Wednesday, July 24, 2013

SINOPSIS QASEH QAISY

entry-content'>


   
    Tengku Qaisy Iskandar di besarkan dalam suasana berprotokol kerana Tengku Nazim Shah masih beranggapan dia berada dalam lingkungan kerabatnya walaupun sudah puluhan tahun tersingkir dari salasilah kerana melarikan dan mengahwini orang gaji keluarganya yang sangat mementingkan darah keturunan.  Beberapa tahun terbuang ke dalam masyarakat biasa, Tengku Nazim semakin merindu dan berangan-angan untuk kembali ke dalam salasilah.Untuk itu, isterinya harus melahirkan anak lelaki dan anak lelakinya pula harus mengahwini kerabat juga.Untuk tujuan itu, dia mahu menjodohkan Tengku Iskandar dengan Tengku Zurin, anak rakan sekerabatnya sejak di zaman persekolahan.Malangnya Tengku Iskandar dan Tengku Zurin masing-masing berpegangan sendiri, saling tidak mencintai dan saling menentang.

Tengku Zurin ke luar Negara menyambung pelajaran, Tengku Iskandar dalam diam-diam berkenalan dengan Qalida Qaseh secara tidak sengaja. Semakin hari mereka semakin erat meski masing-masing tidak mengenali identity dan wajah masing-masing, hanya telefon dan cyber penyambung bicara sehingga bersedia bertunang cara mereka.  Selepas pertemuan pertama, mereka saling mempererat rasa cinta, tetapi selepas pertemuan ke dua barulah masing-masing mengetahui dia diri mereka sebenar.

Qaseh adalah anak bekas orang gaji keluarga Tengku Iskandar, mereka berpisah sejak Qaseh mula bersekolah dan mendesak ibunya berhenti kerja kerana tidak tahan dengan dan sikap Tengku Iskandar sewaktu kanak-kanak yang gemar mempermain dan menghinanya, anak orang gaji, busuk dan comot. Qaseh masih berdendam, dia menganggap Tengku Iskandar masih mahu mempermainkannya.Sementara Tengku Iskandar pula semakin kuat rasa cintainya.Dia mahu membuktikan dia tidak lagi main-main jauh sekali menghina Qaseh.Dalam kemelut masing-masing, Tengku Iskandar membeli syarikat tempat kerja Qaseh, diletak di bawah pengurusannya. Qaseh terpaksa kerana sangat mencintai kerjayanya dan bimbang sukarnya mendapat apa yang sudah diperoleh dari usaha sebelumnya. Qaseh terpaksa sebumbung dengan Tengku Iskandar, tiap-tiap hari berjumpa, Qaseh sukar menolak cintanya.Mereka saling mencintai.Tengku Zurin pulang dan berkeputusan bekerja di pejabat Tengku Iskandar.Sudah berlainan sikap Tengku Zurin, dia seakan mencintai Tengku Iskandar.

Demi menghormati bondanya, Tengku Iskandar bersetuju ditunangkan dengan Tengku Zurin walau tidak rela.Di malam pertunangan, Tengku Iskandar mendesak Qaseh bersamanya ke Sempadan Tanah Air untuk bernikah secara rahsia.Qaseh akur walaupun keberatan.Di rumah, mereka hidup seperti suami isteri yang bahagia dalam rahsia, di pejabat mereka adalah pekerja dan ketua.Qaseh memendam rasa melihat kemesraan Tengku Zurin yang menurut Tengku Iskandar sudah 100% berubah.Dia semakin nakal, manja dan menuntut lebih perhatian berbanding sebelum keluar negara.

Tengku Zurin ditemui mati dibunuh di bilik hotel milik syarikat Tengku Iskandar. Tengku Iskandar ditahan reman sebagai suspect utama kerana dia orang terakhir dilihat  bersama si mati. Qaseh muncul sebagai saksi pertama bagi pihak Tengku Iskandar, mengaku sebagai perempuan simpanan, berada bersama Tengku Iskandar sewaktu pembunuhan berlaku.Untuk membuktikan Qaseh bercakap benar, pengawal keselamatan kondominium Tengku Iskandar dan budak penghantar pizza dipanggil menjadi saksi.Pengawal mengatakan, memang melihat Qaseh ke kondo Tengku Iskandar tengah hari itu dan budak penghantar pizza juga menyatakan dia ke kondo Tengku Iskandar, menghantar pizza pesanan Tengku Iskandar.Dia melihat Qaseh bersama Tengku Iskandar.

Selepas tiada bukti Tengku Iskandar berada di tempat kejadian, pembunuh lain dijejak.Qaseh pula direman, disyaki punya agenda mahu menghapus Tengku Zurin kerana cemburu.Pembunuh upahan berjaya diberkas, dalam siasatan mendapati orang yang mengupah mereka adalah perempuan. Mereka dibayar tinggi, malalui pemindahan wang dan perhubungan mereka hanya melalui emel dan kod rahsia yang akan dihapus sebaik mesej didifahami. Akaun bank Qaseh diselongkar, jelas tiada pengaliran wang yang banyak kecuali pengeluaran biasa mengikut tarikh dan waktu  yang tidak sama dengan tarikh yang dinyatakan pembunuh.

Sewaktu siasatan ke dua, pihak berkuasa mendapati akaun syarikat digodam dari dalam, dialirkan ke akaun yang tidak pasti pemiliknya.Semua akaun kaki tangan diperiksa.Roslan pembantu akauntan disoal siasat kerana terdapat ada aliran wang ke dalam akaunnya yang sudah tidak digunanya dan dia sendiri tidak pasti dari mana.Ada juga yang melihat Roslan pernah berlibur dengan Tengku Zurin.Roslan mengaku beberapa kali bermalam dengan Tengku Zurin dan si mati kerap bertanyanya berkenaan Tengku Iskandar dan keluarganya.Dia juga menyatakan, Tengku Zurin mengesyaki Qaseh ada hubungan sulit dengan Tengku Iskandar.

Dalam masa sama, penyiasat antara bangsa mendapati kumpulan jenayah korporat yang berpusat di Negara barat dan sangat dikehendaki sedang melakukan ledakan jenayah di Asia Tenggara. Seorang pegawai berkuasa wanita sudah menyeludup masuk ke dalam syarikat Tengkau Iskandar sebelum kematian Tengku Zurin mendapati penjenayah yang dicari-cari adalah Tengku Zurin. Identity Tengku Zurin disiasat termasuk rekod perubatan kerana cap jari si mati tidak sama dengan pemilik kad pengenalan juga pas port Tengku Zurin. Qaseh dibebas tanpa syarat selepas mendapati dia langsung tidak terlibat.Walaupun malu dipandang hina keluarga Tengku Iskandar kerana sanggup menjadi perempuan simpanan, Qaseh rela demi menjaga perhubungan baik suami dengan orang tuanya.Qaseh tidak mahu mengecewakan Tengku Nazim dan isteri di atas pemilihan jodoh Tengku Iskandar yang menyimpang dari impian mereka.

Selepas siasatan selesai, mangsa bunuh bukanlah Tengku Zurin sebenar tetapi adalah Lili, penjenayah perempuan yang sangat licik. Sudah banyak syarikat dimangsakannya dengan pelbagai cara, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia.  Lili merupakan penduduk tempatan yang sudah lama menempat di luar Negara, bergerak bersama ahli kumpulan antara bangsa.Lili mirip Tengku Zurin dan dia turut melakukan pembedahan plastic di Amerika dengan tujuan menyamai paras Tengku Zurin.Hidungnya diimplan untuk dimancungkan, dagu di manjang dan lentikkan, tahi lalat di tepi hidungnya dibuang dan kelopak mata dibentuk supaya mirip mata Tengku Zurin yang galak.Semuanya dibuktikan melalui rekod perubatan dari sebuah klinik kosmetik di Amerika.

Tengku Zurin sebenar sedang terperangkap di New Zeland selepas kumpulan Lili memerangkapnya dalam sebuah kemalangan terancang.Walaupun Tengku Zurin tidak terbunuh tetapi identitynya dirampas untuk diguna Lili.Dengan kecederaan dan kehilangan identity, Tengku Zurin tidak berjaya pulang ke tanah air serta gagal menghubungi keluarganya.

Kes bunuh ke atas Lili dianggap selesai dan pihak  berkuasa berjaya membuktikan dia dibunuh kumpulannya sendiri, kerana dia dalam usaha membentuk kumpulan baru dengan melantik diri sebagai ketua serta mahu menggulingkan ketuanya.  Dengan tertangkapnya beberapa orang kanan ketua kumpulan, markas penjenayah diserang hendap dan ketuanya terbunuh dalam kepungan pihak berkuasa membenteras jenayah antara bangsa/ Tengku Zurin berjaya dibawa pulang dengan bantuan kedutaan dua negara.Tengku Iskandar mengumumkan perkahwinannya dengan Qaseh dan mohon direstui.

Tengku Nazim kecewa tetapi masih berharap masih ada harapan bermenantukan anak rakan sekerabatnya.Tengku Iskandar dipujuk menceraikan Qaseh, mengahwini Tengku Zurin dan rujuk semula dengan Qaseh selepas menikahi Tengku Zurin.Qaseh pasrah, demi tidak mahu Tengku Iskandar menderhakai orang tuanya.Tengku Zurin tetap dengan prinsibnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Iskandar.Dia juga marah sikap Tengku Iskandar yang menurutnya lembik, tidak berani membantah.

Tengku Zurin memperkenalkan Nabil sebagai teman lelakinya, yang telah menyelamatkannya sewaktu kemalangan ngeri yang dirancang kumpulan Lili di New Zeland.Nabil adalah bekas pembantu Qaseh merangkap sahabat karip.Nabil juga membantu Qaseh dan Tengku Iskandar menikah di Sempadan.

Tengku Nazim dan isteri akhirnya redha pada ketentuan, bersedia menerima Qaseh sebagai menantu.

2 comments:

Gadis si merah jambu said...

Assalammualaikum
kak , saya nak tanye la. ade jual lagi x novel ni ?

Ramlah Rashid Novelis said...

waalaikumsalam Gadis si Merah Jambu. ada sayang. boleh dapatkan di Karang kraf mall atau kedai2 buku luar. kalau cari dirak, tak jumpa... boleh tanya kaunter. atau boleh pesan dari kakak sendiri. kakak jual on line semua novel2 akak. atau boleh kontek Abang Long di https://www.facebook.com/abang.long.12?ref=ts&fref=ts


Free shoutbox @ ShoutMix