EBOOK 50 TIP MENULIS NOVEL
SETELAH kejayaan melahirkan ebook pertamanya, Cara Mudah Menulis Novel tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakan, baru-baru ini penulis novel Muhd Nasruddin Dasuki telah melahirkan ebook keduanya bertajuk: 50 TIP MENULIS NOVEL – Panduan Asas Yang Berkesan.
Beliau yang telah melahirkan hampir 20 buah novel dan pernah memenangi beberapa sayembara novel, memberitahu tujuannya menerbitkan ebook ini kerana mahu memberikan panduan atau tip yang mudah diikuiti oleh mereka yang berhasrat mahu menulis atau yang sedang menulis novel.
Tip dan panduan yang terkandung di dalam ebook ini kebanyakannya berpandukan daripada pengalamannya sendiri dan daripada pembacaan serta bengkel dan seminar yang pernah diikuti.
Ebook ini merupakan lanjutan daripada ebook pertamanya, di mana di dalam ebook ini banyak diterangkan secara detail serta contoh supaya mudah difahami. Sebagai contohnya bagaimana mahu mencipta konflik di dalam novel, masa menimbulkan konflik, dialog yang berunsurkan konfli dan banyak lagi.
Selain itu diterangkan juga contoh mengenai fungsi bab awal, bab tengah dan bab akhir selain, tajuk-tajuk lain yang sering menjadi masalah kepada penulis novel. Ebook yang mengandungi 50 tip terpilih ini kebanyakannya merupakan panduan berguna untuk mereka yang masih terkial-kial menyudahkan novel mereka.
Di antara judul-judul lain di dalam ebook ini ialah:
• Mencipta konflik dalam novel
• Tip menulis sinopsis yang baik
• Menulis nama dan watak sebenar
• Panduan menulis sinopsis yang baik
• Menulis nama dan watak sebenar
• Fungsi bab awal novel
• Emosi penulis pengaruhi tulisannya
• Kepentingan sub plot
• Strategi menulis novel
• Menseimbang rentak penulisan
• Memilih tema novel
• Teknik Menulis novel untuk sayembara
• Kepentingan latar dan masa
• Mengelak ketandusan idea dan banyak lagi tip-tip
menarik.
Ebook ini dijual dengan harga RM 20. 00 dan mereka yang berminat boleh mendapatkan prebiu ebook ini secara percuma dengan menghantar email kepada: mnasd_ 326 @yahoo.com atau sms ke 013-3635560 atau layari blog http://mnasruddindasuki.blogspot.com/
Atau tinggalkan pesanan di emel saya sendiri, saya akan memanjangkannya kepada En. Nassa, insyallah.
Thursday, February 25, 2010
Lagi Tips mengarang novel
entry-content'>
Dicatat oleh Rasha_rz di 8:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment