Monday, September 3, 2012

Sinopsis novel USANG...

entry-content'>

Demi melunaskan impian datuknya, Satoshi Dahlia, seorang gadis Jepun nekat datang ke Malaysia. Dia terus mencari dan mencari walaupun dalam pencariannya yang  itu dia seakan menemui jalan buntu. Tidak ada petunjuk yang dapat membantunya. Malahan diari kusam dengan bait-bait indah itu juga tidak dapat merungkai kisah usang itu.

Namun dia tetap berusaha meskipun ada kalanya dia hampir rebah ditimpa perasaan sendiri. Liku & ranjau yang menghalangi perjalanannya, benar-benar menguji ketabahan diri. Ternyata bukan mudah menyakinkan hati-hati yang pernah tercalar akibat keganasan silam. Masa juga bukan penawar bagi semua kesakitan yang dialami.

Walaupun luka telah sembuh, kesannya tetap ada. Dia kesal & malu atas apa yang berlaku, namun dia tidak ada pilihan lain. Amanah datuknya yang telah pergi, harus dinokhtahkan sebelum kembali ke tanah air. Dia tidak mahu ada yang terus menuduh datuknya mungkir janji dan lupa diri. Cukup-cukuplah dengan sejarah hitam yang dipalit bangsanya 50 tahun lalu. Dia tidak mahu mengulanginya sekali lagi.

Tanpa diduga, hatinya terisi penuh di tanah Malaysia. Gerak dan laku Zulkarnain benar-benar mengisi ruang. Benarlah kata datuknya, mencintai orang Melayu, manisnya sepanjang hayat. Tapi tidak mungkin dia diterima bangsa itu, nostalgia bersama tentera Jepun cukup membuat Melayu loya.

2 comments:

Anonymous said...

tunggukan filemnya nanti!

Rasha_rz said...

o ya? Sdr... jika begitu adanya, alhamdulillah syukur kakak kepada Ilahi. inilah hadiah kakak untuk negara dan bangsa kakak. tapi adakah syarikat perfileman mahu memfilemkan USANG? sebuah novel yang langsung tidak popular?
apa2pun kakak berdoa semoga satu hari nanti termakbul impian itu...


Free shoutbox @ ShoutMix