Friday, March 28, 2008

BENGKEL DBP

entry-content'>

Alhamdulillah, bengkel PEROLEHAN MANUSKRIP NOVEL KARYA PENULIS MUDA berakhir dengan jayanya. Kesemua peserta seramai 20 orang pulang dengan semangat baru. Gembira sungguh. Bagi saya?

Gembira juga, tapi rasa terbeban sikit. Kenapa?

Mesti menyediakan sebuah manuskrip novel yg luar biasa (yg berupaya merombak konvisional) dan punya kekuatan yang boleh diangkat menjadi novel sastera. Boleh dan mampukah saya?

Itulah persoalannya. Saya agak asing dengan teknik dan teori penulisan novel yang betul. Meski sudah menghasilkan 9 novel (7 di pasaran) namun saya menulis mengikut cara sendiri tanpa pernah belajar dari sesiapa dan di mana2. Walau nvl saya pernah diberi hadiah penghargaan (saguhati dlm sayembara) namun nvl itu saya garap mengikut gaya saya sendiri. Langsung tdak pernah belajar apa2 di mana2. Itu pastinya hanya kerana rezeki dan nasib menyebelahi saya, bukan kerana ilmu penulisan saya. Tidak seperti peserta lain yang sudah lama terdedah dengan cara penulisan Dewan (saya benar2 kerdil berbanding yang lain). Apakah tema yang diangkat DBP?

1) Sejarah
2) Budaya sesebuah negeri di Malaysia
3) Cinta yang positif, pemangkin semangat
4) budaya sesuatu bangga di Malaysia.
5) Agama
Apa pula yang penting yang dinilai oleh para penilai DBP?

Isi, idea, teori, pendekatan penulis, pertanggungjawaban dari segi ilmu dan fakta yg tahan uji. Judul nvl yg berlainan, segala bentuk elemen ciplak, cedokan / adaptasi tidak langsung dibenarkan. Selain itu nvl yg bertentangan dengan moral, agama, undang2 dan rahsia negara akan ditolak.
Perkara yang menjadi perhatian penting?

Bahasa. Termasuk laras bahasa, gaya bahasa, kesesuaian bahasa dgn pembaca sasaran, plot (kronologi / menentang kronologi), teknik, sudut pandangan, watak & perwatakan, latar. Seperti biasa, ketebalan novel mesti melebihi 300 m/s.

Itulah serba sedikit berkenaan penilaian manuskrip oleh para penilai DBP....

Nanti akak catatkan pula tips proses mengarang oleh penulis tersohor tanah air. Tunggu...........

6 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Tahniah Kak Ila kerana sekali lagi diberi peluang dan berpeluang mengikuti bengkel yang begitu privasi pastinya! Sekali lagi peluang menulis novel terbuka di hadapan mata.

Walaupun tanpa teknik yang Kak Ila pelajari, namun meraih juga puluhan ribu RM sebagai hadiah! Memang tak jadi johan, tapi kalau RM10 ribu itu sebagai hadiah saguhati sekali pun, wah, bagi saya yang tak tahu tulis novel ni, kira sudah lebih daripada johan!

Di Pesta Buku KL nanti nak cari novel akak. Boleh rekomen mana satu? Nak beli semua sekaligus rasanya tak mampu. Hmmm.. Buku Prima, Alaf 21, CESB, ... mana satu ni...?

Najwa Aiman said...

Jangan lupa tips untuk pemasaran sekali tau. Teknik menarik leb ih pembaca dari semua lapisan. TQ.

Anonymous said...

mya marja - terima kasih, dari dulu tak lokek ucapan tahniah. T kasih sekali lagi.Memang peluang tu dah terbentang di depan mata tinggal menjalinnya saja, itu yang susah. Kak ila susah sikit kalau dipaksa menulis Tapi apa2 pun kenalah paksakan juga diri.Untuk pengetahuan adik. novel kak ila ada di Buku Prima, CESB & DBP.Terpulang adik nak yang mana 1. Tp kalau nak akak rekomen, nanti kita jumpa di Buku Prima - Ahad.

kak ila

Anonymous said...

najwa aiman - tips yang tu rasanya tak ada salam simpanan akak. sepatutnya akak tanya adik. adik lebih senior dalam bidang ni, kan? $ lebih ramai peminat. Tanya je najwa aiman... satu persatu karya adik disebut orang. kak ila? hemmm haram tak kenal.

kak ila

MYA MARJA said...

Kabus Senja baru beli di Pesta Buku 2008 di CESB.Tebal juga, tapi bila nak baca tak tahu..he he... Tahniah lagi! :)

Rasha_rz said...

mya marja... ucapan tahniah lagi? terima kasih sekali lagi.
terima kasih juga sudi beli novel kak ila di cesb.tidaklah tebal sangat, novel oleh penulis lain lagi tebal.
lepas beli mesti terus baca dan komenlah... dari kaca mata lelaki...


Free shoutbox @ ShoutMix