Tuesday, February 17, 2009

TRILOGI MAGIS

entry-content'>

Yahuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!

Tawa saya terarak. Senyum menyongsong. Rasa lega sangat2 lega! Sudah bisa bernafas panjang, singkat dan teratur. Beberapa bulan saya dikekang 1 tugasan yg rasanya berat benar. 1 evolusi karya berjaya saya lunasi. Tapi gembira saya bukan bererti karya itu diterima / diterbitkan. Hanya sudah berjaya menyudahkannya. Itulah di antara kegembiraan pertama yg dikecapi para penulis. Rasanya semua penulis bersetuju dengan saya. Iya kan? 

Trilogi Magis, itu jodol asal - awal yg saya beri pada karya ke 3 untuk DBP. Saya ulangi lagi, ianya bukan pertandingan seperti JERIJI KASIH & USANG, tetapi hanya projek yg pernah dilunasi bersama Jabatan Sastera DBP.  Pagi Jumaat 13 Feb 2009 saya tiba di pejabat Puan Norimah, disambut mesra Saudari Marwati @.........  Asalnya saya hanya bersedia menemui beliau, mana tahu rupa2nya bos dia turut menunggu. Aduih, berdebar hati saya. Ini kerana saya menyangka hanya saya dari 20 peserta projek yg masih belum melunaskan hutang manuskrip. Apabila dinyatakan masih ramai yang senyap, simpati saya melaut pada dua wanita itu. Keruh wajah Puan Norimah. "Ramai yg belum menghantar pada saya...."  keluhnya. Ternyata kesal.

Saya turut mengeluh di dalam hati. Mahu saya membela rakan2 lain - 'kami dikekang masa.... Rata2nya bekerjaya lain selain  menulis. 24jam tidak cukup utk satu hari'.  Tapi bimbang pula nantinya kami dituduh pula sengaja mencari alasan. Akhirnya saya hanya meminta pihak DBP memberi sedikit masa lagi. Kata saya, mungkin semua mereka sedang berusaha di titik terakhir. Esok lusa mesti sampai di meja puan.

Puan Norimah sempat bertanya, Trilogi Magis itu tentang apa?
Tersenyum2 saya, malu untuk mengupas meski sedikit. Begitulah saya, sentiasa tidak berkeyakinan pada apa yg saya kerjakan. Akhrinya senyum kiri, senyum kanan, saya beri sedikit intro.

-  Kisah masyarakat yg diwakili sebuah keluarga yg diketuai lelaki yg kematian isteri akibat penyakit SLE. Selepas ditinggalkan, si suami perlu membesarkan 4 org anak gadis yg sedang meningkat remaja. Dalam masa yg sama, TM mahu menyatakan betapa beratnya derita hati lelaki yg ditinggalkan isteri dan betapa besarnya pengorbanan seorang lelaki bergelar duda dalam membela nasib anak2nya. 

-  Setiap seorang anak gadis itu pula punya permasalahan tersendiri. Saya ceduknya dari masalah2 remaja di sekitar kita saban hari. Gelodak kehidupan di alam remaja yg sungguh mencabar penjaganya lebih2 lagi ayah tunggal yg di batasi waktu. (lelaki berkerjaya tinggi & mengutamakan kerja2 kemasyarakatan).

-  Seorang warga emas yg masih memegang kepercayaan karut, mewarisi saka yg diwarisi nenek moyangnya. Menjadi bomoh dan bermentara untuk melakukan pemujaan. Berlaku beberapa peristiwa aneh yg akan mengusik fikiran waras. Cerita hantu? Itu yg ditanya orang pada saya.

Bukan.... Saya tidak akan mengangkat hantu / syaitan semulia itu. Tidak akan saya izinkan si buruk itu mempopularkan diri mereka. Mereka itu hina! Tidak layak bercerita perihal diri mereka. Cuma ada sedikit mentera yg pernah diguna pengamal ilmu perubatan tradisional yg bersahabat dgn si buruk & amalan2 soleh si cucu yg cuba menyedarkan datuknya betapa hinanya menjadi penjaga @ sahabat si jahanam. Berlaku beberapa mistik / menguji ilmu cucu yg tinggi amalan solehnya. Terdapat jg ayat2 al-quran beserta maknanya. Doa2 & zikir2 juga. 

Begitulah seadanya. Jika diterima, sekali lagi saya bersorak. Bersyukur juga. Tapi sekiranya ditolak, bersedia pula saya merombak & memperbetulkannya di mana2. Ini proses belajar pada penulis kecil seperti saya yg bermula dgn kosong. Tanpa sebarang ilmu penulisan yg mantap saya bertatih, perlahan. Apabila ada yg bersedia menghulur tangan untuk membimbing, tidak mungkin saya menolak. Terima kasih Marwati, ketuanya - Puan Norimah dan DBP sendiri.

2 comments:

Abang Long said...

Begitulah kehidupan seorang novelis.

Hmm ... berurusan dengan Cik Marwati ye ? hehehe

Rasha_rz said...

Abang Long. Begitulah adanya kehidupan penulis kecil yg baru berjalan jatuh. belum bertatih lagi.


Free shoutbox @ ShoutMix