Thursday, October 10, 2013

LAMBAIAN BAITULLAH (TV9 - 14 OKT 2013)

entry-content'>

Assalamualaikum. selepas bicara  novel, novel dan novel, kini kita berbual pula tentang skrip drama. Satu usaha pengarang mencabar diri selepas menerbitkan 14 buah karya genre novel remaja dan dewasa. Alhamdulillah, pengarang berjaya mengharung liku-liku penghasilan skrip drama yang saya anggap sangat mencabar. Benar, alah bisa kerana biasa. 14 buah novel tidak sesukar saya melahirkan sebuah skrip drama telemovie. Kenapa?

Kerana  
1) pengarang perlu menyiapkan proposal, tidak  perlu untuk sesebuah novel.
2) proposal perlu melalui saringan pertama - memancing hati producer. 
3) Producer akan membawa proposal yang menyengat hatinya ke stesyen tv. 
4) stesyen tv akan ambil masa untuk meluluskan. 
5) Berjaya , producer, pengarah dan pengarang dipanggil berbincang  di stesyen. Hasil perbincangan, stesyen menetapkan bila tayangan.
6) Producer menetapkan bila harus mula pengambaran. 
7) Dari situ pengarang tahu bila dia harus menyiapkan tugasan pertama untuk kerja pembikinan drama itu.

jeng jeng jeng... maka bermula pertarungan antara penulis skrip & idea, ditemani komputer dan masa.

5 hari masa diberi kerana kesuntukan, pengambaran perlu dijalankan cepat. 10 hari mesti ada di tangan producer, diraktor perlu memahami dan menyaring skrip. apakah saat ini penulis skrip sudah boleh lepas tangan? buat bodoh dan pekak telinga, tunggu bayaran? Hemm sebenarnya detik ini paling mencabar. Penulis perlu sentiasa bersedia jika berlaku sebarang pindaan. Lokasi tidak ditemui, masa pelakon terlalu terhad untuk pengambaran. Dan paling cemas... barget kewangan dari producer. Bersedialah penulis, sengkanglah mata, pasunglah diri di depan komputer. kurung diri dari anasir luar demi melengkapi apa yang kurang disenangi pengarah dan producer. Bosan? penulis harus harungnya juga. Penat? penulis mesti teruskan juga.

Bermula pengambaran, penulis sudah bernafas lega. bayaran pun sepatutnya sudah diterima, tidak perlu lagi bersengkang mata, hanya tunggu hasil kerja. Siap editing, suntingan, penulis berdebar menunggu. Tercari-cari info sejauh mana sudah kandungannya, mahu sangat melihat baby lahir. Penulis kena rajin search internet, menjejak sendiri info baby. Terjumpa poster, penulis senyum lebar. Hah ini dia bayangan babyku. copy tanpa kebenaran, paste di mana suka. sebarkan kepada rakan taulan saudara mara yang selama ini sudah banyak memberi dorongan dan semangat. Alhamdulillah... penulis bersyukur dengan lenangan air mata gembira. keberhasilan kerjanya nyata sudah.

Dalam senyum dan linangan air mata gembira, penulis dihubungi, ditanyakan "apakah benar itu karya kamu? kerana semua nama pembikin ada tercatat sedangkan penulisnya tiada. tidak ada langsung tercatat nama pengarang/penulis/skrip writer di poster yang tampak begitu gah."

Penulis tertunduk, benar... tidak langsung tercatat nama penulis? orang pertama yang bekerja dalam keberhasilan kerja besar itu. Mungkin ini isu kecil kepada sesetengah golongan, mungkin juga isu besar kepada golongan lain. Tetapi sebesar mana permasalahan ini, tetap menganggu emosi pengarang/penulis/skrip writer. 
Bagi pengarang LAMBAIAN BAITULLAH? katanya begini...
"Saya orang baru, masih terlalu mentah, hijau dan bayi. Apa yang boleh saya katakan di atas hilangnya sepotong nama penulis : itu hasil kerja keras saya, air mata dan keringan saya. Allah tahu keikhlasan hati saya, keterbukaan hati keluarga saya membiar saya memasung diri menyelesai tugasan. Semoga Allah melihatnya sebagai ibadah saya kerana LAMBAIAN BAITULLAH bukan sekadar cerita dongeng untuk senyum ketawa dan derai air mata semata, tetapi peringatan kepada diri pengarang sendiri anak-anak, ibu bapa dan semua..."
selanjutnya tentang LAMBAIAN BAITULLAH...

RRN

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix