Saturday, October 17, 2009

SARA KIRANA

entry-content'>

Perkahwinanku dengan Zulfakar kerana dijodohkan
Perpisahan dengan lelaki itu sudah ditakdirkan.
Pertemuan semula aku dan Zahrin satu ketentuan.
Aku pasrah dalam kedukaan.
Tapi, apakah satu kesilapan?
Aku mencintai Zahrin selepas bersendirian?

Soal hati sukar untuk dimengertikan.
Sayang bukan bererti cinta,
kasih bukan bererti sayang.
Ia bahagia bersama Zulfakar
Meski sekadar bayangan cuma,
namun itulah makna cinta pertama
cinta Zahrin lain...
penuh erti, penuh kasih dan penuh sayang
namun sarat duri yang melukakan.
di mana mungkin kebahagiaan buatku?
di mana mama? Papa?
Tunjukkan Sara erti cinta itu...
makna bahagia sebenarnya!

********

Maisarah, isteri yang patuh dan taat pada suami,dicerai tanpa sebab yg kukuh. Akibat kekecewaan itu Maisarah bangkit sebagai Sara Kirana, novelis tidak berilmu besar tetapi akhirnya disegani. Jodoh pertemuan ketentuan ilahi, sewaktu namanya dipuncak, Zahrin muncul melamar. Percintaan memakan masa yg singkat sebelum mengambil keputusan mengakhiri zaman bujang masing2. Janda bertemu teruna, bukan mudah untuk mereka melayari bahtera rumah tangga. Cinta Zahrin berduri pula. Cemburu buta menggoyahkan kasih sayang. Bagaimana Maisarah melalui saat getir diragui suami sendiri dalam perkahwinan ke duanya?

2 comments:

Nita Hanita said...

Banyak novel yang dibeli tapi belum dibaca lagi tapi novel ni saya dapat habiskan dalam masa satu hari.Bacaan yang santai tapi banyak ilmu dalamnya.
#Buku ini mengingatkan saya tanggungjawab sebagai seorang isteri yang kadang kala terlupa
#Banyak info tentang penulisan disentuh seperti cara untuk menghantar karya.Ilmu ini tidak dimiliki oleh orang yang baru nak bergelar penulis.
Sepatutnya ramai penulis yang menulis tentang pengalaman mereka dalam bidang penulisan untuk panduan pembaca.

Rasha_rz said...

terima kasih Marzahani. SARA KIRANA kak ila adaptasi dari pengalaman seorang isteri yg begitu setia. sentiasa berusaha memberi yg terbaik pada suaminya. tapi dia lupa, suami mahukan isteri, bukan amah. isteri yg blh dijadikan kawan, sesekali lawan jg, dlm ertikata membetulkan kesilapan suami. selain itu, pengalaman kak ila & rakan2 penulis jg. selebihnya adalah emaginasi kak ila sendiri. penulis kan ada hak mereka cerita? hehehe


Free shoutbox @ ShoutMix