Sunday, October 21, 2007

Kesibukan dan wanita

entry-content'>

Sudah sering saya mendengar rungutan dari rakan sekaum (wanita)- SIBUK!

Kata beberapa orang teman lama (wanita) yang saya temui:
1- Seronok ya, jadi penulis? Lebih2 lagi novelis.

Saya hanya tersenyum, malas nak komen. Seronok memang seronok, tapi tidak dapat digambar kan rupa keseronokan itu.

2- Ada masa ke nak menulis? terutama novel. Mesti mengambil masa yang panjang, kan?

Saya masih tersenyum dan mengangguk perlahan.

3- Berapa lama untuk menyiapkan sebuah novel yang panjangnya lebih 500 muka surat?

Lebih kurang 3 - 6 bulan. Tapi biasanya saya akan menambah masa ke 11 bulan untuk dihantar ke syarikat penerbitan. Saya akan membaca dan mengeditnya sampai benar2 berpuas hati dan kesilapan yang seminimumnya.

4- Lama, tu?

Saya mengangguk lagi seraya tersenyum.

5- Saya sudah lama tak baca novel, dulu suka juga, tapi sejak kahwin dan beranak, saya tidak lagi membaca. Malah surat khabar pun hanya baca yang mingguan je. Itu pun baca tajuk2. Ceritanya saya dengar dari berita jam 8 malam di tv. Majalah? Langsunglah, usahkan nak baca, nak tengok gambar pun tak tidak.

Berkerut kening saya. Dari menjawab soalan2nya, saya bertanya pula.

1- Kenapa? (Tanya saya)
Tak ada masa.... Saya berkerja dari jam 8am - 5pm. Sibuk dengan suami, rumah tangga dan anak. Tak sedar hari dah malam. Esok kena pergi kerja lagi.

Waduh, benarkah wanita di abad ini sebegitu sibuk sehingga langsung tidak ada masa untuk diri sendiri? Khususnya membaca untuk memperluas pengetahuan dan ketenangan. Saya terdiam, dalam hati, saya mencermin diri. Dari mana saya memperolehi lebihan masa untuk membaca, mengarang dan sesekali mengikuti bengkel2 penulisan di samping berkerja di sektor awam serta melayan suami dan 4 orang anak lelaki? Sempat lagi mencoret sesuatu di blog ini....

Hai, entahlah. Kesian juga jika dikenangkan tanggungjawab kita kaum wanita ni ya? Diburu kesibukan, saban waktu. Bagaimana kaum lelaki? Ada banyak masa terluang tak?







6 comments:

JEFFROCKERS said...

asalamualaikum :)

terima kasih menziarah blog saya. blog utama saya di http://jeffrockers.wordpress.com

rupa2nya puan kenalan kpd ariyatna, opah de dan sF juga ?

selamat hari raya. salam hormat.

JEFFROCKERS said...

lelaki wanita sama je. masa terluang tu ada cuma bergantung kepada diri sendiri bagaimana dimanfaatkan ..

Rasha_rz said...

jeffrocker - TK dan salam kenal

blackpurple @ jowopinter said...

Salam lebaran. Salam silaturrahim.

Terima kasih melawat blog bahasa Jawa saya itu. Kalau sempat singgah-singgahlah juga di blog bahasa Melayu saya di www.jowopinter.blogspot.com.

Terima kasih.

Abang Long said...

Salam Lebaran dan salam hormat buat rasha_rz. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan meninggalkan jejak di Blog Abang Long.

Jawapan kepada entri diblog ini, dan jawapan yang paling tepat pada semua keadaan ialah - SIKAP.

Setiap umat dan bangsa didunia ini membangun atau runtuh adalah kerana SIKAP.

Rasha_rz said...

Terima kasih pada kunjungan semua teman2, semoga perkenalan di atas talian ini semakin akrab hendaknya.


Free shoutbox @ ShoutMix