Wednesday, February 17, 2010

Apalah Nak Jadi?

entry-content'>

Assalamualaikum

Hari Isnin malam Selasa lalu - jam 11 malam saya sekali lagi terpanggil mengikuti rancangan sensasi di tv3 selepas melihat kali pertamanya - siri pertama, kemudian siri pelakon Fahrin Ahmad menangis. Sejujurnya saya turut terpanggil berhiba. Ahaqs, almaklum saya juga sensitif orangnya.

Selepas pada itu, tidak lagi saya berkesempatan menonton. Kadang-kadang saya sedang sibuk, kadang-kadang ahli keluarga yang lain sibuk dengan rancangan kegemaran mereka di siaran lain dan kadang2 saya terlupa. Isnin lepas, saya menonton lagi. Apa yang mahu saya kongsikan di sini, bukan untuk mengutuk, memberi komen jauh sekali kerana siapalah saya... Tapi :-

Yang membuat saya meluat pada rancangan itu, sama seperti pendapat rakan2 saya yang lain (sering mereka berkata begitu)...
Selain acara mengumpat artis2 secara terang2an, mereka tidak langsung mununjukkan kesibukan wartawan yang sebenar dan keletah 3 wartawan (seorang lelaki & 2 wanita) yang... (maaf kalau saya keterlaluan), menjelikkan.
Apa yang jelik ialah : senda gurau yang keterlaluan, kutuk mengutuk sesama sendiri dan kelancangan mulut masing2. Sedang pekerja lain nampaknya sibuk dengan kerja sendiri, mereka ber4 ini, sangat sibuk bersenda gurau, kutuk mengutuk dan umpat mengumpat. Berlainan dgn rancangan MELODI di tv3, edisi TERJAH sentiasa dinanti penonton, tetapi terjah dalam rancangan TERJAH, meloyakan. Seorang sibuk membelai dan memainkan rambut, seorang senyum dan tawa yang seakan sengaja direka dan seorang lain asyik mengutuk rakan di sebelahnya. Jumpa org itu di zoolah, serupa haiwan itulah, inilah, tak ada perasaan ke rakan itu?

Hemmmm maaf kalau saya keterlaluan.

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix