Sunday, January 3, 2010

USIA & TAHUN

entry-content'>

Assalamualaikum.
Meski sudah 3 hari terlewat, rasanya masih belum kelewatan saya mengucap selamat tahun baru kepada semua rakan taulan Islam mahupun non Islam. Syukur, kita dipanjangkan usia setahun lagi. Saya juga semakin berganjak tua... Syukur saya ke hadrat-Nya memberi saya kesihatan yang sempurna.

Hari ini anak sulung menyambut hari lahirnya. walau tidak ada tiupan lilin atau hadiah kunci kebebasan, si bujang tetap gembira. Syukur juga saya, dianugerah anak yang cukup memahami.

Hari ini tamat sudah pembikinan novel terbaru saya. Tepat jam 8 malam, saya menyudahkan pengeditan di ayat terakhir. Syukur saya pada-Nya, masih memberi saya sedikit idea (ilham) penulisan. Meski agak merangkak kali ini, namun berjaya juga saya menyudahkannya. Selepas ini saya perlu memikirkan pula ke mana manuskrip itu akan dihantar. LARA DI JIWA AJYM. Itulah judul terbaru untuk novel ke 12 saya.

Selamat tahun baru untuk semua - 2010

2 comments:

mohamadkholid said...

tahniah, kak betul2 produktif...

kak ila said...

terima kasih kholid.
pruduk yang paling lambat disiapkan. kalau makan gaji, mesti akak sudah diberhentikan. lambat, lembab. macam2 berlaku sepanjang 2009 yg melibatkan masa & diri, tapi akhirnya selesai juga. alhamdulillah.
adik dah siap novel remaja utk sayembara? syukur...


Free shoutbox @ ShoutMix