Sah lah sudah mayat kanak2 yang ditemui di dalam beg pakaian itu adalah Allahyarham Nurin Jaslin. Selama kisah kehilangannya disiarkan, saya berdoa dari kejauhan agar Nurin ditemui dalam keadaan selamat. Tetapi sebaik penemuan beg mayat di sebuah kedai, saya sama seperti keluarga si mati, berharap dan berdoa agar mayat itu bukan kanak2 malang itu. Tapi jika bukan Nurin, siapa? Soal anak saya kemudian. Saya jawab siapa2lah, asal bukan Nurin.
Dengan senyum sinis anak saya yang berusia 12 tahun memandang saya. Dari sinis liriknya saya faham maksudnya. Jika mayat itu bukan Nurin sekali pun, masih namanya kanak2 juga, kan? Masih perlu dikasihi, disayangi dan dikasihani. Cuma kisah Nurin diperluas sehingga kita yang tidak punya sebarang pertalian darah turut berasa kasih dan belas ke atasnya. Sebarang berita buruknya turut meruntun perasaan. Namun siapa pun dia, dia masih perlukan perlindungan sewajarnya dari kita, orang2 dewasa.
Tepat jam 8 malam ini luruh air mata saya. Betapa hiba, betapa sayu. Gadis sunti yang tidak berdosa terkorban dik kekejaman manusia rakus tidak berperikemanusiaan! Zalim sungguh! Sebaiknya mereka ini menjadi haiwan. Dan kaum haiwan sendiri pasti mengutuk perbuatan mereka kerana singa jantan yang ganas itu sendiri tidak akan memperlakukan anak2 singa sezalim itu.
11 comments:
Kesan daripada peristiwa ini, saya menjadi semakin tegas pada anak2. Bimbang apabila mereka lambat pulang.
Sedangkan binatang pun tak sekejam itu, kenapalah manusia yang ada akal dan hati buat macam tu..
Ha, Lisa. Mujur juga kak ila tidak dikurniakan anak perempuan. Kalau tak, mungkin kak ila akan resign. Duduk jadi suri rumah sepenuh masa, jadi driver anak setiap masa.
purpleheart, salam kenal dari kak ila.Terima kasih sudi berkunjung.
Salam Ramadan,
Moga Allah beri kekuatan kepada keluarga Nurin.
Mungkin kisah sedih dan hiba ini boleh dijadi latar untuk novel akan datang?
InsyaAllah, Jiwa rasa. Dan saudara pun. Saya tunggu novel itu.
jangan lupa - penjenayah sebegitu sadis biasanya mempunyai topeng-topeng...
Hei, awak Kholid yang sama2 berbengkel di DBP (bengkel penulisan puitika sastera)hari tu ya? Bersama dengan Faisal Tehrani? Ah, lamanya kengkawang menyepi. Apa2 pun terima kasih kerana sudi mampir lalu menitipkan sesuatu buat kak ila.
Dey banyaknya blog kak ramlah ni hehehee .... terima kasih atas sokongan kak ... Insyallah ... kita sama terus lestari dlm menulis ...
Hehehe saya tu - sf lupa tulis nama lak
Tak apa, lupa dan lalai penyakit manusia. Tidak ada yang telepas darinya.
Post a Comment