Tuesday, September 18, 2007

KEPUASAN MENGARANG 2 NOVEL INI

entry-content'>

Semalam saya ditanya seorang pembaca novel saya (e-mail). Menurutnya beliau sudah membaca ke semua 5 buah novel saya yang terbit : MENJEJAK PELANGI JINGGA, MEMORI RINDU, TAK KUDUGA, SARA KIRANA DAN KABUS SENJA. Dan katanya dia tidak sabar menunggu terbitnya novel terkini saya. Terima kasih saya padanya.

Beliau tidak memberi komen yang khusus berkenaan novel2 itu. Mungkin tidak mahu saya berkecil hati. Itu tanggapan saya, pun begitu saya mengalu2kan komen rakan2 terutama pembaca setia seperti beliau. Bila saya desak dia, dia hanya mahu tahu di antara ke 5-5 novel itu, yang mana satu lebih memberi kepuasan pada saya dan mendapat lebih maklumbalas positif pembaca.

Lama juga saya berfikir kerana setiap satu ada keistimewaan tersendiri dalam diri saya. Pun begitu, soalan mesti dijawab. Telus dan jujur.

Kata saya kepada pembaca itu, saya hanya akan memberi komen 2 novel dahulu : TAK KUDUGA dan SARA KIRANA kerana 2 novel itu lebih mendapat maklumbalas pembaca berbanding yang lain2.

Saya lebih mendapat kepuasan dengan SARA KIRANA. Saya menggarap SARA KIRANA dengan emosi saya dan wanita2 bergelar isteri yang pernah saya kenali. Kalau anda nak tahu, SARA KIRANA adalah orang yang begitu hampir dengan saya. Saya mengikuti perkembangan dirinya, melihat hati dan perasaannya dengan mata hati saya. Saya tidak pernah memberi sebarang komen pada rumah tangganya, hanya melihat dan akhirnya menurunkan ke novel. Saya sengaja menyelitkan idea novelis meski beliau bukan penulis. Perasaaan penulis adalah melalui pengalaman saya sendiri. Untuk menjadikan cerita itu lebih sensitif dan menyentuh rasa. Dan di sesetangah bahagian di dalam novel itu, saya turut menitiskan air mata.

Selain itu saya begitu menjaga bahasa kerana SARA KIRANA saya karang bersama dengan novel JERIJI KASIH (memanangi hadiah saguhati sayembara Jubli Emas 2006). Kerana itulah, novel ini baik dari segi bahasanya. Tetapi rupa2nya, pembaca lebih gemar bahasa yang ringkas dan santai seperti TAK KUDUGA. Ramai yang mengatakan bahasa di dalam TAK KUDUGA lebih menarik.

TAK KUDUGA menjadi bacaan santai remaja, itu yang saya perhatikan apabila ke kedai2 buku. Di perpustakaan anak saya juga, novel ini menjadi rebutan. Melalui penyelidikan secara rambang saya pada mereka2 yang tidak mengetahui sayalah penulis novel2 itu, rata2nya mengatakan TAK KUDUGA lebih menarik.

2 comments:

Unknown said...

tahniah2. bahasa mmg memainkan peranan pada penerimaan pembaca. saya tahu sebab saya pun pembaca :D

Rasha_rz said...

Memang bahasa penting tapi pembaca lebih gemar bahasa yang santai dan mudah. Iyakan? Tapi kak ila lebih gemar bahasa Melayu standat. Eh, gambar lain ke blog awak? Cantik...


Free shoutbox @ ShoutMix