Thursday, November 24, 2011

TIPS PENULISAN NOVEL...

entry-content'>


Assalamualaikum;
Khamis 24 Nov 2011 (11.45 pm).
Hari ini di malam Jumaat penuh keberkatan, saya bersedia berkongsi sedikit lagi tips penulisan novel untuk menjadi ilmu tambah kepada pelayar2 intenet yg berminat menjadi pengarang, bercita2 mengarang & berangan2 utk menjadi pengarang khususnya novel.

Baru2 ini ada beberapa orang (friend fb di chat room), muncul dgn soalan hampir sama :
BAGAIMANA PUAN (saya) BOLEH MEMANJANGKAN PENCERITAAN MENJADI NOVEL YG PANJANGNYA MENCECAH 600 M/S SEDANGKAN SAYA SUDAH ADA HAMPIR 5 CERITA (BERBEZA) TETAPI GAGAL MENYUDAHKAN SEMUANYA. BARU SEPARUH JALAN, ILHAM SAYA KERING. SAYA JADI STRES SEHINGGA RASA BOSAN UTK MENERUSKAN KARYA.

Baik, saya sudah memberi sedikit sebanyak tips kpd sipenanya secara kasar. Apa sgt yg mampu saya berikan di ruang sempit di chat room itu kan? & saya nyatakan kpd si penanya utk ke blog SaLam KeNal SaLam SaYanG saya ini utk mentelaah sedikit pengalaman yg saya ada. Utk semakan anda yg membaca N3 ini... saya juga penulis (novelis) baru. Baru setahun jagung, masih kurang ilmu, masih tidak banyak pengalaman, pun begitu disbbkan rasa perihatin saya kpd bakal2 pengarang yg dulunya saya jg seperti mereka, jd saya berkukuhkan semangat utk terus membantu. Baiklah, utk menjawab soalan itu, apa yg sering saya lakukan apabila memulai kerja mengarang...

1) Fikirkan carita apa yg mahu diceritakan. Tidak perlu berfikir sehingga tamat sebuah novel, cukup sekadar memikirkan secara rambang. Contoh : Percintaan 2 darjat. Fikirkan watak lelaki or perempuan yg berdarjat tinggi. Garap sinopsis secara kasar sekadar kita sendiri tidak terlupa. Contoh nvl : (QASEH QAISY)
2) Bariskan nama2 watak yg anda gemar (boleh saja ditukar dari semasa ke semasa) hanya nama watak2 penting sahaja.
3) Susunan plot tidak perlu terlalu berdisiplin, asal sebagai catatan utk anda tidak terlupa. Boleh saja dialih plot p1 kpd bab terakhir, ikut keselesaan. Copy & paste.
3) Setiap kali mahu menyambung cerita di hari berikutnya, baca semula cerita sebelum anda berakhir semalam (1 bab ke belakang or 2 bab kebelakang) sekadar utk ingat cerita dan mendapatkan mood.
4) Berhentilah mengarang jika sudah bosan or jika emosi anda sudah ditenggelami jln cerita. Berehat seketika dgn menonton tv, melangut melihat keluar rumah, bukak intenet (fb or blog), tidur, baca tafsir al-quran.
5) Usah terikat dgn 1 plot penceritaan, w/pun ianya cerita cinta 2 darjat, tarik perhatian anda & pembaca kpd suatu yg lain agar anda tidak bosan, pembaca tidak jemu.

INGAT : SEHARUSNYA PENULIS MEMBIAR WATAK2 CIPTAANNYA BERGERAK SENDIRI TANPA DIPAKSA. CUMA SEDARKAN WATAK SIAPA DIA SEBENARNYA & BAGAIMANA PERWATAKANNYA. PENULIS YG MENGGUNA EMOSI SENDIRI DLM KARYANYA, KARYA ITU AKAN JD SYOK SENDIRI. PEMBACA YG PEKA AKAN BERJAYA MENILAI SEMUA ITU.

Cukup utk malam ini, semoga bakal2 pengarang berpuas hati. Selagi saya terdaya membantu, saya akan perturunkan pengalaman saya dari masa ke semasa. Selamat mengarang & jadilah pengarang yg bertanggung jawab di atas karangan anda.

2 comments:

wan salmah said...

Salam Ila,
Tahniah atas prestasi cemerlang..

Bhgian paling sukar (bagi akak skrg) ialah menjiwai watak tersebut dan membiarkan watak itu berjalan sendiri. Penghayatan sgt perlu diperkayakan dgn ilmu bantu.

Doakan kami dapat menghasilkan karya bagus2 jgk ya..amin..

kak ila said...

insyaallah kak. di mana ada kesungguhan di situ ada jln. 1 pesanan Puan Mawae Syafei... menulis tidak blh terlalh berteknik. kalau terlalu ikut teknik, kita akan gagal dlm penghassilan karya. yg penting, kita tulis apa yg kita rasakan nak tulis. apabila sudah byk karya yg trhasil, dgn sendirinya kita punya teknik tersendiri. itulah yg dikatakan, kreativiti ... wallahhualam


Free shoutbox @ ShoutMix