"Nak bincang perkara Alang. Apa pendapat haji?"
"Fasal apa?"
"Sakitnya teruk, dah berhari2 tak mkn tak minum. Nak dibawa ke hospital tak mahu dia."
"Boleh menentangkah dia, sedangkan nak buka mulut pun tak berdaya?"
"Memang tak boleh membuka mulut utk makan atau minum, tapi sebut perkataan hospital, menggeleng dia, keraskan badan."
"Sudah dibincang dgn Faisal?"
"Dia budak mentah lagi, saya rasa baik dengar pendapat yg lebih berusia sikit."
"Hari tu tanya Pak Majid, apa pendapatnya?"
"Dia tetap suruh ikut cara dulu2, berubat cara lama. Berdukun, berbomoh, menjamu. Tapi Faisal menentang, syirik katanya. Kurafat. Pening kepala saya, semakin besar budak tu semakin menyanggah adat kita. Byk yang dikatanya salah."
"Sudah diberitahu menantunya perkara ni? Menantunya doktor, elok tanya dia."
"Nak buat apa, Leha dah tak ada."
"Memang anaknya dah meninggal, tapi suami anaknya masih lagi menantu dia. Tidakkan putus perhubungan mentua & menantu hingga ke akhirnya."
Friday, December 23, 2011
KEMBOJA DI HATI (bab 2)
entry-content'>
Dicatat oleh Rasha_rz di 4:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment