Wednesday, May 16, 2012

SEMINAR PENULISAN KREATIF BERSAMA NOVELIS RAMLAH RASHID

entry-content'>

ARKIB : 13/05/2012 MINGGUAN MALAYSIA Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1 Sekolah digalak adakan program tingkat prestasi pelajar KUALA LUMPUR 12 Mei - Langkah pengurusan sekolah mengadakan pelbagai program bagi membangkitkan semangat pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik amat dialu-alukan. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik berkata, usaha itu perlu bagi memastikan para pelajar mempunyai nilai tambah sebelum menamatkan persekolahan mereka. "Langkah menganjurkan program bertujuan mendedahkan para pelajar dengan ilmu tambahan sepatutnya dilakukan secara berterusan. ''Dengan adanya usaha sebegitu sudah tentu dapat mendedahkan pelajar kepada bidang kerjaya yang lebih luas," katanya pada majlis perasmian Seminar Penulisan Kreatif Sekolah Menengah Taman Datuk Harun di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Khas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, Datin Wong Fong Leng. Seminar yang diadakan tersebut mendedahkan para pelajar dengan cabang penulisan kreatif. Ia dikendalikan oleh novelis Ramlah Rashid yang pernah menghasilkan novel seperti Biarkan Indah Berlalu, Lara Di Jiwa Ajym dan Kemboja Di Hati. Tambah Hanipuddin, penganjuran seminar penulisan tersebut dapat membuka minat pelajar dalam lapangan penulisan sekali gus meningkatkan prestasi penulisan bahasa Melayu. "Ramai dalam kalangan penulis novel berjaya membina kerjaya dan mengecapi kehidupan yang lebih selesa. Justeru para pelajar yang hadir perlu memanfaatkan peluang ini demi menambahkan pengetahuan masing-masing," ujarnya

4 comments:

Norlia Yusof said...

Salam Kak Ramlah;

BIB memang the best, tapi yang lain2 novel karya kak ramlah sy belum dapatkan lagi.. nak cari la juga...

ziarah saya kat sini http://novelmalay.blogspot.com

tq

Rasha_rz said...

terima kasih Lia... terima kasih juga sudi berkongsi link.

Anonymous said...

salam kak... mcm mne sy nk contact kak ramlah novelist untuk sesi interview... sy wakil dari project professional english unikl miit group sy... harap blh contack akak... (nurul)

Rasha_rz said...

adik. kita dah bermaklumbalas di fb kan?


Free shoutbox @ ShoutMix