Monday, November 7, 2011

Tip asas mengarang Novel

entry-content'>



Selepas definisi novel & senarai tema2 yg sering diguna pengarang, hari ini kita melangkah lagi, menghurai berkenaan tema2 tersebut. Jom kita selongkar...

Tema adalah gagasan yang mendasari karya novel dan ada kalanya ditampilkan secara eksplisit (dinyatakan jelas) dan secara implicit (secara tidak langsung). Sering pembaca hanya akan sedar tema novel seusai mereka membaca sesebuah karya.

Sama ada tema yang dikhususkan (ditetapkan) atau tema bebas dan terserah penulis untuk memikirkannya, merupakan tonggak utama penciptaan sesebuah karya khususnya novel. Selama waktu menangani kerja mengarang, penulis haruslah kembali menghayati tema yang sudah ditetapkannya sendiri mahupun penganjur supaya ianya tidak lari dari landasan.

CONTOH TEMA YANG DITETAPKAN :
1) Novel Jeriji Kasih (REMAJA BERWAWASAN NEGARA GEMILANG)
2) Novel Usang (REVOLUSI PEMIKIRAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA)

Cari tema sesuai dengan zamannya. Untuk novel remaja, letakkan tema remaja zaman kini & akan datang untuk menarik minat remaja sebagai pembaca. Contoh : telefon bimbit, sms, mms, 3G, computer – fb, twiter, blog, chating, emel dsbnya. Tidak ada remaja yang tercicir dari mengetahui semua perkara tersebut. Di bandar & desa semua terlibat dengan fenomena moden ini, cuma barangkali ada keluarga yang tidak mampu mengadakannya. Itu cerita yang perlu dibongkar.

CONTOH TEMA YANG TIDAK DITETAPKAN
1) Novel Qaseh Qaisy (KEKELUARGAAN).
2) Novel Kemboja Di Hati (ISLAMIK)

Ke dua-dua contoh novel ini tidak ditetapkan penulis apa temanya tetapi selepas dibaca pengkaji dan pengkritik mereka mendapati novel ini bertema begitu.

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix