BAB 5
“ASSALAMUALAIKUM.”
Segera kaca mata hitam ditolak ke
atas kepala. Dia disapa, baru tidak
sampai lima minit tadi dia mengambil tempat di situ sementara menunggu
gilirannya beraksi semula di lokasi itu.
Hajat awalnya hanya mahu berehat di senggang waktu yang diberi pengarah.
Senyum pemberi salam disambutnya
seraya menyambut salam juga, perlahan.
Dia turut membetulkan kedudukan, dari bersandar santai hampir berbaring,dia
bergerak menegakkan sedikit penyandar agar tampak lebih kemas dan lebih
bersedia menyambut kunjungan demi menghormati tetamu. Cuaca panas di situ memaksanya kembali
mengenakan kaca mata hitam.
“Sorry,
panas sangat.” Ungkapnya perlahan,
meminta izin. Botol air sejuk di sisinya
diambil lalu diteguk dua kali. Tepi
bibir diseka dengan jari, cermat gayanya.
“It’s
okey.” Wanita yang menghampirinya
sudah menarik sebuah kerusi kecil tidak jauh dari kerusi sandar Neor lalu duduk
berdekatan.
“Kenal saya, kan?” tanda nama bergambar yang tergantung di
lehernya ditunjuk. Neor sekadar angguk dan
senyum ringan. Dalam hati berasa tidak senang ditemu begitu di masa itu.
Namun dibujuk hati agar bersabar dan menerima keadaan seadanya. Dia membiar gadis itu memperkenalkan diri dan
menyebut juga dari media mana datangnya.
Memang begitu seadanya, wartawan tetap memperkenalkan diri dan tujuan pertemuan. Itu etika pekerjaan mereka, dia tahu dan
faham itu.
“Bagaimana pengambaran hari ni?”
“Ok, berjalan lancar.”
“Berapa scenedah selesai?”
“Yang melibatkan saya, dua scene.”
“Laju?” wanita itu tidak mencatat apa-apa, dia
sekadar berbahasa-basi seraya menyedia buku catatan & perakam juga. Neor hanya membiar, memang begitu juga selalunya
dan diafaham benar.
“Alhamdulillah….” Masih bersahaja dia.
“Saudara berpuas hati pada skrip
drama ini?”
Neor mengangguk yakin.
“Apa harapan saudara dalam dunia
lakonan?”
“Berharap dapat watak yang lebih
mencabar, mungkin?”
Wartawan mengangguk-angguk, terus
mencatat di buku notanya.
“Lagu tema masih dinyanyikan Saudara
Neor?”
Neor mengangguk perlahan.
“Lagu dan lirik oleh siapa?”
“Saya sendiri.”
“Bila nak terbit album?”
“Belum bersedia untuk
merakamkannya. Saya dan produksi
bercadang nak kumpul sampai 5 lagu.”
Wartawan mengangguk perlahan. Dia sudah semakin bersedia.
“Sebenarnya saya nak tanya sikit
berkenaan perhubungan Saudara Neor dengan pelakon baru yang namanya sedang hangat sekarang ni.”
Neor mengambil masa sedikit lama
untuk memberi maklum balas. Senyum dia
meski dalam hati menjerit memberontak.
Wartawan setia menunggu, soalan lain mahu diajunya tetapi Neor segera
memintas pula.
“Saya tidak ada apa-apa perhubungan
istimewa dengan dia dan dengan sesiapa untuk masa ini.”
“Tapi ramai yang nampak saudara
dengan dia sudah semakin intim, sering kelihatan berdua-duaan.”
“Itu cuma gosib, saya tidak pernah
hanya berdua dengan dia walau ke mana.
Kami berurusan hanya kerana kerja.”
Wartawan mencatat lagi, laju pen
ditarikan di muka halaman buku catatan.
“Apa pendapat saudara apabila saudara dikatakan menjadi punca
pertunangannya putus?”
“Saya tidak ada kaitan sama sekali
dengan perkara itu. Pertama kali saya
berganding dengan dia, dalam drama Cahaya. Waktu itu saya diberitahu dia sudah
putus tunang.”
“Siapa beritahu saudara?”
“Rakan-rakan produksi.”
“Siapa?”
Dia tertawa perlahan, lembut. “Kena
sebut namakah? Nanti tak pasal-pasal dia yang tak glamor akan jadi glamor.
Saya, juga yang dipersalahkan.”
“Untuk kita-kita aje, bukan untuk
bacaan umum.” Bijak wartawan memancing
namun dia tidak mungkin terpedaya.
“Tak perlulah. Siapa pun yang
memberitahu saya, ceritanya tetap sama. dia putus tunang sebelum mula
pengambaran dan sebelum berkenalan dengan saya.”
Wartawan angguk, meski mungkin
belum berpuas hati.
“Apakah benar perkenalan saudara
dengan dia lebih awal dari pengambaran itu?”
“Itu tidak benar.” Tegas namun masih terlukis senyuman.
“Kalau tak ada angin masakan pokok
bergoyang?” senyum lagi dia. Ternyata bijaknya wartawan cuba memperdaya
supaya yang disoal boleh melatah.
Dia tertawa perlahan. “Bijak benar awak,”tersenyum terus, menunjuk
wartawan dengan jarinya.
“Kadang-kadang, pokok bergoyang bukan
sebab angin, tapi tupai atau beruk.” Sendanya
disusul tawa ringan.
Wartawan turut tertawa namun singkat
benar.
“Contohnya oleh wartawan sendiri?
Dalam hayalan wartawan?” bersenda meski
hati rasa sakit benar.
“Tapi saudara Neor selalu dilihat
bersama artis itu?”
“Hanya atas urusan kerja.”
“Ramai yang mengatakan saudara tampak
intim dengan dia sewaktu di lokasi pengambaran?”
“Saya intim dengan semua pelakon yang
terlibat dengan pengambaran, dengan semua kru pengambaran juga saya intim.So, intim yang macam mana saudara
maksudkan?”
“Ada yang kata, makan bersama
disetiap kali waktu makan?”
Dia tertawa lagi. Lama pula tawanya berkesudahan dengan anak
tawa yang semakin ringan.
“Kami bukan makan berdua saja, tapi
dengan pelakon lain dan seluruh production yang terlibat di lokasi waktu
itu. Kecuali jika yang memilih makan di
luar lokasi.”
“Saudara lebih senang makan di lokasi
atau keluar?”
Angguk perlahan. “Bagi saya, makan di mana-mana pun
boleh. Asal kenyang, nasi bungkus pun tak
mengapa.”
“Ada yang mengatakan, saudara sering
menghantar sms pada gadis itu di lewat malam?”
“Tak pernah.” Menggeleng berkali-kali, pantas.
“Call?”
Menggeleng lagi. “Juga tak pernah. Kalau ada bukti, pihak yang menuduh boleh
kemukakan.” Berani dia mencabar namun
geruhnya disulam tawa ringan demi melindungi perasaannya yang semakin
membengkak, benci.
“Ada yang mendakwa, saudara pernah
menghubungi artis itu sewaktu dia sedang berhibur dengan rakan-rakannya di
pusat hiburan?”
Menggeleng lagi dia, sudah semakin
benci namun disimpan reaksi itu. “Tak
benar semua tu, agaknya you sendiri yang reka kut…?” Neor menggiat lembut, tertawa lagi dia.“Untuk
membuat saya melatah.” Disambung tawanya
lagi, berlangsung sedikit lama. Wartawan
wanita turut tertawa, tidak langsung marah dituduh begitu. Mungkin pengalamannya mengajar dia tidak
langsung gentar.
“Ada juga yang pernah ternampak
saudara bersentuhan dalam erti kata berpegangan tengan dengannya?”
“Mungkin dalam mimpi orang itu…” tawanya diteruskan, membuat wartawat turut
tertawa.
“Betulkah berita yang mengatakan
Saudara Neor sering berhibur di pusat hiburan?”
tidak dipedulinya penolakan Neor.
Terus juga mara dengan soalan panas yang lain. Sudah serius kembali dia.
“Kadang-kadang.” Ringkas dan padat menjawab.
“Bersama siapa kalau bukan dengan si
dia?”
“Si dia yang mana pulak?”
“Dengan gadis yang kita sedang
bicarakan.”
“Oh, tidak pernah dengan dia. Cuma baru-baru ini saya ke kelab malam bersama rakan artis untuk meraikan ulang
tahunnya. Dan kami pergi bertiga,
semuanya lelaki.”
“Saudara masih berani menyangkal jika
ada orang menunjukkan gambar saudara bersama artis wanita itu?”
“Ya, tunjuklah kalau ada bukti.”
Wartawan itu senyum terus. Terus mahu menelingkah.
“Memang malam itu dia ada di situ,
tetapi kami tidak datang bersama. Saya
bersama kawan-kawan saya dan dia saya tak tahu bersama siapa.”
Wartawan sudah semakin menghampir
sasaran, senyum dia menguja.
“Di situ saudara duduk semeja dan
turut menari bersama, kan?”
“Duduk semeja bukan bererti kami
bercinta dan saya tidak sama sekali menyentuhnya walau di mana. Dan kenyataan saya menari bersamanya, tidak
benar sebab kecederaan di pergelangan kaki saya
masih belum sembuh waktu itu. Untuk
berjalan saja saya menggunakan tongkat sementara, mana mungkin menari?”
“Saudara kemalangan?”
Neor mengangguk perlahan, pergelangan
kaki ditunjuknya. “Jatuh sewaktu mengambaran vedio klip.” Dia menunjuk tempat yang dimaksudkan dan
wartawan menunduk, menurut telunjuk Neor.
“Sekarang masih bertongkat?”
Dia menggeleng.
“Saudara sering dikaitkan dengan
artis-artis wanita baru, kenapa ya?”
“Entah.”
Kening wartawan berkerut, tidak
bersetuju jawapan yang ringkas begitu.
“Mungkin sebab saya masih solo…”
“Jadi, bila nak mencari
pasangan? Atau saudara terlalu memilih
barangkali?”
“Saya belum terfikir untuk mencari
pasangan di waktu terdekat ini dan tidak juga mahu terlalu memilih, cuma belum
terbuka hati untuk berpasangan.”
“Kenapa? Tidak berminat pada kaum hawa, atau pernah
dikecewakan?”
Neor tertawa perlahan. “Saya lelaki sejati dan sekiranya ada kekecewaan
masa lalu, itu bukan halangan untuk saya mencipta kebahagiaan di hari ini dan
akan datang. Cuma saya belum ada
kelapangan untuk memikirkan soal diri sendiri.
Itu yang pasti.”
DARI JAUH sudah dibalas senyum Ezeti yang melambai, dia turut mengangkat tangan, ramah. Tanpa dipelawa lagi, punggung dicecah ke
kerusi hadapan Ezeti, membelakang pintu masuk restoran.
“Lama tunggu?”
“Bolehlah tahan.”
“Lama ya?”
“Sejam setengah.”
“Husy.” Jam di tangan kiri dibaca ringkas. Berkerut pula kening memanah Ezeti yang bersahaja.
“Tak adalah, baru lima minit. Air pun belum order lagi.”
Dari belakang muncul seorang pelayan
lelaki berkulit gelap menghampir meja.
“Teh o ais laici limau?” Neor sudah hafal minuman kegemaran sahabat
itu.
Ezeti tersenyum seraya mengangguk
senang. Dia mengucap terima kasih,
perlahan.Pelayan menulis pesanan Neor bagi pihak Ezeti. Neor menyebut air pilihannya pula sebelum
mempelawa Ezetimembuat pilihan makanan. Ezeti
menggeleng seraya mengucap terima kasih dalam bahasa Inggeris, perlahan. Jelas
memberi maksud tidak berminat untuk memesan makanan.
“Dari lokasi ke?” sebaik lelaki pelayan pergi.
Sekadar mengangguk dia mengiakan.
“Selesai semua scene dalam jadual?”
Mengangguk lagi. Ezeti
turut mengangguk berucap tahniah.
“Nampak penat benar?”
Angguk juga. Mengeluh juga perlahan dia. “Kerja tak penat.”
“Habis tu, apa yang membuat awak
macam tak bermaya benar?”
“Jiwa.” Bersungguh-sungguh meski bersenda. “Perasaan.”
Dada ditunjuk dengan jari telunjuk, rapat hingga mencecah ke dada
sendiri.
Ezeti
tertawa mendadak.
Terangguk-angguk mengikut rentak tawa.
“Macam-macam,” ucapnya perlahan sehabis tertawa. “Masih terbawa-bawa dialog dalam skrip?”
Neor senyum, berasa disindir.
“So,
apa cerr?” Ezetimenyingkat perkataan
cerita, begitu seringnya mereka. Dia
menurut permintaan Neor untuk bertemu di situ tanpa sempat bertanya apa-apa.
“Sayacall dia, dia tak jawab.”
“Siapa?”
“Kawan awak.”
“O, Ira? Bila?”
“Malam tadi, sebaik awak bagi nombor
telefon dia. Tengah hari tadi call
lagi dua kali, juga tak dijawab.”
Ezeti
senyum sumbing, membiar lelaki berkulit sedikit gelap itu meletak air
pesanan mereka di atas meja. Sebelum
berlalu,sekeping kertas kecil harga minuman diselit di bawah penadah habuk
rokok di tepi meja. Neor sempat mengucap
terima kasih dan Ezeti turut mengangguk
melempar senyum.
“Dia tak akan jawab panggilan telefon
dari nombor yang tidak dikenali lebih-lebih di luar waktu kerjanya.”
Neor menujah mata Ezeti, tidak
menyangka sama sekali.
“Saya nak tolong, awak kata awak
boleh urus sendiri?”
Neor diam terus. Dalam hati berharap tidak akan dibantu
sahabat itu dalam soal pencarian pulau kasihnya.
“Nak saya tolong tak?”
Neor diam juga. Air dicawan sudah diteguk perlahan.
“Tak panas ke? Kenapa tak order air
batu?”
Neor sekadar menggeleng perlahan.
“Oh, sorry, saya lupa awak kena rakam lagu untuk tema drama.”
Neorangguk juga, perlahan. Dia sudah semakin pendiam sejak momen luka
semalam menjengah dan dalam usaha pula
menganyam rentak baharu bersama sahabat karib Ezeti.
“Kalau nak saya panggilkan dia,
sekarang juga saya boleh panggil.”
“Dia free ke sekarang?”
“Manalah saya tahu, tapi kan boleh tanya?”
“Ha, tanyalah.”
Ezeti mencari nombor di telefon
bimbitnya. Tidak sukar kerjanya dan
tidak lama menunggu panggilan dijawab, dia mempelawa Hati ke restoran itu. Bulat mata Neor mendengar pelawaan ringkas
itu.
“Dia minta lima minit untuk ke sini.”
“Dia kat mana? Tak susah ke?” terpinga-pinga Neor. Dia turut membetul topi dan kaca mata hitam sambil
menetapkan kedudukan. Gayanya mahu
betul-betul bersedia.
“Awak rasa dia suka tak padasaya?”
Ezeti
menjungkit bahu, gaya gementar Neor mencuit hatinya namun disembunyi
perasaan itu demi tidak menyinggung Neor yang tampak berlainan benar.
“Kalau jadi, saya nak terus kahwin
je.”
“Hoi! Gila ke apa ni?”
“Kenapa? Orang gila saja ke boleh
kahwin?”
Ezeti
tertawa perlahan, dikawal juga ledaknya tidak mahu menyinggung anak muda
yang tampak bersungguh-sungguh itu.
“Saya nekat. Saya dah tak sanggup terus begini.”
“Awak macam mana sekarang?” kening Ezeti
berkerut, berpura-pura mencari sesuatu yang mungkin terlukis di wajah Neor. Tubuh juga.
“Awak kenapa sebenarnya?” masih hairan selepas tidak ditemui apa-apa
selain sedikit murung dan gelisah.
“Sunyi.”
“Sebab sunyi awak, awak nak
pertaruhkan perasaan Ira? Jangan buat pasal
Neor. Dia bukan bahan penghibur
lelaki sepi.”
“Saya cintakan dia.”
“Dalam masa yang tak sampai sejam
awak dah jatuh cinta? Apa makna cinta pada awak?”
“Itulah namanya cinta pandang
pertama.” Serius rupanya namun manis
sungguh.
“Saya janji, saya tidak akan
mensia-siakannya. Dialah isteri saya dunia
akhirat. Awak pun tahu saya kan? Saya jenis setia. Sekali jatuh cinta, susah untuk saya melupakannya.”
“Cinta dulu dah lupa ke belum?”
“Bohong kalau saya kata saya dah lupa
semuanya. Mana boleh melupakan sejarah
yang pernah dilalui bersama, tapi sekadar mengenangnya. Tidak langsung berharap ianya kembali.”
“Rindu? Ada?”
“Kadang-kadang rindu juga, sampai
menyakitkan. Tapi setakat ini saya masih
berjaya mengawalnya.”
“Masih mengharap dia kembali?”
Neor menggeleng perlahan, kesal benar
rupanya.
Ezeti
mengangguk pula beberapa kali, faham dan yakin perasaan Neor.
“Orang seni ni jiwanya halus, susah
untuk difahami.”
“Kita sama-sama orang seni kan?”
“Ya, sebab itu saya faham awak.”
Telefon bimbit Ezeti bernada panggilan, pantas dijawabnya selepas
melihat nama tertera di skrin telefon.
“Kat restoran bawah ni, marilah. Ada kawan nak belanja kita minum.” Seringkas itu menjawab, di hadapan restoran
sudah berdiri si manis, masih melekap
telefon bimbit di telinga.Ezeti melambai
sambil mematikan panggilan.
Neor turut menoleh dan bersedia
menyambut tetamu yang benar-benar diundangnya.
Ezeti sudah bangun, mempersila
sahabat itu menempat di kerusi bersebelahan.
Neor turut bangun memberi hormat, menunjuk juga pada kerusi yang sudah
direnggangkan Ezeti.
“Kami mengganggu ke?” tanyanya ramah. Ezeti
hanya membiar. Dia sudah melambai
seorang pelayan.
“No,
saya pun dah nak balik ni.”
Neorangguk seraya membaca waktu di
jam tangannya, memastikan waktu tika itu.
“Officedekat-dekat sini ke?”
dia memaksudkan di kawasan restoran itu.
Mutiara hanya senyum, mengangguk tidak menggeleng juga
tidak.
“Order
dulu.” Ezeti memberi arahan kepada Mutiara sebaik pelayan menyinggah.
Mutiara menurut, segelas air tembikai susu sejuk
dipesannya.
“Makan?” Neor mempelawa. Pelayan menunggu dengan catatan.
“No,
thanks.”
Pelayan lelaki meninggalkan mereka
selepas pasti tidak ada lagi yang diperlukan.
“Semalam saya call, mungkin Cik Ira sibuk barang kali?” selepas lima minit Ezeti berbual perkara
tidak begitu penting denganMutiara, Neor memotong.
“Semalam? Pukul berapa?”
“Sepuluh lebih. Tengah hari tadi pun saya call, mungkin you masih belum free.”
“O, mungkin nombor-nombor yang tak
saya kenal tu, panggilan dari Encik Neor?”
Mutiara sudah mengeluar telefon
bimbit dari dalam beg tangannya lalu mencari data panggilan yang telepas. Ditunjuk pula kepada Ezeti, Ezeti mengangguk.
“Sorrylah.” Dia
senyum sumbing, menyimpan semula telefonnya.
“It’s
okey. Tak berapa penting.”
“Kenapa cari I ya?”
“No, nothing. Tak ada yang penting.”
“O, okay.”
“Savekanlah
nombor telefon dia, nanti dia call
lagi, engkau tak jawab lagi.” Ezeti membantu Neor menyampaikan hasrat.
Hatiangguk, telefon bimbit
dikeluarkan semula. Melakukan sesuatu
sendirian lalu menyimpan semula.
“Dah save?” Neor sekadar
memastikan kerja Mutiara menjadi.
Mutiara senyum, mengangguk cuma.
“Awak berdua nak lama lagi ke? Saya nak cepat, nak buat persiapan di studio.”
“Tak habis kerja lagi?” Mutiara
berkerut kening.
“Malam ni ada foto shoot untuk bakal pengantin.” Ezeti
sudah bersedia untuk bangun, mahu pamit.
Kamera di atas meja diraihnya lalu disandang seperti biasa. Beg sandang digalas di bahu sebelah lagi.
Mutiara merenung Ezeti dengan tanda tanya bisu. Air yang dipesan belum diteguk, Ezeti sudah bersedia meninggalkannya.
“Awak minum dengan Neor saja, ya?”
Mutiara berkerut kening, tidak langsung faham drama
yang cuba dimainkan dua sahabat itu.
“Neor boleh percaya, dia tak akan
berani melakukan apa-apa yang salah.”
Sendanya pula.
Neor hanya senyum, berharap pertemuan
petang itu menjadi.
“Neor, layan Mutiara baik-baik tau? Jangan buat macam-macam.” Senyum dia lagi.
“Nanti saya hantar Cik Ira balik.”
Janjinya padaEzeti.
“Tak payah hantar, bawa kereta
sendiri kan?” Ezeti menuding Mutiara dengan matanya.
Mutiara sekadar angguk.
“Ha, tak payah hantar dia, just temankan ke parkir sudah. Apa-apa terjadi pada Mutiara dari sini ke keretanya, saya cari awak.” Ugutan Ezeti
disambut baik Neor meski sahabat itu cuma bersenda.
Mutiara masih tertawa perlahan, membiar Ezeti meninggalkan mereka.
“Sila.” Neor mempelawa Mutiara selepas Ezeti berlalu.
Mutiara angguk cuma dan mengucap terima kasih dalam
bahasa Inggeris, perlahan.
No comments:
Post a Comment