Thursday, February 26, 2009

WARKAH CINTA

entry-content'>

N3 kali ni sekadar respon pada permintaan Abang Long di blog ini.ttp://novelman.blogspot.com/

1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?   Masa kak ila di tingkatan 3 (15thn) Sedikit( penerangan : penghantarnya dr pelajar ting.5... dia guna nama tipu (nama pena). Rasanya tak perlu kak ila beritahu ya? demi tidak menyinggung sesiapa. Melalui sorg pelajar perempuan di kelas kak ila. Hampir setahun kak ila tertanya2 siapa empunya surat tp terus samar w/pun rasanya macam tau pengirimnya. Hehehe... Mamat tu selalu jeling2, tp tak pernah tegur. Nampak macam sombong. tp dia tak pernah jemu, mesti hantar surat sekurang2nya seminggu sekali. Dlm surat2nya mesti ada kata2 pujian. kata kak ila comel... (ce wah, perasan), katanya dia suka tengok kak ila, keletah kak ila dan macam2. kak ila tak pernah baca di sekolah, takut orang nampak, takut cikgu tangkap. Di rumah baru baca & terus hapuskan. takut emak jumpa, nanti disuruhnya kawin. mak kak ila cemburu kuat! Tak kasi kawan dgn lelaki.


2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?  Ha, mamat pemilik warkah cinta pertama tak suka semua tu. Tapi mamat yg kedua suka. Sebenarnya ada 2 pelajar lelaki yg gemar hantar surat. Kira yg ni warkah ke dualah. Ke dua2nya di ting.5. Mungkin dorang ni tak tahu menyukai gadis yg sama. Ya ke dua ni gemar benar hantar puisi. kadang tu tak ada kata2 lain selain puisi. Dlm puisi tu ditulis puji2an & betapa dia menyukai kak ila.

3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ? Pun dari mamat ke dua. Yg pertama tadi suratnya kosong je. Cuba selalu lukis gambar burung sedang terbang. Comel sangat. Mamat ke dua ni jiwang karat betul. tulisan pun cantik, siap berawan larat.

4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ? Tak simpan lagi abang long. Bertunang je kak ila dgn suami kak ila, semuanya dihapuskan. Sengaja nak melupakan nostalgia lama. (kenangan mengusik jiwa...)

5 - Ada disertakan gambar ? Mamat pertama tu tak bagi gambar sebab dia kan dalam ngaib? tapi bila dah lepas setahun, selepas kak ila pertama kali membalasnya, barulah dia hantar gambar. Mamat ke dua ni, memang gemar hantar gambar. banyak... tapi mesti dia sorang. Handsome pulak tu. hehehe...

6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ? Warkah pun tak di simpan, maknanya sampul pun tak adalah. abu pun tak simpan.

7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ? Selepas baca terus hapuskan. kecuali sajak2 dan gambar2nya. Tak sampai hati. sajak2nya kak ila tampal di belakang buku teks (selepas disalin semula dgn tulisan sendiri). Kengkawan selalu puji puisi / sajak tu hebat. kak ila senyum je......

8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ? Tarikh tak ingat tapi awal ting. 3 lah.

9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ? O, la ni? hem... semua tahu dah. Suami juga tahu malah anak2. Selalu kak ila cerita kisah cinta org dedulu berbanding org sekarang.

10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?
Entah ya? tapi yg seronoknya terima warkah cinta ni, debarannya lain. ayat panjang2, sempat berjiwang. menunjuk kehebatan berkarya.

Sedikit lagi sambungan...
Selepas setahun hanya menjadi penerima setia, barulah kak ila bersedia membalasnya. Itupun selepas 2 orang mamat tu dah tak ada di sekolah. Masing2 dgn haluan sendiri. Seorang ke KL utk bekerja & seorang lagi melanjut pelajaran ke... tak payahlah kak ila bagitahu. Kang tersentuh mana2 perasaan. Buatnya ada yg tersinggah di sini perasan pulak kak ila berbicara pasal mereka.

Maka waktu itu bermulalah kak ila membeli kertas warkah yg beranika warna & latar belakang. Menunggu posmen yg kunjung tiap2 hari. Macam setahun sebelumnya, kak ila akan menerima surat hampir setiap hari atau sekurang2nya seminggu sekali, posmen pun akan singgah tiap2 minggu. 2 bahasa surat, 2 warna sampul surat & 2 bau yg berbeza. Sama... Kak ila pun akan membalas 2 pucuk surat dlm 1 masa. Tidak ada kata2 cinta cuma kata rindu. Berjumpa? Tak lah macam org sekarang ni. Kami berjumpa setahun sekali, hari raya je. Itu pun mamat2 ni akan beraya di rumah kak ila. Nasib sentiasa baik, tak pernah mereka ni bertembung. Ukhwah hahaha...

Tapi itu semua cuma cinta monyet, sehingga ke akhirnya dua2 pun tak mengungkapkan cinta... 5 thn setia menjadi perindu di angin lalu Kak ila pun menerima cinta mamat KL yg lebih berani. Tidak ada warkah cinta / sms / email. Puji2an kata kak ila comel, cantik, nakal pun tak ada. Ayat keramatnya : "Awak, saya sukakan awak." Kak ila terpinga2. Waktu tu selepas habis sepinggan nasi ayam. Dia sendiri langsung tak berselera, katanya tak berapa sihat. Itulah kali pertama kami makan berdua tanpa dihadiri rakan2 lain. (Berdua2an...)
"Inilah pertama kali saya jatuh cinta."
Akh!!!!! Terkejut beruk? Tiap2 hari jumpa, tiap2 hari makan semeja beramai2, setiap hari telefon bertanya khabar, rupa2nya dia lebih gemar berterus-terang. Maka...
Dialah suami sekarang.

Warkah2 cinta hanya tinggal kenangan. Nostalgia. Kata suami : Yg berlalu biarkan berlalu. Semua orang berhak mengenangnya sebagai sejarah. Tak perlu dilupakan.

p/s, Akhirnya hari ni terbonggar rahsia silam. Ini semua gara2 abang long mencetusnya. His...!

11 comments:

Abang Long said...

Salam sayang wahai kekandaku.

TERIMA KASIH tidak terhingga :)

Anonymous said...

sukar utk menolak permintaan adinda. meski sudah menjadi sejarah yg dirahsiakan tapi hari ini terbuka juga, apa kan daya....

Nek Cun said...

Wah Ila... terror juga Ila ni yek... menjadi rebutan 2 jejaka... mesti cun melecun semasa remaja nih!... sudah boleh buat tema novel baru tuh!... hehehe...

Anonymous said...

Nek Cun... bukan terror tp masa tu saham tengah melonjak. almaklum, gadis sunti gitu. badan pulak kecik,comel je le... nek cun mesti comel masa baya2 tu kan?

Unknown said...

Salam Kak Ila...
Fulamak... jadi rebutan dua teruna. Mesti best kan? Kalau dia orang tahu dia orang suka gadis yang sama, apa jadi agaknya? Hmm... boleh buat novel ni? Tak pun Kak Ila dah buat dah citer tu... salam kenal dan opah add link Kak Ila ya?

chekdenoor said...

Salam untuk kak ila..heheheh...adek chekde kot...tapi tak apalah...ikut nama komesial kat sini jer.....

Terima kaseh kerana sudi menjengok blog chekdee yang sangat biasa-biasa aje......

Wah.... bestnyer berkenalan dengan penulis-penulis...seperti nekcun gak ya....... tapi ...ini membuatkan chekdee terasa semakin bodoh bahasa....hmmm...sebab chekdee ni orang science...... so...bahasa chekdee terutama ejaan...selalu je salah..... harap dapat menerima chekdee seadanyer ya.....

Cinta monyet best juga bila dikenangkan ......sebab tu..chekdee tak pernah melarang..anak-anak apabila mereka ingin merasai pengalaman tersebut ...cuma kena ingatkan mereka ...ada had dan batasannyer.... maklumlah..dizaman global sekarang ini..... pendedahan sangat berlainan.

ok kak ilah....nanti kita komen mengomen lagi ya...dalam cerita-cerita seterusnyer.....

terima kaseh dan salam perkenalan.

Anonymous said...

Wah Kak Ila... :) - Kisah penuh nostalgia zaman remaja.

Anonymous said...

chekdenoor, najibah & opah de. terima kasih sudi ke sini. Berkat warkah cinta abang long, dapat kita berkenalan lebih ramai kawan maya. Harus juga kita berterima kasih pada abang long.

Tapi nostalgia silam kekadang membuat kita tersenyum sendiri. Lain yg diangankan,lain yg jadi, kan? Macam jg kebanyakan novel saya sendiri. pada awalnya pembaca menyangka begitu, rupa2nya begini. Aduh... hidup ini sukar diramal. Walau apapun, bersyukurlah kita di atas segalanya.
p/s; kenangan mematangkan...

Noreimi said...

kak am.. seronok laa blog kak am nih.. yelah.. sebagai penulis mesti bnyk cerita kan.. dalam blog emi tak reti nak cerita panjang lebar laa.. tp kalau betul ada yg nak di bentangkan mesti panjang punya..

emi pun banyak benda nak di ceritakan.. tapi ayat tak cukup mantap.. dulu emi rajin tulis diari.. maksud diari tu dah tentulah kisah hidup seharian kan.. yg sedih ada.. yg gembira pun ada.. tp nak di jadikan sebagai novel tak berapa mahir.. cuba jugak dulu nak buat mcm novel.. tapi tak menjadi.. masa emi sekolah dulu, ada rakan sekelas yang menulis tentang emi..(bermulanya kisah perkenalan abg angkat laa konon..)boleh tahan jugak cerita dia tu.. ianya memang real

Rasha_rz said...

blh siap sebuah novel, tu. apa lagi? garaplah semula. jadikan sebuah cerita. kombinasi realiti = fantasi. jadilah ia novel kreatif

Noreimi said...

mmm.. mungkin boleh mencuba nasib 1 hari nanti.. sekarang nih tengah sebok dengan study.. assignment pun tak sempat2 nak buat.. kalau ada kelapangan insyaallah.. tgk laa lepas exam bulan 4 ni macamana.. kalau takder halangan boleh jugak mencuba.. tp tak tau laa tahun berapa akan siap.. hehehehe.. imaginasi yerr.. mmmm ;D


Free shoutbox @ ShoutMix