Friday, June 19, 2009

SEHARUM CINTA LESTARY

entry-content'>

Lestary, anak Hanan Alaa bersama Daud, perkahwinan campur antara 2 negara (Malaysia + Dubai). Nama Lestary bererti murni dan abadinya cinta ke dua suami isteri itu.

Disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Sewaktu Lestary berusia 5 tahun, dia dan ibunya diperkenalkan pada orang tua Daud. Dua beranak itu terus dibenci dan disiksa jiwanya oleh Wan Bada. Wan Bada tidak menerima kehadiran menantu dan cucunya bukan sahaja kerana Hanan Ala’a bukan gadis pilihannya tetapi juga perasaan cemburunya pada kasih Daud yang tumpah penuh pada isteri yang jelita. Saban hari dia merangka pelbagai agenda supaya Daud berpisah dengan isterinya dan melenyapkan Lestary dari keluarganya. Wajah kacukan Lestary menyakitkan hatinya.

Di satu senja, selepas Daud menikahi Milah, gadis pilihan Wan Bada, Hanan Alaa yang sarat hamil anak ke dua telah diceraikan dengan talak 3. Bersama Lestary, Hanan Ala'a meninggalkan rumah Wan Bada. Dalam kepayahan itu mereka dibantu imam dan seorang wanita berhati mulia di kampung itu. Fitnah terus membutakan hati Daud yang berantakan kesal menceraikan isteri tercinta lalu dengan senapang patah peninggalan ayahnya dia berusaha menembak imam yang membantu isterinya. Malangnya terkena Hanan Ala'a yang sedang berwudhuk untuk solat subuh.

Hanan Ala'a menghembuskan nafas terakhir dan organnya didermakan, bertepatan dengan amanatnya. Injap jantung dan hati diberi kepada Dafiezudin, buah pinggang untuk anak Tuan Kamal.

Keluarga Dafiezudin dan Tuan Kamal cuba menjejak anak Hanan Ala'a yang sudah ditempatkan di rumah anak-anak yatim tetapi gagal. Dan Lestary pula melanjutkan pelajaran keluar negara sewaktu berusia 17 tahun. 10 tahun pula tinggal di sana sebelum mengambil keputusan kembali ke Malaysia.

Dalam hambatan rindu pada ibunya,dia turut didera kenangan bersama ibu dan ayahnya. Penderitaan dia dan ibunya di tangan Wan Bada dan percintaan orang tuanya yang menjadi duri kehidupan. Lestary seakan gila setiap kali terkenang peristiwa hitam yang meragut nyawa ibunya. Meski benci pada Wan Bada, namun Lestary berusaha memadam dendam itu. Dia mahu menjadi gadis yang hidup tanpa kenangan hitam. Demi merialisasikan impian itu, Lestary membuat keputusan menetap di Malaysia dan bekerja di puncak Cameron Higland.

Takdir sudah ditentukan, dia menemui penerima injap jantung dan hati ibunya selepas bertunang dengan Razrim. Tanpa sengaja, dia jatuh cinta pada Dafiezudin dan cinta itu kian mendalam setelah mengetahui milik ibunya ada di dalam diri lelaki itu. Dafiezudin juga berasa terhutang budi dan ingin sekali berbakti pada anak pemilik hati dan jantungnya. Cinta bersemi kian kukuh dan berlakunya tarik menarik (perasaan), persaingan secara sihat antara dua sahabat karib – Dafiezudin dan Razrim, demi memenangi hati Lestary.

Lestary diculik, dilarikan ke Dubai oleh orang2 suruhan datuknya (ayah Hanan Ala'a) Dafiezudin dan Razrim terbiar duka menunggu keajaiban Lestary selamat kembali. Masa senggang tanpa Lestary itu membuat perhubungan Dafiezudin dan Tania (pembantu Lestary) semakin erat. Dalam diam, Tania jatuh cinta pada Dafiezudin. Dafiezudin tidak menolak cinta Tania namun masih berharap Lestary kembali bersama cintanya. Tania kekadang cemburu pada bayang-bayang Lestary, namun menyembunyikannya. Dia terus mengembirakan Dafiezudin dengan merangka angan-angan Lestary akan kembali dengan selamat. Hari demi hari Tania kian menyedari, tidak mudah baginya menggantikan tempat Lestary di dalam hati Dafiezudin. Dia pasrah dalam derita.

Bagi Razrim juga, dia terus berharap agar Lestary kembali. Namun setelah jerih menunggu, dia tidak lagi mengharap gadis itu pulang bersama cintanya. Dia sudah pasrah, Lestary bukan jodohnya. Dengan memegang prinsib, menyerah bukan bererti tewas, dia akur pada murninya cinta Dafiezudin dan Lestary yang diikat dengan hati milik Hanan Ala'a. Dengan ikrar akan menyerahkan Lestary kepada Dafiezudin, dia berdoa agar Lestary kembali. Demi sayangnya pada Dafiezudin.

Apabila berita Lestary selamat di Dubai dan akan kembali ke Malaysia disampaikan kepada Dafiezudin dan Razrim, pihak perubatan pula menyedari jantung Dafiezudin sudah dalam keadaan kritikal. Injap yang digunanya, yang dipindah milik dari Hanan Ala'a, sudah tidak boleh bertahan lagi. Pembedahan perlu dijalankan segera bagi menukar injap jantung itu. Harapannya untuk diselamatkan terlalu tipis. Razrim dihambat bimbang, Lestary tidak berkesempatan bertemu Dafiezudin.

Lestary pulang sewaktu geruhnya Dafiezudin berjuang di katil pembedahan yang berlangsung lebih 6 jam.

6 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Moga sihat dan terus bertenaga berkarya. Tahniah lagi, Kak Ila. Lestari dan Lestary, pasti!

Nek Cun said...

Salam Ila, wah... buku terbaharu dah keluar ke? Tahniah!... nekcun tak tahulah bila nak keluar yang baru, asyik sebuk sokmo dengan tugas harian... Nekcun tumpang seronok tengok kekawan penulis terus berjaya berkarya!...

kak ila said...

hai mya marja,terima kasih ke sinsi lagi. semestinya Lestary... harap2nya dapat memberi info sehat kepada pembaca. bukan sahaja membuai perasaan tetapi jg ilmu. insyaallah...

Nek cun. salam juga. ya nek cun, SEHARUM CINTA LESTARY...novel baru di bukuprima. kalau nek cun tak ada masa berkarya, mesti ada masa utk membaca, kan? hayati kisah cinta lestari. cerita cinta 3 generasi. seangkatan nek cun, ila &.. anak2 muda sekarang. itulah LESTARY.....

Noreimi said...

Fuuhhh.. dahsyat sinopsis tu.. mesti kisahnya lebih menyayat hati.. kak am.. Aku Cinta Kyra buat emi tak lelap malam.. menangis terisak2.. syahdu sunggih naseb Hairee tu.. isskk.. the problem is.. sampai opis mengantuk gila.. penangan baca novel laa nih.. hehehe.. teruskan berkarya..

kak ila said...

emi...
dahsyat ke? nak tau hebat tak hebatnya, tunggu terbitannya ya...
jagnan nangis je baca, kena dalami ilmu yg terdpt dalam setiap novel kak am. SCL ni mengisahkan pendermaan organ & perbezaan budaya meski satu agama.

dYzA aiNuN said...

taniah...taniah...SCL dh kuar dh...sonok gitu. nak cari kat kedai ni. marin tk sampai lagi...


Free shoutbox @ ShoutMix