Monday, November 12, 2012

Wan Chu Dan BIARKAN INDAH BERLALU...

entry-content'>

Assalamualaikum. Aidilfitri sudah lama berlalu & saya sehari ke sehari kepingin berkongsi sesuatu yang indah di sini namun kekangan waktu membuat saya hanya mengarang di hati. Malam ini terasa nak lari dari pingitan kebiasaan sementelah tugasaan wajib sudah selesai. Sebelum memulakan tugasan seterusnya, saya menyinggah di vila indah ini. Ramai menyangka saya sudah tidak sayang vila ini, sejujurnya saya sangat2 mengasihinya. Kerana sayang... saya tinggalkan sedikit lama. Kini saya kembali.

Ha...h, kita terus kepada pokok cerita yang mahu saya kongsinya. Juga berkaitan perasaan & karya... 
Di Aidilfitri lalu saya berkesempatan hadir di rumah terbuka sepupu rapat sebelah abah di Putrajaya. Bukan sehaja kerana beliau saya berkunjung, tetapi kerana mendengar kehadiran Wan Chu (ibu saudara tersayang) Wan Chu (adik ipar bongsu abah). Syukur Allah memanjangkan usianya. Sudah berusia sekitar 84 tahun namun masih sihat, bergaya & kuat ingatannya. Syukur juga kepada Allah. Kata Wan Chu, rahsia dia begitu kerana zat Al-quran dan solat malam. & selalu mengaku sihat. Jangan kata sakit. Hemm itu rupanya rahsia dia.

Wan Chu sangat kagum pencapaian saya. Katanya bukan calang orang boleh jadi penulis. Ramai orang boleh bercerita, tapi tak semua boleh buat buku cerita. Hemmm hebatnya kata2 Wan Chu. Saya anggukkan aje. 

Saya kata, saya tak tau nak bagi apa, nak bagi duit raya, Wan Chu ada banyak duit. Nak bagi apa ya? Katanya, "Wan Chu tak nak duit kome... Wan Chu ada duit. kome datang jumpa Wan Chu dah cukup." Matanya sudah merah, Wan Chu memang sensitif. Saya berusaha supaya air mata Wan Chu tidak terus menitis. Saya kata, saya bagi buku je lah. Wan Chu sangat gembira, terharu nampaknya dia. Kebetulan dalam kereta saya ada novel BIARKAN INDAH BERLALU & JERIJI KASIH. Saya  beri dia. Apa yang menariknya?

Wan Chu membaca tajuk BIB. Terus menangis. Kakak saya bertanya, kenapa? Jawap Wan Chu : "Belum  baca pun Wan Chu dah rasa sedih. Tajuknya betul2 mengoyak hati."
Wah... indah sungguh bahasa Wan Chu. Saya tanya kenapa dengan tajuk itu? Katanya.  "Macam diri Wan Chu, hidup Wan Chu sudah tidak ada keindahan lagi." 
Saya terkedu. Warga emas yang sempurna hidupnya, punya harta, sudah ke Mekah, punya anak2 yang berjaya dalam kehidupan, mampu memewahkannya, menantu dan cucu2 serta anak2 saudara yang sayang padanya. Malah boleh dikatakan, hidup Wan Chu tidak pernah sunyi, beliau dikelilingi orang2 tersayang. Tetapi masih berasa hidupnya tiada keindahan lagi? Apa yang dimaksudkannya dengan keindahan dalam kehidupan? Saya tanya Wan Chu, katanya : "Semakin lama kita hidup, semakin singkat nyawa kita. Semakin jauh kita pergi, semakin dekat kita untuk kembali. Tak ada apa lagi yang Wan Chu inginkan, cuma menunggu masa untuk pergi." Dia menunjuk arah tak pasti. Saya faham maksudnya, pasti dia rindu pada arwah suaminya. Sepanjang saya mengenali Wan Chu,  Wan Chu sangat kasih suaminya. Kasih anak2nya dan amat sayang cucu2nya. Mungkin kerana sifat pengasih itu, Allah memberi baja pada hati2 kami untuk terus menyayanginya. Memandang wajahnya sahaja sudah cukup membuat kita jatuh sayang padanya. Itu keistimewaan yang Wan Chu ada.

Saya melarang Wan Chu membaca BIB kalau itu boleh membuat dia menangis, cukup hanya disimpan sebagai kenangan. Katanya "Wan Chu akan baca walaupun sehelai sehari. Tanda sokongan." Digosok2 kulit BIB, dibacanya pula kata2 di kulit BIB depan dan belakang. Angguk2 dia. Katanya : "Semua ni betul belaka. Betul. Kamu memang tulis benda betul". Dia membuat penekanan. Saya kata, "Betul ya Wan Chu?" "Ha ah, betul. Tulis lagi banyak2 cerita betul macam ni."  Saya hilang kata2, cuma....

Terima kasih Wan Chu, sayang sangat pada Wan Chu. Semoga Allah memberi keindahan untuknya walaupun bersifat sementara....

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix