Friday, November 5, 2010

NOVEL MELAYU MALAYSIA @ NOVEL MELAYU INDONESIA

entry-content'>

Sewaktu saya ditemubual - BICARA NOVELIS dalam festival novel di Terengganu 30 Okt. 2010, di antara soalannya berkenaan tajuk di atas.

Saudara Ayop :
Apa pendapat puan terhadap novel AYAT2 CINTA?

Saya :
Hebat.

Saudara Ayop (mengangguk bersetuju) :
Pada pendapat puan, apa yg menyebabkan novel2 Indonesia rata2nya begitu hebat & mendapat sambutan hangat di Malaysia? Apakah novel2 yg dihasilkan novelis kita tidak ada yg mampu mengatasi kehebatan novel Seberang?

Saya (Sedikit lama saya merangka. Saya tidak pintar, cetek benar untuk mengulas isu berat itu. Dalam hati, siapa saya utk memberi komen yg melibatkan 2 negara ini? Pun begitu, saya legakan dada dgn bersenda :

Kata Saya : Orang kita memang gemarkan barangan import. Tampak hebat bila pegang novel dari negara luar atau novel berbahasa Inggeris karangan penulis barat. Pada mereka ini, apa yg dtg dari luar, semua hebat. (Pendapat saya dipersetujui ramai w/pun itu hanyalah intro kpd jawapan sebenar saya.)

Kata saya lagi (serius) : Sastera Malaysia belum lagi sehebat sastera Indonesia. Kita masih dianggap mentah berbanding Indonesia. Selain itu, novel Indonesia punya bahasa yg sgt indah berbanding kita. Masih byk novel kita yang dikarang dlm bahasa Melayu yg diraduk teruk. Asal jadi, & asal berbahasa. Ini kerana, mungkin bahasa Indonesia itu sendiri sudah sedia indah dan rakyatnya menuturkan bahasa baku dlm seharian mereka, jarang sekali berbahasa pasar meski ketemu rakan di pasar. Jika dinilai dari segi cerita, novel Malaysia juga tidak kurang punya cerita menarik. Cuma mungkin dari segi plot & penceritaan masih sedikit terkebelakang.

Selain itu tidak banyak novel hasil karya pengarang Malaysia yg dikaji. Pengkajian dilakukan hanya ke atas novel yg sudah diangkat & dikatagorikan, yg memenangi sayembara & yg dihasilkan pengarang2 yg sudah bernama besar. Negara kita kini sudah dihujani novel pengarang2 muda (baru) tetapi berapa banyak yg dikaji pengkaji?

Seterusnya dari saya : Negara kita turut mempunyai penulis2 alaf ini yg tidak kurang hebatnya. Sekadar menyebut beberapa nama, kita ada Puan Nisah Haron, Faizal tehrani & ramai lagi. Karya mereka tidak kurang hebatnya. Usah dibicarakan novel2 dari pengarang2 mapan kita yg sudah melepasi 2 zaman yg masih segar meski negara sudah di dekat ini kerana mereka sudah dikenalpasti hebatnya. Cuma rasanya, karya pengarang kita tidak diberi peluang melangkah jauh. Berapa sgt bilangan novel karya pengarang kita yg dibawa ke Indonesia mahupun Berunai? Jika pun ada, itu adalah usaha pengarang itu sendiri yg berusaha mempromosi ke luar negara melalui rakan kenalan mereka. Saya sendiri pernah menerima emel dari penggemar novel dari Indonesia & Brunai yg mengatakan novel saya (SARA KIRANA & QASEH QAISY) sangat hebat. Saya membalas dgn bertanya, berapa byk sudah novel karya negara kita yg dibacanya. apa yg membuat saya tersenyum dlm kelukaan. Katanya : 'Baru novel puan... saya tidak pernah lagi membaca novel karya pengarang lain dari malaysia kerana terlalu sukar menemukannya di sini. Novel puan itu adalah hadiah dari kenalan saya di Malaysia.'
Apakah saya harus berbangga menerima pujian dari penghantar emel itu? tentu sekali tidak. Malah kecewa...

Kenapa? Kerana saya menang tanpa dipertandingkan.

(DALAM N3 AKAN DATANG AKAN SAYA PERTURUNKAN SOALAN LAIN DARI SAUDARA AYOP)

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix