Monday, September 26, 2011

PENOLAKAN NVL CINTA MADINAH

entry-content'>


'Sengsara' Cinta Madinah
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2011/09/26
Macam coklat, sekejap jadi, sekejap tidak

TIDAK pasti di mana silapnya, namun pemilihan teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) dihambat kontroversi lagi. Kali ini mangsanya novel Cinta Madinah (CM) karya Abu Hasan Morad yang asalnya dipilih sebagai teks pelajar Tingkatan 3 sekolah di pantai timur meliputi Terengganu, Kelantan dan Pahang, mulai tahun ini.
Meskipun kontrak sudah ditandatangani dan CM sudah berada di fasa akhir penyuntingan sebelum proses penerbitan bermula, ia ditolak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa memberi sebab dan penulis diarahkan untuk memulangkan semula wang pendahuluan yang diterima.
Sepatutnya penerbit yang tampil menjelaskan isu ini dan bukannya KPM. Isu ini berkaitan masalah teknikal dan tiada kaitan langsung dengan dakwaan penulis kononnya KPM mahu memberi ruang kepada novel bertema 1 Malaysia. - Jame Alip, Pengarah Bahagian Buku Teks KPM
Abu Hassan Morad berkata, penolakan CM pada peringkat akhir sesuatu di luar jangkaan apatah lagi beliau dimaklumkan penerbit, Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd (UP&D), bahawa naskhah itu ditolak kerana kegagalannya menepati ciri 1 Malaysia.

“Saya menjadi pelik dengan alasan itu kerana kalau kita semak semula Dasar Kebudayaan Kebangsaan, teras utamanya adalah agama Islam dan budayanya adalah budaya Melayu. Jadi, dalam konteks ini alasan penolakan CM langsung tidak relevan,” katanya ketika ditemui Sastera.

Selain pernah memenangi HSKU tahun 2000, CM sebenarnya sudah diadaptasi ke drama televisyen dan ditayangkan di RTM pada 2006, selain menembusi tembok globalisasi apabila turut disiarkan di negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Arab Saudi.

“CM juga ditayangkan di Saluran Iqra yang siarannya meliputi negara Eropah dan saya sangat terkilan dengan penolakan itu, apatah lagi tiada hitam putih penarikan dibuat, sebaliknya hanya dimaklumkan oleh penerbit saja,” katanya yang melihat alasan penerbit adalah satu penganiayaan kepada kesusasteraan Melayu Abu Hassan tidak dapat menerima alasan itu memandangkan CM sudah dinilai dan memenangi hadiah sastera, sudah didramakan dan ditayangkan di banyak negara, tetapi dinafikan haknya untuk dibaca serta dikaji remaja Malaysia.
“Apakah jenis novel yang mematuhi syarat teks KOMSAS, kalau teks yang memenangi hadiah sastera menjadi mangsa ditolak? Jika KPM lebih mengutamakan teks popular, CM sudah didramakan. Tidak salah mengangkat teks popular, tetapi perlu diseimbangkan dengan teks sastera,” katanya.

Lalu bagi Abu Hassan, jika alasan itu benar, sastera Malaysia kini sebenarnya sudah diperkotak-katikkan dan pemilihan teks sastera bukan lagi atas sebab sasteranya, tetapi sudah bermotif politik.

“Saya kesal kerana sudah ada kontrak perjanjian di ntara KPM dengan penerbit, tetapi kontrak itu mansuh begitu saja. Di mana hak saya sebagai penulis kerana pada akhirnya penulis yang teraniaya kerana kontrak perjanjian itu ditandatangani antara penerbit dan KPM?” soalnya.

Pengarah Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jame Alip ketika ketika dihubungi Sastera berkata, pada peringkat KPM isu penolakan novel CM sudah selesai dan apa saja isu yang berbangkit adalah antara penulis dengan penerbit.

“Sepatutnya penerbit yang tampil menjelaskan isu ini dan bukannya KPM. Isu ini berkaitan masalah teknikal dan tiada kaitan langsung dengan dakwaan penulis kononnya KPM mahu memberi ruang kepada novel bertema 1 Malaysia, sekali
gus menolak novel berunsur Islam,”

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix