Monday, November 8, 2010

NAMA PENA @ NAMA SEBENAR PENGARANG

entry-content'>

Setelah membicarakan berkenaan novel Seberang berbanding novel tempatan dlm festival novel 1 Malaysia 30 Okt 2010, soalan seterusnya yg diaju kpd saya oleh saudara Ayob berbunyi begini :

Saudara Ayob : APA PENDAPAT PUAN PADA SENARIO PENGARANG DALAM ERTIKATA NOVELIS YG LEBIH GEMAR MENGGUNA NAMA SAMARAN BERBANDING NAMA ASAL?

Agak terkedu juga saya, seperti soalan sebelumnya, soalan ini juga agak berat utk saya ulas. tak tahu kenapa semua soalan dari saudara Ayob saya rasanya sedikit menduga & memerlukan saya berfikir, bukan sahaja sejenak tetapi juga dalam leret waktu yg sedikit lama. Mungkin kerana kedudukan saya dlm industri ini yg terlalu terpencil & kecil amat berbanding barisan pengarang2 bernama yg boleh sahaja membicarakan apa jua tanpa ragu. Setelah tersenyum sana, tersengeh sini, ini jawapan saya :

Saya : Minta maaf kpd rakan2 penulis khususnya novelis. Saya terpaksa menjawab bagi pihak saya, demi allah, tidak langsung mahu menyentuh sensitiviti sesiapa. Masing2 punya hak, tidak selayaknya saya mengkritik sesiapa. Pun begitu saya terpaksa menjawabnya. utk saudara Ayob, jwpn saya begini...

Sejujurnya di awal2 penglibatan saya dlm industri penulisan ini - Cerpen & puisi, saya juga mengguna pelbagai nama samaran. Kenapa? Kerana saya malu org yg mengenali saya, mengetahui saya ini pengarang @ penulis. Saya berharap ramai terpanggil membaca karya saya meski tidak seberapa tetapi dlm masa yg sama, saya malu krn tidak yakin pada karya saya. Akhirnya pada 1 hari abang saya menegur saya, katanya : KENAPA MENGGUNA NAMA SAMARAN, TIDAK NAMA YG DIBERI ABAH & MAK? Saya hanya tersenyum, sepertinya menyindir meski soalannya agak tergantung. Akhirnya saya membuat keputusan mengguna nama saya sendiri RAMLAH RASHID, sebab...

1- Kita sudah merdeka, sudah bebas dari sebarang bentuk penjajahan. Penulis dan pengarang jg sudah bebas menulis apa sahaja. Penulis, pengarang di era sebelum perang & di zaman pemberontakan, pengarang menulis utk membangkit semangat nasionalisme, oleh itu mereka ini diburu utk dihapuskan. Disekat agar tidak menyebar pengaruh, sebaliknya era demokrasi kini membenarkan pengarang menulis apa sahaja, kita bebas. Jadi, untuk apa saya perlu menyorok di sebalik nama samaran yg kedengarannya sgt cantik & indah? Bukankah lebih baik saya bangga dgn mempopularkan nama yg diberi abah & emak saya sejurus saya dilahirkan?

2- Pengarang, penulis, mengarang & menulis bukan kerja sia2, kita akan dipanggil di hadapan Allah. Seperti para guru yg mendidik & mengasuh, pengarang juga punya tanggungjawab besar. Jika baik yg disusun utk dipersembahkan kpd pembaca, maka baiklah yg akan masuk ke pemikiran khalayak. Jika buruk yg disampaikan, & remaja mengambil yg buruk itu utk dirinya, maka buruklah jadinya. Kita akan dipanggil dgn nama yg diberi sewaktu lahir & yg diguna di masa kematian kita...

Wallahualam...

Di N3 seterusnya nanti, akan saya perturunkan soalan seterusnya yg diaju kpd saya. Tunggu..........

3 comments:

Marzhani said...

salam...buku Lara di Jiwa Ajym tu diterbitkan ke?apa ceritanya...

kak ila said...

salam juga marzhani. terima kasih ke sini.
LARA DI JIWA AJYM adalah nvl ke 12 akak, masih terbitan BUKU PRIMA. Bila akan ke pasaran belum lagi akak ketahui, cuma info yg akak terima dari penerbit adalah bulan november 2010 ini. tarikhnya yg tepat belum diberitahu lagi.

kak ila said...

salam juga marzhanai...
salam maal hijrah. lara di jiwa ajym baru je terbit. trbitan buku prima (kumpulan karang kraf)


Free shoutbox @ ShoutMix