Thursday, December 3, 2009

MENANGANI KERJA PENULISAN (NOVEL)

entry-content'>

Assalamualaikum
Sekali lagi saya turun ke sini memberi sedikit tips sewaktu menangani kerja penulisan khususnya novel. Jika ada yang kepingin mengetahui tips menangani penulisan cerpen, lain kali saya usahakan. Kali ini hanya novel...

Sering penulis mengalami kepayahan untuk memulakan ayat pertama untuk perenggan pertama atau bab pertama, kan? Atau ada juga merasakan sukar benar memuntahkan apa yang sudah bertakung lama di dalam fikiran, mahu diadaptasikan ke dalam novel. Ada cerita, tapi bagaimana menggarapnya supaya menjadi indah, sehalus dan seharum novel2 penulis Bernama.

Memang diakui, ayat pertama berupa pemangkin untuk pembaca terus melekat. Rosak ayat pertama, akan merosakkan mood pembaca. Hanya segelintir pembaca akan tekal menyelusuri novel yang memberi pengalaman pertama paling pedih baginya. Iaitu menempuh ayat pertama, bab pertama atau perenggan pertama yang teruk, yang tidak menarik minatnya.

Sebenarnya konflik ini bukan sahaja dialami penulis2 baharu, tetapi yang sudah lama juga sering tersepit. Sedang asyik mengarang, tiba2 idea kering, berusaha membina konflik tetapi cerita terus mendatar walaupun sudah 200 muka surat. Kadang2 asyik jumpa konflik sehingga cerita itu menjadi keras, ganas. Tidak ada manis sendunya dan sukar benar menemui perleraian.

Oleh itu bagi saya, apa yang sering saya lakukan dan selepas berkongsi pendapat dengan rakan2 penulis yang lain, kami seakan sependapat : Jika untuk memulakan bab baharu menjadi masalah, apakata sebaik duduk di hadapan komputer, baca dahulu sekurang2nya 2 bab sebelumnya. Itu sekiranya memulakan bab baharu di masa yang lain. Sekiranya berlaku kekontangan idea untuk meneruskan penulisan ke bab seterusnya sedang kita giat mengarang, anda dinasihatkan berehat sebentar. Pergilah ambil angin luar bilik, menonton t.v, berbual2 dengan anak2 / suami atau boleh juga membaca novel penulis lain. Bukan bertujuan untuk meniru tetapi sekadar untuk membina mood. Insyaallah dengan cara ini, kita akan mampu membina ayat di bab baharu itu dengan baik.

Insyaallah anda akan berjaya, selamat mengarang...

2 comments:

mohamad kholid said...

membaca novel lain - itu yg selalu saya lakukan bila kering kontang idea - bukan sewaktu writer block. pernah hadapi ketika writer block dulu - tiga bulan tanpa menaip sebarang perkataan...

kak ial said...

Kholid, 3 bulan tanpa sebarang perkataan ditaip bukan bererti tidak berkarya. tapi mengumpul bahan untuk menaip, ya kan? pengarang tidak semestinya terus..... menaip dari 1 manuskrip ke 1 manuskrip, tapi perlu juga mengumpul idea / ilham. barulah hasil karya jadi mantap. betul tak?


Free shoutbox @ ShoutMix