Entah2, menyorok dlm tandas. Penulis hanya berdepan dgn kerani2 yg tak tau apa2 kononnya. 'Soal royalti & kewangan, bos & anak dia yg uruskan. Saya cuma terima manuskrip. Itu kata 3 org dari mereka. Alahai...
Habis cam no...?
halalkan je le...

p/s:tahniah,Tunas Cipta Ogos.

Mak Su said...

aduh! mmg tak adil!

Rasha_rz said...

mak su... memang jarang adanya keadilan di dunia ni. yg ujud hanya saling memerangkap. sabo je.

Unknown said...

Kak Ila, terlalak pun tak guna. Nak halalkan tu boleh, tapi tunggu hingga saya atau depa masuk kubuq. Huhuhu... Selagi hayat dikandung badan selagi itu depa dan anak bini/suami makan duit haram.

kak ila said...

Zalisa...
kalau boleh tak nak lah sampai bawak mati darah hasil duit haram. Kita sesama Islam. Wajib ada yang sedarkan depa betapa perlunya melunaskan hak orang lain. Makan yg hak sendiri je, hak penulis bagilah... Agar tenang apabila bertemu di SANA nanti. Harapnya JT insaf.


Free shoutbox @ ShoutMix