Friday, March 16, 2012

SINOPSIS BIARKAN INDAH BERLALU

entry-content'>



Indah keliru mahu menurut atau menolak kemahuan hatinya. Demi kasihnya pada Putri, dia mahu memberi hadiah paling berharga yang boleh membahagiakan anak itu. Danial cerita masa kini Indah sementara Azril kisah silamnya. Mengikut adat & tuntutan agama, seharusnya Indah memilih Azril tetapi jauh disudut hati Indah, terpahat Danial. Ayah & ibu pula mahu Indah bahagia selepas teruk jiwa anak itu didera mereka. Berbirat parut rotan di tubuh Indah kian menghilang namun kesakitan itu terus kekal di hatinya. Orang tua Azril bijak benar memainkan peranan, menghasut dan memprovok supaya orang tua Indah menerima anak mereka. Tidak diketahui semua, suami isteri itu punya agenda lain, mahu merebut Putri. Setelah usia meningkat & kesedaran mereka tidak mungkin dikurnia cucu lain selain Putri, mereka mahu Putri kekal dalam peliharaan. Jika Danial mejadi pilihan Indah bakal berputih mata kesemua mereka .Tidak mungkin Putri mereka miliki kerana hubungan rapat Danial & Putri. Meski berupa anak tiri, kasih Danial sudah penuh sebelum ujud Indah dalam hidupnya.

Dalam kemelut kesakitan perasaan Indah mahu memenangkan Danial, muncul ibu susuan Putri menuntut hak. Katanya Putri hidup dengan air susunya, Putri membesar dengan kewangan dan kasih sayangnya. Indah tidak berhak langsung kerana Putri pernah tidak diakui Indah sewaktu lahirnya serta ibu seperti Indah tidak mungkin mampu membesarkan Putri. Demi memenangi perbicaraan tuntutan itu, Indah tekat memilih Azril meski jijik benar dia mahu meletak lelaki itu di antara dia & Putri. Danial pasrah dalam kemelut cinta yg rumit, berdoa dia & Indah saban waktu agar berjaya melupai antara 1 sama lain. Bagaimana kesudahan kemelut emosi setiap watak dalam BIARKAN INDAH BERLALU...

2 comments:

cik ct payung said...

saya suka sangat novel ni. kisah yang diketengahkan sangat dekat dengan masyarakat kita. memang bengkak mata la bila habis baca. :-)

cuma satu jer yg saya nak komen. novel ni banyak selang-seli flashback (on and off) dgn masa sekarang. saya mula2 baca memang kompius but bila dah paham okla. so lebih memudahkan pemahaman pembaca jika part flashback itu dibezakan sama ada di'italic'kan atau digunakan font berbeza. itu pandangan ikhlas seorg pembaca.

keep on writing.

Rasha_rz said...

Terima kasih sangat2 kerana cik ct payung sampai ke sini. Terima kasih juga kerana bersedia menghayati BIB dan terima kasih tidak terhingga kerana bersedia memberi komen ikhlas. Itulah, kakak cuba menerangkan bagaimana dan mengapa sesebuah kisah itu berlaku begitu, cara terbaik hanyalah dgn imbas kembali. Team penerbitan pula mengatakan pembaca sudah bijak, tidak perlu terlalu diajar. so... akhirnya flash back dan naratif sebenar diadun sebegitu rupa. walaubagaimana pun, kakak akan cuba berbincang dengan bahagian penerbitan, bagaimana untuk membezakan flash back tu dgn cerita asal ya. terima kasih banyak2


Free shoutbox @ ShoutMix