Assalamualaikum;
Setelah memaparkan tip penerbitan novel di N3 sebelum ini & pelbagai komen serta nasihat dari rakan2 pelbagai golongan (editor, pembaca & penerbit), ada yg singgah di kotak komen, bolos di email saya & ada jg yg menghantar sms, memberi komen berkenaan N3 tersebut. Alhamdulillah, saya turut menimba ilmu dari yg sudi menaburnya. Baiklah, kini saya bersiap utk membuat rumusan (penggulungan).
Saya akan memfokoskan kepada manuskrip novel yg sudah siap (sebelum dihantar kpd penerbitan). Bagaimana selayaknya mskrip yg menyenangkan hati editor / penerbit?
1) Mskrip yg sesuai dgn penerbitannya.
-Jika mskrip lebih kpd keugamaan, fantasi / fiction, novel kanak2 / remaja, love story atau apa sahaja, pilihlah kecenderungan syarikat penerbitan. Sama ada baca byk keluaran sesebuah syarikat yg diminati / berbincang dahulu dgn penerbit.
2) Kekemasan mskrip
-Adalah penting menyediakan mskrip yg kemas & menarik utk memberi minat pada editor. (Ejaan, tanda baca, perenggan, gaya bahasa. Ruang kosong di sekeliling helaian, jarak yg menunjukkan beralihnya dari 1 bab ke bab lain serta bab kecil di dalam bab besar. Nombor muka surat, jodol novel & nama pengarang di setiap helaian. Langkau 2 baris sewaktu menaip dan gunakan tulisan Times New Roman (font size 12/11).Baindinglah sekemasnya, elakkan dari menjahit / gam. Jika mskrip melebihi 400m/s, buatlah dlm 2 buah - ini utk kemudahan editor membaca / menyemak).
3) Semak lagi dan lagi mskrip yg siap dicetak. Buat pembetulan. Jika lebih dr 1 perenggan dibetulkan dlm 1 helaian, cetak yg lain. Elakkan dari rasa bosan membaca mskrip sendiri krn jika pengarang sendiri bersa begitu, apatah lagi editor yg terpaksa menyemak setimbun mskrip. - sesetengah syarikat penerbitan mensasarkan 2 buah nvl terbit sebulan. Bayangkan berapa byk yg perlu mereka semak? Mereka terpaksa memilih & memilih utk mendapatkan 2 yg sesuai & terbaik. Oleh itu, tariklah perhatian editor dgn mskrip yg kemas, sebelum dia mengenali cerita dari anda. (elakkan berserah kpd editor membuat pembetulan).
4) Pos / hantar sendiri, berjumpa editor / penerbit. Berbincang adalah lbh baik dari menyalahkan sesiapa jika berlaku sesuatu ke atas mskrip anda.
5) Beri masa kpd editor menyemak, tanya mereka berapa lama masa perlu diambil. Usah diganggu selama waktu mereka membuat semakan. Beri kepercayaan kpd penerbit.
6) Bersedialah dgn kekuatan mental jika jawapan dari editor menyecewakan selepas anda jerih menunggu. Usah kecewa, perbaiki mskrip itu dan cuba hantarnya ke tpt lain. Jk cerita menjadi alasan ianya ditolak, karanglah cerita yg lain. Jika olahan menjadi kayu pengukur, belajarlah mengolah dgn cara bykkan membaca & membuat latihan. Berbincang dgn idola anda (penulis yg anda minati gaya penulisannya).
7) Hadiri mana2 bengkel penulisan (percuma / berbayar). Banyak ilmu ada di sana.
8) Akhir sekali, berserahkan kepada Allah kerana yg baik itu dtgnya dari Allah & yg serba kekurangan itu dari diri kita sendiri. Dalam berkarya juga kita harus berserah pada nasib (selepas lelah berusaha). Kekadang Allah mahu menduga hambanya. Cekal ia menghadapi dugaan, maka beratlah ganjaranNya. Oleh itu kpd rakan2 penulis yg punya sejarah kekecewaan begini, ingatlah : Anda tidak bersendirian & bukan anda sahaja yg pernah diduga begini malah kebanyakan dari penulis2 besar sekarang, asalnya getir seperti anda juga. Berusaha, berdoa dan berserahlah.
USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN. KEKECEWAAN BAKAL MENDEKATKAN KITA PADA SYAITAN LAQNATTULLAH. NAUZUBILLAH.
Wallahualam...
19 comments:
Assalamualaikum,
Panduan yang mantap, tak mengecewakan. Satu lagi panduan yang Kak Ila terlupa agaknya, tentang idea, atau jua isi kandungan sesebuah cerita. Jalan cerita juga semestinya tidak klise dengan novel sedia ada. Eh, benarkah begitu?
Waalaikumsalam mya marja.
Betul.Memang jln cerita jg penting, cuba cari kelainan - identiti sendiri.meniru, menipu diri sendiri.
Tapi sebenarnya kak ila tak lupa itu, cuma yg kak ila perturunkan kali ini berupa mskrip yg sudah siap.Bererti mskrip bagaimana utk diserah ke tangan penerbit. nanti kak ila perturunkan tip mengarang nvl yg baik pula. tunggu...
Salam,
Ya kak ..., saya lebih suka guna font Arial kalau hantar manuskrip dan berjumpa sendiri dengan editor syarikat utk mendapatkan feedback secara langsung dari editor. Seperkara lagi, buat 1 salinan pos berdaftar kepada diri sendiri utk tujuan keselamatan dan back up di belakang hari seandainya berlaku apa-apa konflik tentang pernerbitan tersebut. Dan yang paling penting sekali adalah menyemak perjanjian yang hendak ditandatangani.
Tapi biasanya penulis tiada pilihan selain dari menandatanganinya, cuma yang boleh kita tanya editor sekiranya kita tak faham dan tak puashati, apa-apa hal biar bergaduh sebelum manuskrip diterbitkan. Kalau dah terbit, agak sukar sedikit untuk penulis mempertikaikan dari segi perundangan sebab biasanya penerbit akan meletakkan klausa pengecualian dalam perjanjian untuk mengelakkan dari disaman oleh penulis. Tapi, apa yang saya perhatikan penerbit di sini belum begitu terbuka dalam melepaskan penulisnya untuk menerbitkan dengan penerbit lain, seolah2 ada satu ikatan yang tak nampak telah termeterai, walhal takda pun. Cuma orang kata macam sudah jadi kebiasaan, ataupun disebut unwritten rules. Macam tulah kak ...
sf
p/s: Apa-apa hal bawa berbincang dengan editor dan rakan2 lain yang biasa dengan undang2.
Ha, selamat datang sf. memang kak ila mengalu2kan org berpengalaman begini singgah beri komen.blh bantu kak ila & kawan2 lain yg masih hijau di bidang penulisan.
Memang penulis jarang ambil kira pasal perjanjian (kak ila sendiri cuai).Sikap mudah percaya & hanya mahu berkarya membuat org macam kami ni tertipu. kalau kita lihat pd perjanjian, ianya dibuat oleh penerbit.kalau tak bersetuju pun, kena setuju jg sebab nvl dah terbit. kena tunggu nvl akan datang kalau nak minta dipinda, itu pun kalau berani & muka tak malu & kalau penerbit nak dengar. alasan klise mereka, itu prosedur biasa, semua penulis bersetuju.
& selalunya penulis akan melupakan karyanya sebaik ia dihantar ke penerbit.penulis sibuk pula kumpul bahan utk nvl seterusnya.bila penerbit kata akan diterbitkan.. terlalulah amat suka.tanpa baca perjanjian, terus sign...
p/s kak ila rasa elok jg sf buka N3pasal perjanjian2 penulis & editor utk bakal2 penulis. walau pun dah byk diperkatakan, perkara baik sunat diwar2kan selalu.
Salam
Insya-Allah kak. Isu perjanjian ni takkan habis sampai bila2 kerana di sini, penulis terpaksa mengikut kemahuan penerbit, hanya beberapa kerat penulis yang sudah punya nama sahaja yang penerbit hanya akan angguk. Tapi kebanyakan situasi, penulis terpaksa akur dengan kehendak penerbit, dengan alasan mereka yang menerbitkan manuskrip tersebut. Tapi kesannya, berapa ramai yang telah ditipu hidup2 oleh penerbit yang tak bertanggungjawab? Ramai bukan? Cuma, penulis2 tak mahu bawa ke tengah kerana menyedari proses litigasi di mahkamah memakan masa yang agak panjang.
sf
Kepada
Ramlah Rashid
Saya orang Indonesia dan tinggal di Indonesia, ada adikku kuliah S2 di malaysia, saya mau shering nih, saya merasa orang baru di dunia penulisan Novel. Novel saya pernah diterbitkan di harian Indonesia, satu lagi novel baru saya selesaikan, yang saya tanyakan bisakah diterbitkan di Malaysia? Bagaimana caranya? Saya bersedia bekerjasama mengenai karya Novel. Tolong kasih penjelasannya?
hai adik. mendengar namanya saja sdh membuat saya tersenyum. KAKILANGIT! waduh, ganas benar bunyinya.
utk pengetahuan adik, kak ila juga masih baru.blh dikatakan msh mentah dlm dunia penulisan, tetapi boleh saja memberi bantuan sekadar apa yg kak ila tahu.
Adik blh berurusan dgn Dewan Bahasa & Pustaka,Fakar,Bukuprima, Alaf21, Jemari Seni,CESB, PTS jg & byk lagi syarikat penerbitan di Malaysia. Cuba hubungi mereka melalui email / laman web mereka.Beberapa add ada di blog kak ila, adik blh masuk & berbincang.
tumpang baca dan curi ilmunya ;)
hai zalisa. silalah tumpang... memang utk pengunjung yg sudi. tak perlu dicuri, ambik saja...
Singgah sekejap menghulur salam ...
Salam Ramadhan Al-Mubarak, selamat berpuasa :)
Selamat menjalani ibadah puasa, moga mabrur, aminnn ...
hai bunga rampai, salam ramadhan dan salam kemerdekaan juga dari kak ila. terima kasih sudi ke sini
Salam Ramadan! Selamat berpuasa, Kak Ila. Sibuk menjalani iabadah puasa, blog pun sepi.. :) Sedang menghasilkan karya terbaru ya. Selamat berkarya.
Salam ramadhan juga mya marja. memang sebuk sangatlah. ibu, isteri, umah, penulis dan pekerja, kena pikul byk perkara 1 masa. kak ila sedang giat menyiapkan nvl terbaru dan nvl utk DBP juga. rasa 24jam sehari tak cukup2. semakin takut...
ok kak,saya sentiasa sokong 100%
:D
go go
sbnrnya taktahu nk post ape dlm entry.. hehe.. nnt la.;; dkt2 ry.. hehe
Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Salam Aidilfitri :)
huishhhh berkurun entri ni kak oi, sampai naik Spiderman saya tgk tuuuu ... hehehhe
Post a Comment