Saturday, March 17, 2012

KEMBARA KARYA SETERUSNYA...

entry-content'>


Pada tarikh 29 Mac 2012 sekali lagi saya diundang memberi anjakan minda kepada para pelajar sekolah. Kali ini SMK Pasir Gudang Johor sebuah sekolah boleh digolongkan sebagai sekolah terbaik, tidak menempatkan kelas Kesusasteraan Melayu. Saya bersetuju kembara ke Selatan tanah air meski sedikit jauh & terpaksa mengatur jadual percutian saya & suami khas buat para pelajar. Saya ditanya tentang bayaran, tiada jawapan rasmi dari saya, cuma saya meminta pihak sekolah membeli buku2 saya untuk mengisi rak buku di pusat sumber sekolah di samping memberi kebenaran mengadakan pameran buku utk dijual kepada pelajar dan para guru yang berminat. Sekolah bersetuju pada dasarnya pun begitu beberapa keping wang Riggit Malaysia disisip kepada saya sebagai sagu hati pastinya. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.

Itu bukanlah perkara pokok yang mahu saya titipkan di sini, tetapi ada yang lebih menarik yang membuat hati saya menguntum senang sewaktu bergerak meninggalkan sekolah berkenaan iaitu penerimaan pelajar dan pihak guru2.

Saya difahamkan peruntukan tempat disediakan untuk seramai 150 orang pelajar, tetapi yang mendaftar untuk seminar penulisan cerpen kreatif itu melebihi 200 pelajar dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Oleh itu demi memenuhi sasaran, pihak sekolah mengena kan bayaran RM1.00 kepada para peserta. Siapa cepat dia dapat & wang itu untuk sehelai sijil penyertaan.

Tepat jam 12.30 tengah hari, saya dan suami tiba di perkarangan sekolah, sesampainya kami, kami disambut mesra beberapa orang guru. Beberapa minit kemudian, sampai saya ke sebuah dewan sederhana besar dan selesa untuk berseminar. Di dalamnya sudah bersusun para pelajar dengan semangat membara. Masing2 membawa buku catatan dan pen. Saya diperkenalkan secara tipis oleh guru selaku pengerusi program kepada peserta, selanjutnya saya menyambung sedikit lagi sebagai salam kenal salam sayang dari saya sebelum memulakan tips mengarang & pengertian cerpen yg sebenar.

Sepanjang sesi seminar berlangsung, saya menerima maklum balas yang sangat memberansangkan, rata2 pelajar memberi penumpuan hampir 100%. Seringnya didapati kaum Adam kurang berminat dengan genre penulisan, tetapi berlainan dengan pelajar sekolah ini. Sama hebatnya lelaki & perempuan. Berbunga lagi hati saya.

Sehabis seminar, seperti biasa saya memberi peluang penggemar buku yg tidak menemui buku2 saya di pasaran diberi peluang mendapatkannya. Sekali lagi, sangat tidak terduga oleh saya, buku yang dipamerkan habis disambar. Bukan sahaja para pelajar tetapi juga pendidik - para guru. Sering saya mendengar, profesyen perguruan sgt sibuk sehingga tidak ada masa utk diri sendiri. Membaca terus dikuburkan demi memenuhi tuntutan kerja. Tetapi berlainan dengan para pendidik di SMK Pasir Gudang. Saya bertanyakan kpd seorang guru, adakah masih ada masa untuk dia membaca novel. Jawabnya sambil tersenyum, jika kita bijak merancang, masa sentiasa ada. Katanya lagi, dia gemar membaca, oleh itu, pasti ada sahaja masa utk dia membaca lebih2 lagi novel. Membaca novel menambah ilmu & pengalaman untuk kami mendidik para pelajar. Sekali lagi hati saya mengharum. Terima kasih... ucap saya perlahan.

Sewaktu santai minum2 di cafe sekolah bersama beberapa orang guru, saya disapa seorang pelajar, berbangsa India. Manis parasnya, manis juga bahasanya. Beliau membawa karyanya untuk saya baca dan semak.Katanya dia sangat berharap saya memberi komen utk dia belajar mengarang. Cerpen dlm Bahasa Melayu dia diserah kpd saya. Buat pertama kalinya saya dipertanggung jawabkan menyemak dan membuat pembetulan. Apa lagi yang boleh saya katakan selain angguk setuju. Sekejap sahaja saya menyudahkan pembacaan, pada saya ianya sebuah cerpen yang sangat menarik meski terdapat beberapa kesalahan kecil namun tidak mencacatkan jalan ceritanya.Saya sangat tidak menyangka remaja seusia Devi berupaya menghasil karya sebaik itu. Tahniah sekolah, keluarganya dan Devi sendiri. Doa saya semoga beliau berjaya menjadi pengarang yang baik 1 hari nanti.

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix