Monday, November 7, 2011

Tip basic Mengarang (Novel)

entry-content'>


7 Nov 2011
Assalamualaikum, sudah lama rasanya saya tidak menyentuh tajuk di atas. Sejak kebelakangan hanya copy & paste isu pembuangan bayi / penderaan bayi yg saya telah saya jadikan isu penting dalam nvl terbaru saya yg masih di meja editor. InsyaAllah akan terbit April 2012 nanti. Tapi hari ini saya kembali mahu memperturun tips / pengalaman bagaimana pengarang mengarang terutama novel, khas untuk rakan2 yg berminat mengarang namun tercari2 arah bagaimana seseorang pengarang (novelis) mula mengarang, terus mengarang & menyudahkan karangannya yang dipanggil karya.

Untuk N3 pertama kali ini, kita kenali dahulu definisi novel itu sendiri :
Novel merupakan kisah kehidupan yang diceritakan dalam bentuk prosa, sama ada untuk bacaan umum atau simpanan sendiri dan diceritakan dengan kreativiti pengarang. Sesebuah novel mengandungi :
 
1) TEMA
2) GAYA BAHASA
3) PLOT
4) WATAK
5) PERWATAKAN
6) LATAR TEMPAT
7) LATAR MASA
8) SUDUT PANDANGAN
9) DIALOG
10) KONFLIK
11) PERLERAIAN (ENDING)

1a) Tidak kira nvl umum, kanak2 atau remaja, seringnya mengangkat tema serupa :
Tema misteri
Tema detektif
Tema sain fiksyen
Tema fantasi
Tema realisma
Tema pengembaraan
Tema kekeluargaan
Tema kemasyarakatan
Tema seram
Tema humor
Dan lain-lain

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix