Siang tadi saya dihubungi seorang teman baru melalui h/p. Tak sempat pula saya bertanya dari mana beliau memperoleh nombor h/p saya. Marah juga tidak kerana yang menghubungi berniat baik. Begini persoalannya:
Penulis baru itu bertanya : apakah pernah manuskrip saya ditolak oleh penerbit?
Jawab saya : Pernah.
Penulis baru bertanya lagi : Selalu?
Jawab saya : Cuma sekali.
Soalan lagi : Sebabnya?
Jawab saya : Editor memberi alasan, novel saya tidak sesuai dengan gaya penerbitan mereka.
Soalan lagi : Puan perbetulkan dan hantar semula?
Jawab saya : Tak, sebab penerbit tidak menghendakkan begitu. Cuma katanya, tidak sesuai. Jadi saya peram ia di dalam almari,berusaha melupakannya. Terus buat manuskrip baru. Sampailah satu masa saya dihubungi seorang editor sebuah syarikat penerbitan baru, meminta manuskrip yang direjek itu. menurutnya bekas rakan sekerjanya menolak manuskrip itu sedangkan dia berminat. Saya pun tanpa berfikir panjang, terus menggeledah manuskrip tersebut, buang habuk dan terus hantar. Alhamdulillah, terus terbit beberapa bulan kemudian untuk pesta buku 2006 tajuknya TAK KUDUGA. Novel itu novel pertama penghasilan saya tetapi menjadi novel ke 3 terbitnya. Saya tanya pula sahabat baru itu, kenapa bertanya begitu?
Jawab sahabat itu : dia sudah 3 kali meminda manuskripnya (sudah hampir 1 tahun lamanya), di atas permintaan editor yang sama dengan editor yang menerbitkan novel saya. Maksudnya sudah 3 kali dihantar tetapi diminta betulkan berkali-kali sampai dia naik fedap.
Jawab saya : itu adalah proses belajar... usah jemu malah sepatutnya bersyukur kerana editor sanggup mengajar dan menurunkan ilmunya. Jika editor itu mengedit sendiri, pastinya kita tidak boleh belajar dari kesilapan sendiri. Tidak ramai penulis yang berpeluang begitu malah saya berharap juga dapat berbincang dengan editor, bagaimana untuk mencantikan novel saya tapi hingga kini tidak pernah berkesempatan. Saya tidak tahu sama ada corak penulisan saya memuaskan hati editor dan penerbit atau tidak. Tau2, saya dihubungi wakil penerbit, mengatakan novel saya sudah terbit. Saya baca kembali naskah contoh dan hampir 97% sama dengan manuskrip asal saya.
Jadi, moral kepada cerita ini... masih ada editor yang mulia hatinya, mahu mengajar dan menurunkan ilmu mengarang tanpa bayaran. Bersyukurlah mereka yang berjaya memperolehi ilmu dari editor atau penerbit.
Moral dan pengajaran kedua dari cerita ini pula... pastikan manuskrip yang mahu dihantar kepada penerbit, sudah benar2 mantap. Paling sedikit kesilapan, contoh kesilapan yang sering berlaku... ejaan, nama watak, latar tempat, panorama dan plot cerita yang berulang2 dan melompat2.
Jangan cepat berpuas hati hanya selepas sekali semak, semak berulang kali atau minta ihsan penyemak lain. Sekali lagi saya ingatkan, cuba elakkan mencari penulis juga untuk menyemaknya kerana corak penulisan seseorang tidak sama. Bimbang, penyemak itu akan terikut2 cara penulisannya sendiri. Kecuali penulis yang betul2 bagus dan tinggi ilmunya, contoh terbaik yang harus dan wajib saya sebutkan di sini adalah rakan penulis saya NASARUDDIN DASUKI. Beliau pernah menyemak manuskrip saya, diconteng seperti karangan murid darjah 5. Saya bersyukur dapat rakan penulis begitu. Tapi tidak ramai yang mempunyai keupayaan seperti beliau. Saya sendiri tidak berupaya menyemak. Terus terang saya katakan, saya bukan dilahirkan untuk mendidik apatah lagi mengkritik.
Oleh itu, usah berputus asa. Kerja mengarang bukan sesuatu yang mudah jika kita mudah berputus asa. Kejayaan akan berada dihujung perjuangan. Selagi anda tabah dan yakin pada rezeki Allah dan bakat yang dikurniakan-Nya. Sepatah kata guru saya, PN NISAH HARON: Untuk membina nama dalam dunia penulisan memang sukar, tetapi apabila sudah ada 1 karya yang bolos, karya2 seterusnya akan menjadi mudah. Kerana kita sudah tahu lenggok dan permainan dunia penerbitan dan penerbit sudah percaya dengan gaya penulisan kita.
Kepada rakan penulis saya yang agak kecewa tadi, satu pesan saya, usah jemu dan bosan. Teruskan berkarya dan berusaha memuaskan hati penerbit dan editor. Disamping itu, usah segan bertanya dan mencari ilmu. Jika ada mana2 kursus, seminar mahupun bengkel penulisan, hadirlah. Banyak ilmu ada di sana. Korbankan sedikit masa dan wang untuk ilmu yang banyak itu. Insyaallah kita akan berjaya. Wallahualam.
11 comments:
Assalamualaikum,
Pertama: bakat
Kedua: minat
Ketiga: kemahiran
Keempat: usaha
Kelima: doa
Keenam: tawakal
Kata guru saya, yang pertama itu paling penting. Jika hanya ada yang kedua, tetapi yang pertama hancur, lupakan sahaja niat murni menjadi penulis. Kadang-kadang kita tidak tahu bahawa kita mempunyai yang pertama itu sehingga kita menceburkan diri dalam lapangan berkenaan.
Terima kasih.
salam,
waahhh dapat jugak link kan blog saya dengan penulis :)
sudah jumpa.sebelum ni dapat komposer,pelukis kali ni penulis pulak hehe meriah sunbgguh
hehe
MYA MARJA... akak tak sedar akak ada bakat dan sampai sekarang malu mengakuinya. tapi entahlah, nak dikatakan berjaya sangat dlm bidang penulisan pun tidak juga. taklah meletop gila2. hanya suam2 kuku...
penulis kecik, butaseni... berbanding awak sendiri yang begitu berseni.
saya ada satu manuskrip yang masih terperuk di dalam almari. dah hantar dua penerbit - semuanya tolak... siapa nak?
Tak usah lelong macam tu,nanti kualiti sastera kita jatuh,jadi brg murahan. Sebaiknya kita kaji semula, kenapa ditolak? tak sesuai dgn penerbitan atau tak sesuai dgn isu semasa.atau penghasilannya sebelum awak matang dalam dunia penulisan atau belum ada nama? semua persoalan itu mempunyai jawapan yang berdeza2. kita bincang ramai2, dgn rakan penulis. ayuh kawan2, tolong kholid.
saya terlalu berminat untuk menjadi seorang penulis. namun begitu terasa tidak cukup ilmu di dada.jelaslah menjadi seorang penulis tidak semudah yang difikirkan. semoga impian menjadi kenyataan :)
czueka zulaikha... tak perlu penuh ilmu di dada utk menulis / berkarya. tahu sikit, tulis sikit. sesungguhnya, tidak ada org yg cukup ilmunya. kita wajib terus mncari ilmu sampai ke liang lahat. yg penting minat, cita2, kesungguhan & usaha yg tidak mengenal jemu. jom mula sekarnag
Nak tnya..manuskrip tu ape? Klu hntr kt mna2 pnerbit, kna hntar semua karya tu or sinopsis@ chapter 1 shj? Mohon jawab :)
hai adik (Anonymous yang bersembunyi). hehe disebabkan tiada nama di sini kakak panggil dengan nama itu. ok sayang, manuskrip itu adalah karya yang kita hasilkan untuk diterbit menjadi novel. panjangnya tergantung berapa muka surat kita mahu novel itu terbit. dihantar kepada penerbit keseluruhannya, bukan beberapa chapter atau sinospsis sahaja tetapi keseluruhan cerita dari sinopsis hingga ke ending. hantarnya dalam bentuk naskah printing yang kita ikat kemas siap bertajuk. boleh pos kepada penerbit atau dihantar sendiri.
ok adik? kakak menjawab soalan ke?
Assalamualikum kak , sy ingin menghasilkan satu manuskrip tetapi saya baru berusia 14 tahun dan sy takut jika format penulisan tidak betul .. jadi , jika kakak sudi memberi tips2 untuk mengarang manuskrip dgn baik dan kretif . Terima kasih !
Post a Comment